Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging kambing dengan sedikit tulang *
  • 150 gm kacang dall *
  • 8 biji bawang merah - tumbuk *
  • 6 ulas bawang putih - tumbuk *
  • 2 cm halia - tumbuk *
  • 1 sudu kecil jintan kasar *
  • 2 sudu besar rempah kari daging #
  • 1 sudu besar rempah kari dall #
  • 1 sudu besar serbuk cili #
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit #
  • 2 biji kelapa parut - di perah ambil santannya
  • Garam, perasa dan gula
Bahan sayur-sayuran:
  • 3 biji kentang - di potong 4
  • 2 biji lobak merah - di potong memanjang
  • 5 batang sayur kelor @ murungukai - di potong 5 cm dan siat kulitnya
  • 2 biji terung - dipotong kecil
  • 2 biji cili merah - di belah 2
  • 2 biji cili hijau - di belah 2
  • 2 biji tomato - di belah 4
Bahan tumis darat:
  • 1 biji bawang besar - di mayang halus
  • 1 tangkai daun kari - di lurut ambil daunnya
  • 4 tangkai lada kering - di gunting serong
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Campurkan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam periuk besar, masukkan air dan rebus sehingga daging dan kacang dall lembut.
  • Masukkan  pula bahan bertanda (#) yang telah dijadikan pes terlebih dahulu ke dalam periuk rebusan daging tadi, kacau rata.
  • Apabila mula mendidih, masukkan  santan, kentang dan lobak merah.
  • Apabila kentang dan lobak merah hampir empuk, masukkan bahan sayur-sayuran yang lain, kacau rata.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Di dalam kuali yang lain, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis darat sehingga naik bau kemudian tuangkan kedalam periuk berisi dalca tadi, kacau sehingga sebati dan apabila kesemua bahan masak, bolehlah ditutup apinya.




Bahan-bahannya:

  • 300 gm kacang hijau
  • 100 gm gula pasir
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
  • 3 tangkai daun pandan - disimpul
  • 2 biji kelapa parut - di ambil santannya
  • Secubit garam
Cara-caranya:
  • Cuci kacang hijau hingga bersih kemudian rebuskan sehingga kacang hijau lembut (pecah2) kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan secubit garam, gaul rata hingga gula larut, tuangkan santan secukupnya dan masukkan daun pandan, biarkan api kecil.
  • Biarkan sehingga mendidih perlahan, kacau sekali sekala dan bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:
  • 400 gm cream cheese *
  • 200 gm whipping cream *
  • 125 ml susu segar *
  • 5  s/b gula kastor *
  • 1 cawan susu segar suam - dipanaskan sedikit
  • 10-12 biskut tiramisu lady fingers (Brand Forno Bonomi)
  • 5-6 s/b milo
Cara-caranya:
  • Patahkan biskut tiramisu lady fingers ke dalam bekas, kemudian tuangkan susu suam, biarkan biskut tadi lembut, ketepikan.
  • Pukul bahan yang bertanda (*) hingga kembang dan lembut, kemudian tuangkan diatas biskut tiramisu lady fingers yang telah lembut tadi, ratakan.
  • Akhir sekali taburkan milo secukupnya.
  • Masukkan tiramisu yang telah siap ke dalam peti sejuk, biarkan 5-6 jam ataupun semalaman.
  • Hidangkan sejuk.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin