Bahan-bahannya:
  • 1 biji keladi - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 2 biji keledek manis (warna oren) - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 300 gm gula pasir
  • 2 kotak santan harmuni - dibancuh dengan sedikit air
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • Secubit garam halus
Bahan Candil:
  • 200 gm tepung pulut
  • Sedikit pewarna merah jambu
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit air
Cara-caranya:
  • Untuk membuat candil:
  • Gaulkan tepung pulut dengan sedikit air sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit, bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian doh diletakkan pewarna merah jambu, uli hingga warnanya rata dan satu bahagian doh tadi diletakkan warna hijau, gunakan proses yang sama.
  • Panaskan periuk bersama air, apabila air mendidih, ambil doh yang berwarna merah jambu tadi dan gentel2 hingga menjadi bebola kecil, masukkan kedalam periuk, buat sehingga doh habis.
  • Apabila bebola candil tadi timbul dipermukaan air mendidih, angkat menggunakan tapis dan letakkan bebola  candil didalam mangkuk berisi air sejuk, buat sehingga habis.
  • Buat proses yang sama pada doh berwarna hijau juga, kemudian buangkan air rendaman berisi candil tadi menggunakan tapis, ketepikan candil.
  • Cara membuat pengatnya:
  • Rebus keladi bersama keledek sehingga lembut tetapi jangan sampai terlalu lembik, ambil keladi dan keledek tadi dengan tapis dan ketepikan. Masakkan semula air rebusan keladi tadi bersama gula dan daun pandan, apabila gula larut, masukkan santan dan secubit garam, gunakan api perlahan sehingga santan mendidih perlahan.
  • Masukkan keladi, keledek dan bebola candil tadi, kacau perlahan dan biarkan kira2 8-10 minit, bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
  • 4 biji pisang montel - dilecek halus dan disukat menjadi 2 cawan pot beras
  • 4 biji telur gred A
  • 3 cawan tepung naik sendiri *
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega dicairkan
  • 1 s/t soda bikarbonat *
  • 1/2 s/t baking powder *
  • 1 s/t esen pisang
Cara-caranya:
  • Setiap sukatan cawan Sue gunakan cawan pot beras.
  • Ayak bahan yang bertanda (*) ketepikan.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan pisang dan mentega cair, kacau sehingga sebati kemudian masukkan tepung, kacau hingga kesemua bahan rata dan akhir sekali masukkan esen pisang, kacau lagi hingga kesemua bahan rata dan sebati.
  • Sapukan loyang dengan sedikit mentega kemudian tuangkan adunan tadi kedalam loyang.
  • Bakar kedalam oven pada suhu 180 c selama 1 jam atau lebih mengikut jenis oven.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin