Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada seluruh kaum keluarga, kawan2 dan pengunjung blog aku ini, semoga kehidupan ditahun baru ini akan lebih berbahagia dan apa yang diimpikan akan terlaksana.
Sempena tahun baru ini juga blog aku berwajah baru. Tajuk blog "Aku, Sue & Mummy" kini bertukar kepada "Citarasa Kehidupan SueJoshua".
Harap semua enjoy.

Bangun jer tido nari tah apa hangin Aby dok ngajak aku pi Ringsted, nak tahu apa ada kat sana? haaaaaaaa...kat sana ler terletaknya macam2 factory outlet, banyak jugak brand ar yang ada kat sana nu, rege kalau time sale memang murah giler baboon! sebab tu nak gi, tengah sale u...ngee...i like!
Memandangkan cuaca nari idak ler berapa bestnyer, tapi Aby ngajak pi redah jugak! alah! macam ar kat sini cuaca selalu best! tak best pun...sejuk manjang! selalu ai kena simpul biawak tau! menci!




Sampai jer kat Ringsted ni, mak datok nko! snownyer punyer ar tebal, kat tempat aku masa bertolak cuaca macam clear jer tapi sampai kat sini ada ar hujan renyai sikit2 campur ngan snow turun sikit2, macam tak best jer gitu nak berjalan, licin plak tu! banyak kali ai terpele'ot thau! ai kan suka jalan ala2 kekwat gitewww! hambek nko! tu ar...sapa suh kekwat sangat!





Ya hamfun...bebudak ni memang tak gheti sejuk tau! puas dorang main snow kat sini, macam jakon bebeno! padahal semalam baru jer main kat belakang rumah sampai hinguih meleleh pun tak sedar...bluekkkk!




Tengok ar tu snow punyer ar tebal, bertimbun-timbun dan masa ni ar jugak snow renyai2 bersama hujan pun turun...licin, comot dan sejuk! grrrr




Kedai pertama yang aku redah, Mango atau MNG ar senang nak sebut! tapi aku tak ar memborong banyak sebabnyer kat sini banyak sale baju sejuk, aku kan dah nak balik Msia, jadi baju2 sejuk tak lagi dalam senarai barang yang nak diborong! waaaaa...guna ayat "Borong" nko kak erkkk!!! kekwatnyer! sedo diri tu siket kak oiiiiii!!!!!





Antara kedai2 yang aku redah kat sini...




v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tempat terakhir yang aku redah! TEFAL...memang tengah sale! murah giler baboon! apa lagi...sauk jer ar apa yang patut!




Mak satu, kak nah endul satu, kak ct ammot satu, ti mok satu, ciqa satu, pok'de satu, pak ngah satu, mamat thok satu...waaa...dah ada yang punyer nih! hahahaha!




Ti mok satu, ciqa satu, pok'de satu, kak nah ndol satu, kak ct ammot satu, pak ngah satu, mamat thok satu, mak satu, dorang punyer jugak! bha..ha..ha..ha




Sattle sudah tugasan nari, masa untuk balik! tapi cian kat Aby, masa nak balik punyer ar seksa, dah ar sejuk pastu cermin kete bukan tebal ngan snow tapi tebal ngan ais! kalau snow senang jer nak buang! kalau ais ni maunyer kena sasak 2-3 kali baru jatuh, melekat tau kat cermin kete, lagi disimbah air lagi teruk, terus beku! jadi paling kurang penyeksaannyer dengan cara ni ar...dok sasak atau kikis!
Apapun kitorang dah pun selamat sampai kerumah, arhhh lega! dok depan tb tengok movie sambil minum melo panas! mmmm...



BAHAN-BAHANNYA:
  • 5-6 sanggul mee(hijau)
  • 500 gm daging lembu - biarkan pada ketulan besar
  • 4 s/b kicap cair *
  • 2 s/b kicap pekat manis *
  • 4 s/b madu *
  • 1 s/b lada sulah *
  • 1 s/t garam *
  • 1 S/b minyak jagung
  • 4 pokok daun bawang - dimayang halus
  • 5-6 biji cili padi - dihiris halus
  • Sedikit kicap cair
  • BAHAN SUP:
  • 2 kiub pati daging lembu
  • 500 ml air
  • 1 s/t lada sulah
  • Sedikit garam
CARA-CARANYA:
  • Sapukan daging bersama minyak jagung, kemudian gaulkan pula daging bersama bahan yang bertanda (*) dan perapkan selama 2-3 jam.
  • Bakar daging dalam oven pada suhu 160 C hingga daging masak, hiris nipis2 daging tadi, ketepikan.
  • Untuk supnya, tuangkan air kedalam periuk, masukkan kiub pati daging dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan lada sulah dan garam, kacau rata dan bolehlah ditutup apinya.
  • Celur mee hingga lembut, angkat dan toskan airnya.
  • Hidangkan mee tadi didalam pinggan hidangan, kemudian letakkan sedikit hirisan daun bawang diatas mee, susunkan pula hirisan daging tadi.
  • Hidangkan mee bersama sup dan hirisan cili padi merah yang telah dicampurkan dengan kicap cair.


CARA-CARANYA:
  • BAHAN KEK MILO:
  • 5 s/b milo
  • 3 s/b mentega
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 s/t serbuk penaik
  • 2 titis esen vanilla
  • BAHAN TIRAMISU:
  • 200 gm krim keju
  • 200 gm krim segar
  • 250 gm keju mascarpone
  • 50 gm gula kastor
  • Serbuk koko - sebagai hiasan
  • Coklat urai - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Masukkan gula dan mentega didalam satu bekas, kemudian pukul hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi, masukkan esen vanilla, serbuk penaik, milo dan tepung sedikit demi sedikit.
  • Kacau rata dan tuangkan kedalam loyang yang sedikit leper.
  • Bakar pada suhu 170 C hingga kek masak.
  • Bila kek masak, biarkan betul2 sejuk dan masukkan kek kedalam bekas, kalau kek terlalu tebal, potong nipiskan sedikit kek tadi, ketepikan.
  • Untuk membuat tiramisu,
  • Pukul krim keju dan krim mascarpone hingga sebati, kemudian masukkan krim segar dan gula, pukul lagi hingga sebati dan kembang.
  • Tuangkan adunan krim diatas kek milo tadi hingga penuh permukaan bekas, masukkan kedalam peti sejuk selama 4-5 jam atau biarkan semalaman dalam peti sejuk lagi sedap.
  • Apabila hendak hidangkan, taburkan sedikit serbuk koko dan coklat urai sebagai hiasan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin