Salam semua, seperti yang telah aku janjikan, nari aku nak letak gambo anak saudara aku si mok nikah! tapi minta maaf ler bebanyak sebab gambar terlalu banyak dan aku tak nyempat nak update bebanyak kat sini, line slow sesangat, nak masukkan satu gambo makan berejam-jam jadinya aku masukkan apa yang terdaya jer ar yer...lagipun mak penat kan main nyahhhh! maklom ar tetiba mak kena jadi pengapit terjun! haaa! selalu dengo bidan terjun jer kan...sekarang dah ada pengapit terjun! pasai yang terjun2 selalunya aku jer yang dapat ar...tak aci ar cam ni...tang2 yang dah darurat baru nak cari aku, nyampah! ni ciqa anak saudara aku lagi sorang tu punya pasai ar...sepatutnya dia yang jadi pengapit mok nari sekali tetiba coti dia tak diluluskan sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan, kiranya ada kerja penting ar kat opis dia tu hah! cian gak kat ciqa tapi takper yer ciqa, minggu depan mok sanding awak jadi pengapit dia cukup2 yer...dok ngipas sampai tercabut tangan! maklom ar kat msia ni panas berdengung! meh kita berbalik pada citer mok nikah yer...majlis nikah mok tadi siang ni, lepas zohor kat masjid dedekat rumah dia jer, jadi idaklah ada masaalah sesangat cumanya aku tak jangka plak tetiba kena jadi pengapit terjun, mmm...mak kena pakai tudung you, maklom ar nak kena masuk masjid kan...huhu...maluuuu!


Suasana tenang dalam masjid walaupun kat luar nu punya ar panas berdengung tapi kat dalam masjid ni rasa tenang jer...maklom ar yang ada dalam masjid ni pun orangnya tenang2 jadi suasana pun jadi tenang! eyyy...berapa banyak tenang ar...


Tak larat ar nak citer banyak, dah penat tangan2 ni buat kijer jadinya gambar boleh berceritakan pada nkorang sumer yer...layan


Hah! sain...dah jadik bini orang pun nko mok! welcome to the club! hahaha!


Feewittttttt!!! pengapit terjun! jadilah dari takde! cek dan duit hantaran ni ai yang punyer...hahaha!


Selesai sudah majlis akad nikah dimasjid, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Banyak gambar nak letak bebenonyer tapi banyak gambo arang lain..mmm...so aku letak jer ar gambo yang ada anak2 aku, yang lelain tu jangan kecil hati yer...nak tengok gambo banyak2 pi terjah fb aku.


Huwaaaaaaaa!!! majlis dah abis baru Mr J aku sampai dari Bangkok, huhu...kesian kiter tau! dari siang tadi solo jer...la ni baru dapat bergambo bersama walaupun majlisnya sudah tamat! takper...minggu depan masa majlis bersanding sok Mr J confirm ada so ai ada pasangan ar masa tu! hehe...kiter suke!


Ok lah...ni jer ar gambo yang sempat aku update kat sini jadi lagi sekali pada sesiapa yang teringin nak tengok gambo mok nikah nari, pe jer kat fb aku, kat sana ada banyak gambo! santek2! mmm...dikesempatan ni aku sekeluarga nak ucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru pada anak saudaraku yang paling aku sayangi iaitu mok (yanti) dan pasangannya pemau (ashey) semoga berbahagia hingga ke anak cucu, amin.

Nantikan majlis persandingan mok minggu hadapan, insyaallah kalau semuanya ok akan diupdatekan lagi gambar2 pada majlis tu nanti, soooooo tungguuuuuuuuuuu!!!

Hai, kiter citer pendek2 jer ar yer...maklom ar nak tido cepat nari, esok pagi2 dah nak bangun, nak bersiap untuk kemajlis anak saudara aku si mok menikah! hah! so malam tadi ni aku pi ar kejap kerumah hakak aku, dok sekodeng2 persiapan kat rumah dia, masa datang tu mak andam baru pasang mini pelamin ni hah, gambo kat atas ni mini pelamin yang belum siap sepenuhnya, kalau nkorang nak tengok, tunggu esok eyyy...pas si mok nikah aku ngambik gambo pelamin yang dah siap ok! mana boleh tunjukkan semuanya, nanti tak best ar kalau sumer dah nampak! kannnn


Hah! yang ni plak bilik pengantin, masih juga belum siap sepenuhnya, kalau nak tengok yang dah siap kena gak tunggu esok ok!


Sebenonyer tadi ni bukanlah banyak sangat yang nak direwangkan, mandangkan esok hanyalah hari nikah jadi jemputan untuk esok idak ler ramai sangat, cuma saudara mara terdekat, jiran2 dan kawan2 terdekat si mok jer yang datang! masak2 plak esok pagi baru orang dapur start masak, jadi malam ni memang takde kijer banyak, cuma dok nyebok nengok mak andam pasang memasang dan adalah 2-3 kerat sedara mara dok tolong buat bunga rampai! tu jer..


Ha! 2 anak dara ni bukan buat bunga rampai tau! dorang sedang dok mayang limau kasturi, nak tahu buat apa? rahsia! hahaha!!!


Ni dia daun pandan yang dah siap dimayang, nak dijadikan bunga rampai untuk esok!


Munge2 cinte! hehe...ha datang ar masuk airnyer tu! ni ar bunga yang dah tinggai kelopak untuk dicampurkan pada bunga pandan tadi, nak dijadikan bunga rampai! walaupun kurang bunga tapi jadilah dari takde! janji wangi!


Ni ar hakak aku yang tua sekali, tapi dia belum tua kan..hakak sulong aku ar...ni ar mak pengantin! nak tahu apa yang sebok diborakkan tu? dia cakap kat anak bujang dia ni " nko bila lagi de' umur dah meningkat tapi calon pun tadak? atau nko memilih sangat?'' hahaha! memang memilih bebenonyer si pok'de nih, nak yang kecik molek, muka ala2 peranakkan, mana nak cekau! kalau nko ensem tu ok ar gak, sekali petik! berterabur dok beratur depan nko! ni muka ala2 nepal ada hati nak milih2 sangat! pirahhhhh! bujang ar nko sampai ketua!


Yezza! mak kesayanganku musti ada! kemana-mana pun kalau dia nak ikut akan kubawa...tapi kalau aku pi shopping memang dia taknak ikut! katanya kalau dia ikut aku shopping memang tanggal ar kaki dia, hahaha! apapun mak tetap aku sayang...forever...muah..muahhhh!!


Ciqa yang tumpang berangan...dia dah rasmikan dulu katil pengantin ni yer! masa awak akan sampai jugak nanti walaupun belum ada lagi pasangan yang sesuai dengan awak tapi satu hari nanti sampailah jodoh awak tu yer ciqa! alah! lagipun awak baru jer 21...muda jauhari lagi! lekkkk luhhhhhhhhhhhh!!! biar mok kawen dulu tau!


Haaaaa! nko pun nak tumpang berangan! hadoh, ni katil pengantin dah lunyai dek nkorang punya lenjan kat atas ni, tolong ar wei! katil orang tu! alah! bukan aku dok lompat2 ateh katil ni pun! tompang posing jer...kan mok kan!
Mmm...masa ni aku membayangkan yang Mr J aku akan datang dok dokong aku pastu campak ateh katil ni! tapi sayangnya Mr J aku takde! huhu...B cepatlah balik! tak kesian ker nengok seterimu ni dok berangan tak abis2! mmm...dah 4 hari aku tak jumpa Mr J ku itewww! tapi takper...esok malam dia dah balik walaupun ketinggalan majlis mok nikah esok siang namun Mr J aku tetap akan pulang kesisiku! ceewah! nak muntah nko kalau orang baca ayat nko ni kak oi! bawak2lah kaber2 line sikit!
Ok lah...mata aku dah melekat-lekat ni hah! kita jumpa lagi dicatatan aku esok dan kalau nak nengok gambo mok nikah esok, tunggu tau! kalau sempat dan tak penat aku akan up date lagi!
Bubyeee semua!

Hai semua...jom kita pi merewang...sesiapa yang takde kijer tu calling2 ar aku kat sini yang sedang banyak kijer...hari yang dinanti-nantikan hampir tiba, hari nak menyambut menantu...ahawww! bukan aku yang nyambut menantu tau! anak2 i kecik lagi u, nak dapat anak saudara baru ler...sok anak saudara aku yang paling sihat tu, si mok dah nak dinikahkan dengan pasangan serasinya, jadi beberapa hari ni memang aku busy, al-maklom ar aku ni kan orang penting! mana tak pentingnya, si mok ni sanggup tunda majlis perkahwinan dia semata-mata nak nunggu aku balik ke malaysia ni tau! kiranya penting ar aku ni yer takkkk!!! hahaha! kiter suka tau kalau orang selalu anggap kiter ni orang penting, terasa macam selalu dihargai! ceewahhh! poyo ar lu minah! berangan tak abis!
K ar..aku nak citer sikit ar pasal majlis perkahwinan anak saudara aku ni eyyy...majlis nikahnya sebenarnya esok ni hah, hari khamis 2hb kat masjid dan akan berlangsungnya kenduri kendara pada belah petang dan malam, majlis besa-besarannya pula pada 11hb sabtu ni plak, jadi memang minggu ni aku busy tak hengat! harap terlaratlah badan ni nak menanggungnya! mmm


Masih lagi mood rewang dan sambil2 merewang tu kiter hiburkan hati dengan acara umpat-mengumpat! waaaaaa...bertambah meriah! ni belum kaki2 ngumpat datang lagi, kaki ngutuk pun belum tiba apatah lagi kaki temberang...memasing on the way! hahaha!


Anak saudara aku seko ni masih belum laku, maklom ar masih mude jauhari, kata orang baru nak hidup...la ni tengah sebok kijer cari duit nak kawen tapi pasangan lom jumpa lagi, biar makcik nko ni carikan...nko dok jer diam2 kat situ! ada faham!!! hahaha! ciqa ni ialah anak saudara aku yang aku bela masa dia kecik dulu, berak kencing dia pun aku yang sattle jadi dia kena dengar cakap aku! cuma perangai pemalas dia aku tak boleh blah! nengok ar tu, baru buat kijer sikit dah baring! beso punya pemalas! memang tak laku ar nko nak oi!!!


Orang yang paling terpenting ialah abang ipar aku! kalau takde dia memang takkan ada majlis perkahwinan ni, yaaaaaa inilah bapak pengantin! dia ni baju memang banyak kakak aku belikan tapi sayangnya dia tak suka pakai baju, dia suka pakai baju kulit! kalau kaler lawo takper ar jugak, ni kaler ala2 hangus rentung! hancus! hahaha! walaupun begitu dia tetap abang ipar kesayanganku! dah macam pak aku ar...dah dia yang dok bela aku dari kecik sampai aku kawen, lagipun aku bukan kenal pak aku bebenoner...yang aku tahu dia ni ajer ar pak yang aku hade!


Mak yang paling aku sayang, turun padang jugak hokkey...ikut merewang! masih bertenaga, masih mude remaje! alhamdulillah masih sihat! semoga mak sentiasa sihat walafiat dan sentiasa diberkati tuhan, amin.
Sayang mak forever!


Budak kecik yang paling rajin merewang ialah dak Rhea ni, memang rajin nko! buat kijer dok kat situ sampai habis tau! tapi molot tak berenti bercakap ngalahkan tongkeng ayam...mut..mut! hahaha!


Ni lah bakal pengantinnya, bukan yang kat depan dok menyeringai macam kerang ni, tapi yang kat belakang aku ni hah! muka tak boleh nengok dulu, nanti hilang seri! tapi kalau badan memang tak boleh sorok, aku dah baik punya cover pun masih terkeluar line! double aku ar budak mok ni! hadus! mak andam tambah kain nko masa nak buat baju kawen dia! wakakaka!!!! tapi takper mok tetap mok! dah laku pun!


Cenderahati dari pihak pengantin yang masih lagi belum siap! banyaknya ya rabbi...jemputan ramai, maklom ar abang ipar aku ni dah macam penghulu kat daerah rumah dia nu...semua orang pun dia kenal, pernah dulu anak saudara aku kawen, anak dia gak ar...orang yang tak jemput pun datang nko! sib baik makanan cukup! tu yang kali ni kena bersedia awal-awal, manalah tahu kalau tak cukup jadi cenderahati nilah jadi peganti...harap2 semuanya cukup ar...huhu


Cenderahati juga, walaupun macam2 kaler tapi memang banyak disediakan, nak pastikan semua orang dapat! sampai tempat nak letak menda ni pun dah tak muat! sib baik dak mok ni nak dengo cakap aku, nak tahu apa aku suh dia buat! aku suh dia sewa satu rumah sewa sementara untuk dia sumbat semua barang2 kawen dia termasuk menda2 ni, jadi umah tak berserak dan sentiasa bersih! lagipun dia buat kat dewan jadi senang sikit! rumah dia nanti hanya untuk hari majlis kenduri pas nikah dan majlis gambo2 kat mini pelamin dalam umah masa majlis berinai esok ni. baik kan idea aku! hehe


Antara cenderahati yang dah siap! kaum kerabat ramai jadi menda2 macam ni memang kita2 jer yang buat, orang lain takde tolong pun, lagipun buat kat umah sewa mok, takde orang lain yang tahu kat situ! kompom jiran2 akak aku pun pelik, majlus dah nak dekat mana plak mak pak dan kaum kerabat pengantin ni hilang? hhaaa! rupanua kitorang bersembunyi disini senyap2! tapi bukan kita taknak orang datang rewang, cuma kalau lagi ramai nanti lagi jadi kelam kabut kan...kalau nak rewang betul2 dok potong bawang segala bagai tu pi jer ar kat dewan tu sok, hah! kat sana memang banyak menda yang nak direwangkan! jadi setakat menda2 kecik macam ni biarlah kaum kerabat yang dedekat jer buat! insyaallah kitorang boleh handle kerojer yang ni!


Alhamdulillah...kerojer2 ngisi cenderahati dah pun sattle! sebenonyer bilik ni dah penuh sampai kedinding dengan cenderahati ni, masa ni masih lom penuh jadi sempatlah aku ngambik gambonyer! harap mak dan pak menti atau mak dan pak lipas jangan ar dok merayap kat sini naaaa! ciankanlah pada keluarga pengantin ni!
Sampai kita jumpa lagi pada cerita selanjutnya nanti, kalau nak tahu apa cer menjelang majlis nikah mok esok...tungguuuu!!!

Hola! waaa...seronot nampak! maklom ar ada orang bawak pi shopping kan, mana tak seronotnyer...dah ar dok tertunggu-tunggu menghitung hari nak sesangat gi singapore ni, bukan tak pernah pi singapore senenonyer...selalu gak tapi yang sebok bebeno nak pi singapore kali ni sebab ada makna lain! singapore dah start sale u, setahun sekali jer singapore buat sale cenggini, memang tetiap tahun pun dok gi singapore sale ni, maksutnya masa kat msia dulu ar, last year pun dapat gi gak masa dok kat denmark tapi balik sini bercuti ar...tahun ni dapat gi lagi! bukan apa! singapore kalau buat sale memang harga gila babas jatuh! nak2 yang barang2 brandednyer...hadoh! boleh sakit jiwa tak tido lena dibuatnyer...


Haaaa...nengok tu, macam2 brand pun ada, pilih jer ar nak masuk yang mana? pendek kata sediakan fulusnyer ajerlah yer...


Wajah2 riang dapat berjalan sakan...tapi mummy dia lagi riang tak hengat!


Masuk selagi boleh masuk! tapi masuk jer ar...hahaha!


Mr J nampak happy walaupun banyak dah terbang...sabaq naaa....Grand Singapore Sale ni setahun sekali jer yanggg...ngee


Suke nko yer...well!!! apa lagi nak buat selain dari bersuke-suke kan..buat apa nak stresskan pale kalau ada orang sentiasa nak sukekan kiter yer dak..jom kita bersuke-suke! sale masih ada lagi ni, baru jer start!


Amiklah kesempatan bergambo kat sini walaupun cuma masuk jer tapi tak beli, sekodeng regenyer jer dulu, balik nanti dok pikio2...kalau mampu leh datang balik sini...ngeee


ehem..ehem..dah sekodeng kat sini gak, rege memang berbaloi! boleh mampu dan rege lagi murah berbanding kat Msia...yeehaaaaaaaaa!!!


Seronok sesangat yer nko kak, nyopping tu nyopping gakkk! ingat2lah kat mak dan adik beradik yang lain! mmm...sudah semestinyer ok! aku bukan jenis yang kedekot, mak dan hakak2 aku memang ada bahagian, memasing memang dapat dari aku, don wori..hehe


Pas puas nyopping sampai sakit tumit (lom puas walaupun tumit rasa macam nak terkopak!) meh kiter posing rehat2kan tapak kaki dan juga minda! hahaha boley gitewww! apapun aku memang jenis yang tak pernah puas kalau bab2 nyopping2 ni, lagipun kali ni pergi sambil sekodeng2 rege juga dan sabtu ni aku akan pergi lagi bersama Mr J si tukang bayo dan anak koretku si Rhea...Rico dan Rica taknak ikut sebab katanya penat jer ikut mummy shopping, tapi mummy jer yang beli banyak barang dia! nyampah arhhh!
Hurghhh! teruk ar bebudak ni! pas dapat barang yang dorang nak memang ar dah taknak ikut lagi! nkorang lagi teruk! tinggal pun tinggal arhhh...lagi senang aku nak menyopping!


Suejoshua...ahawww! kiter jumpa lagi di GSS round 2 minggu depan! sapa nak ikut sila roger2 i hokkeyyy!
Bubyeeeeeeeeeee!!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin