Sumber dari: Kak Nor Hayati Ramlan
Bahan-bahan
  • 250 gm mentega golden churn - dipotong kecil-kecil
  • 350 gm gula pasir
  • 60 ml air panas
  • 500 gm buah-buahan campuran kering
  • 3 biji telur gred A
  • 350 gm tepung gandum *
  • 1 s/t cream of tartar *
  • 2 s/t soda bicarbonat *
  • 1 s/t serbuk buah pala/nutmeg *
  • 1 s/t esen vanilla
Cara-caranya:
  • Masak gula hingga keperagan dan masukkan air panas sedikit-sedikit dan perlahan-lahan, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan mentega kacau sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran kering tadi, kacau sehingga mendidih sekejap dan kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan yang bertanda (*) dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan buah campuran tadi menggunakan senduk kayu.
  • Didalam mangkuk yang lain, pukul telur bersama esen vanilla hingga kembang dan masukkan kedalam adunan kek dan gaulkan sehingga sebati.
  • Alas loyang berukuran 7 x 7 dengan kertas baking dan sapukan mentega dikeliling loyang.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang dan tutupkan loyang dengan aluminium foil atau plastik tebal tahan panas.
  • Kukus kek selama 2 jam.
  • Apabila kek masak, biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong supaya kek tidak berderai semasa dipotong.
Sumber dari: MAS

Bahan-bahannya:

  • Bahan A
  • 200 gm mentega - dipotong kecil-kecil
  • 400 gm coklat - dipotong kecil-kecil
  • Bahan B
  • 6 biji telur
  • 310 gm gula perang
  • 2 s/t esen vanilla
  • 1 s/t coklat emulco
  • Bahan C
  • 100 gm tepung gandum - di ayak
  • 40 gm serbuk koko - di ayak
  • 140 gm kacang walnut, pecan, almond dan macadamia (Di panggang dan hancurkan sedikit kemudian digaulkan bersama tepung dan serbuk koko)
Cara-caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 160C.
  • Sediakan dan alaskan acuan.
  • Cairkan bahan (A) secara double boil atau cairkan bahan tadi kedalam microwave selama 2 minit.
  • Pukul bahan (B) hingga gula hancur gunakan whisk.
  • Tuangkan adunan coklat dan gaul sebati, masukkan campuran tepung tadi sambil digaul rata.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 45 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sekejap.
  • Potong brownies mengikut potongan yang dikendaki ketika masih panas supaya permukaan brownies tadi tidak pecah.
Sumber dari: Chef Wan Ismail

Bahan-bahannya:
  •  1 cawan mentega (unsalted)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  •  1 s/t esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 s/b susu segar
  • 1  3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4  s/t baking soda
  • 1 cawan coklat chip
Cara-caranya:
  • Putar mentega pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan pada kelajuan rendah.
  • Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.
  • Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan coklat chip kedalam adunan mentega tadi, gaul rata dan diikuti dengan tepung, gaulkan lagi sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut.
  • Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan aturkan diatas dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit mengikut jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-bahannya:
  • 6 keping roti - dipotong kecil
  • 3 biji telur - dipukul sekejap *
  • 300 ml susu segar *
  • 2 s/b susu cair *
  • 5 s/b gula halus *
  • 3 s/b mentega cair *
  • 1/2  s/t esen vanilla *
  • 2 s/b kismis 
  • 1 s/t parutan kulit limau
Bahan Sos Kastad :
  • 1 tin susu cair *
  • 200 ml air *
  • 4 s/b gula *
  • 3 s/b tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • Secubit garam *
Cara-caranya:
  • Untuk membuat sos kastad, campurkan kesemua bahan yang bertanda (*) didalam periuk dan letakkan diatas api perlahan sambil dikacau sehingga panas, kemudian tuangkan bancuhan air tepung kastad tadi, kacau lagi sehingga sos pekat dan bolehlah ditutup apinya, biarkan sejuk kemudian simpan didalam peti sejuk.
  • Untuk membuat puding roti:
  • Satukan kesemua bahan yang bertanda (*) didalam bekas, kemudian kacau sehingga rata, masukkan roti yang telah dipoyong-potong tadi bersama kismis dan kulit limau, kacau perlahan kesemua bahan sebati dan tuangkan kedalam loyang pembakar yang telah disapukan dengan sedikit mentega.
  • Bakar didalam oven pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
  • Apabila puding masak, biarkan sejuk dan barulah dipotong-potong.
  • Hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad.
 Sumber dari: Resepi Ceria Keluarga
Bahan-bahannya:
  • 1 biji telur
  • 200 gm mentega
  • 150 gm tepung jagung
  • 50 gm badam serbuk
  • 150 gm gula icing
  • 200 gm tepung gandum
  • 80 gm tepung optima
  • Coklat M&M secukupnya - sebagai hiasan
Cara-caranya:
  • Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung optima, tepung jagung dan serbuk badam, gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.
  • Sudukan sedikit doh dan letakkan diatas dulang pembakar, jarakkan doh jangan terlalu rapat kerana doh akan kembang semasa dibakar nanti, leperkan sedikit doh dan buat lagi sehingga penuh dulang pembakar.
  • Hiaskan doh dengan coklat M&M.
  • Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C  selama 15-20 minit mengikut jenis oven masing-masing.
  • Apabila sudah masak, sejukkan biskut diatas redai kemudian barulah disimpan didalam bekas.

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan tepung gandum - di ayak
  • 2 s/b tepung pulut - di ayak
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 s/b gula halus
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kacang kisar atau bijan - sebagai hiasan (optional)
  •  Bahan inti kacang:
  • 200 gm kacang merah
  • 250 gm gula pasir
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
Cara-caranya:
  • Untuk membuat inti kacang merah, cuci kacang merah dan rebus dengan air sehingga kacang merah lembut, masukkan gula dan garam, kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.
  • Kisar kacang merah yang telah sejuk tadi sehingga halus, ketepikan.
  • Untuk membuat pancake, sukatan cawan menggunakan cawan 160 ml. 
  • Whisk telur bersama air sehingga berbuih, kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung yang telah di ayak tadi bersama gula dan garam sambil dikacau sehingga bancuhan sebati, bancuhan tadi jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  • Panaskan kuali leper non-stick dan sapukan permukaan kuali dengan sedikit minyak, tuangkan sedikit bancuhan pancake tadi dan ratakan sehingga nipis dan lebar macam buat kuih dadar, jangan terlalu tebal kerana nanti  pancake akan pecah semasa hendak menggulung.
  • Balik-balikkan pancake dan angkat, jangan sampai terlalu masak, buat sehingga bancuhan pancake habis.
  • Seterusnya ambil sekeping pancake dan letakkan diatas bekas leper, sudukan inti kacang merah dan letakkan ditengah-tengah pancake tadi, inti tadi terpulang pada citarasa masing-masing sama ada nak letak banyak atau sedikit, kemudian gulungkan atau lipatkan, buat sehingga habis pancake tadi.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali, gunakan api sederhana, masukkan pancake yang telah siap tadi dan gorengkan sehingga warna pancake keperangan kemudian bolehlah di angkat dan toskan minyaknya, goreng sehingga habis pancake tadi.
  • Sejukkan pancake dan kemudian barulah dipotong-potong, taburkan kacang kisar atau bijan, bolehlah dihidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN PULUT:
  • 180 gm beras pulut - direndam semalaman
  • 150 ml santan pekat
  • 2 helai daun pandan - disimpul
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus.
  • Basuh pulut yang telah direndam dan toskan.
  • Masukkan pulut kedalam bekas (tahan kukus) dan kukuskan selama 10 minit.
  • Masukkan pula santan dan daun pandan kedalam pulut tadi, kacau rata dan kukus lagi selama 20-25 minit.
  • Kacau rata dan teruskan mengukus sehingga pulut masak.
  • BAHAN SERUNDING:
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan udang kering - dikisar halus
  • 10 tangkai cili kering *
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 2 s/t jintan putih #
  • 1 s/t jintan manis #
  • 1 s/b ketumbar #
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 s/b gula merah
  • Garam, perasa dan gula
  • 6-8 s/b minyak masak
CARA-CARANYA:
  • Goreng tanpa minyak (sangar) bahan yang bertanda (#) kemudian kisar kering sehingga menjadi serbuk.
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Campurkan kedua-dua bahan yang telah dikisar tadi dan campurkan pula bersama kelapa parut, gaul sehingga kesemua bahan rata, kemudian masukkan pula udang kering, air asam jawa dan gula merah, kacau lagi sehingga rata.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan kelapa dan kacau sehingga rata.
  • Kacau sehingga serunding agak kering sedikit kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau lagi sehingga serunding betul-betul kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Masukkan serunding didalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  • Cara membuat pulut serunding, ambil sedikit pulut yang telah dikukus terlebih dahulu tadi kemudian masukkan kedalam acuan, buat sehingga habis kesemua pulut, gaulkan pula pulut tadi dengan serunding, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan.

Bahan-bahannya:
  • 1/2 cawan majerin
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2  s/t garam halus
  • 1/2 cawan kacang tanah - yang telah digoreng dan dicincang
  • 1/2  s/t serbuk kayu manis
  • Smarties secukupnya - sebagai hiasan (optional)
Cara-caranya:
  • Pukul majerin bersama gula hingga pekat (gula boleh dikurangkan jika mahu) kemudian masukkan telur dan garam, pukul lagi hingga sebati.
  • Campurkan kacang tanah yang telah dicincang tadi bersama serbuk kayu manis kemudian ketepikan.
  • Masukkan tepung gandum kedalam adunan majerin tadi bersama kacang cincang, gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi doh, kalau doh lembik boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
  • Canai doh tebalnya kira-kira 4 cm kemudian bungkus doh didalam plastik.
  • Simpan doh didalam peti sejuk selama 1 jam.
  • Panaskan oven terlebih dahulu kira-kira 20 minit pada suhu 180C sebelum membakar biskut.
  • Kemudian keluarkan doh yang dah keras tadi dan potong-potongkan doh mengikut citarasa masing-masing.
  • Susunkan doh yang telah dipotong-potong tadi diatas dulang pembakar dan letakkan smarties sebagai hiasan.
  • Masukkan dalam oven dan bakar kira-kira 30 minit atau lebih mengikut jenis oven masing.
Sumber Dari: Chef Hanieliza
Bahan-bahannya:
  • 250 gm mentega
  •  160 gm gula perang
  • 1 kuning telur
  • 230 gm tepung gandum *
  • 20 gm serbuk koko *
  • 1 s/t baking powder *
  • 1 s/t esen vanilla
  • 100 gm coklat chip
Cara-caranya:
  • Ayak bersama bahan yang bertanda (*) ketepikan. 
  • Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi kedalam adunan mentega tadi, kacau sehingga kesemua bahan sebati.
  • Campurkan pula adunan tadi bersama coklat chip, kacau rata dan bolehlah dicedokkan sedikit-sedikit adunan dengan sudu dan letakkan diatas dulang pembakar.
  • Bakar didalam oven pada suhu 180 C selama kira-kira 20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan biskut diredai dan kemudian bolehlah disimpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-bahannya:
  • 5 cawan ubi kayu - yang telah diparut *
  • 2 cawan gula pasir *
  • 1  1/2 cawan santan pekat *
  • 1/2 s/t garam halus *
  • 1 s/b tepung jagung
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak jagung
  • Kertas minyak
Cara-caranya:
  • Semua sukatan cawan Sue gunakan sukatan cawan 200 ml.
  •  Satukan kesemua bahan yang bertanda (*) kedalam bekas kemudian kacau rata, sukatan gula boleh dikurangkan sedikit jika mahu, masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Letakkan pewarna kuning sambil dikacau adunan tadi sehingga warnanya sekata.
  • Panaskan oven.
  • Guntingkan kertas minyak mengikut ukuran loyang dan letakkan kertas minyak tadi didalam loyang, kemudian sapukan loyang dengan sedikit minyak jagung.
  • Tuangkan adunan tadi kedalam loyang dan ratakan.
  • Masukkan adunan kedalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau lebih mengikut jenis oven masing.
  • Pastikan cucuk ditengah-tengah bahagian bingka ubi untuk pastikan sudah betul-betul masak.
  • Apabila masak, keluarkan dan biarkan sejuk sedikit barulah dipotong dan hidangkan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin