Hai re hai! haaaaaaaaaa...kalau dah balik Denmark ni selalunya wiken macam ni kalau tak merayap mesti gi jemputan kat mana2, dah memang dari dulu dok sini, jemputan dari kawan2 memang selalu je ada, kadang ada jer dorang tu nak buat majlis, kadang besday anak2 dorang lah, kadang majlis itu lah, ini lah, macam2 majlis ar kat sini, pendek kata memang selalu sangat dorang buat majlis, kalau dah ada majlis semestinya ada hidangan yang sedap2! contohnya macam nari, aku dapat jemputan dari Kak Ct yang dok kat Nivo nu hah! Kak Ct ni memang selalu sesangatlah buat majlis makan2 macam ni, memang rajin hakak tu masak! banyak plak tu! memang terror! penuh 1-2 meja kalau dia masak! apa ke magik yang dia pakai gaknyer? kalau aku masak bebanyak macam tu, maunya pancit mak nyahhhhh!

(Sori ar...makanan dah nak abis baru sebok nak ngambik gambo!)





Pas2 kenyang makan sampai tetas zip seluar tetiba dari dapur keluarlah satu kumpulan yang diketuai oleh Kak Ct dok nyanyi lagu besday kat Aby, laki ai tu ar, nari kan besday dia, aku memang tak buat apa2 pun, tak sangka ar plak yang si kawan aku sorang ni susah2 kan diri pi beli kek untuk Aby, patut ar dia sampai lambat! ghopernya pi mencari kek untuk Aby ni hah, mekasihlah pada kawanku Noi, cayang nkooooooo! muah! muah!




Hah! bukan nyanyi 1 lagu jer tapi 3 lagu nko! memula lagu besday versi omputeh, yang tu memang semua orang pun nyanyi, pas tu versi melayu pun semua dok nyanyi, lagu yang ke 3 ni versi Danish, hah! yang ni 2-3 orang jer yang nyanyi sebab bukan senang nak nyanyi lagu besday versi Danish ni! yang aku tahu hanya last2 nyer jer...hurrah..hurrah..hurrah...jadiklah dari tak tahu langsong kan, hehe



Punyalah semangat Kak Ct ni dok serahkan kek kat Aby, terima kasih yer Kak Ct..




Besday kek Aby yang telah disponsor oleh kawanku Noi, maceh banyak2 erkk, bukan senang nak dapat kawan macam ni tau tak! orang2 terpilih macam aku jer yang dapat kawan sebaik Tenoi tu! muahahaha! kompom sembelit nkorang baca ayat mak ni nyahhhhhhh!




Apalagas, potong ar kasi pulun...




Besday boy! bertambah lagi umurnya yer bangggggggggggg




Biasa ar kalau dah kenyang makan apa lagi yang nak dibuat selain dari berborak! maklom ar dari aku balik minggu lepas baru la ni dorang jumpa ngan aku, jadinya ada saja menda2 yang dorang dok tanya! dah macam wartawan plak dorang2 ni...hehe




Nkorang perasan tak? setiap mana2 majlis pun mesti ada mamat bibir terbalik tu! sapa lagi? cikgu Sudeng tu ar...yang pakai baju kaler cekelet tu! tapi Cikgu Sudeng ni memang orang penting gak kat Denmark ni, kalau dia takde, saper ar plak nak jadi imam masa solat? sapa ar plak nak bacakan doa panjang berjela, tak gitu Cikgu Sudeng? apapun Cikgu Sudeng tetap kawan lelaki aku yang paling sporting! caya lu arhh!




Acara makan tak toleh kiri kanan masih lagi berlangsung! hadohhhhh! selagi tak bersih atas meja makan tu, selagi tu ar dok membeduk tak ingat!




Tulun ar Cikgu Sudeng, buat ar trademark lain selain peace! dah banyak bebeno orang buat peace tu tapi tak peace2 jugak! aku potong jari nko tu kangggggggggg!
Yang jari lagi sebelah tu nko nak cucuk minatang apa???





Ala bersama DZ, aku cayang kat adik2 aku ni.
DZ tu nak jadi adik hakak ke nak jadi anak sedara hakak? ngeee :P




Dekat sini cuaca cepat gelap! biasa ar dah nak masuk musim winter ni lagi ar cepat sangat jadi gelap, kadang 6 petang dah gelap gelita macam pukul 10 malam, tapi nari aku balik dari rumah Kak Ct memang dah malam pun, bayangkanlah lagi ar gelap gulita! tak lama lepas memasing bersolat, aku pun cabut balik ar...perut pun dah kenyang, nak tunggu apa lagi, tuan rumah pun nak tido gakkkk!
Pada Kak Ct dan suaminya Pak Herman, terima kasih diatas jemputannya yer..susah2 jer...hehe

Semoga dipanjangkan usianya, dimurahkan rezekinya, dipermudahkan segala urusannya, diberkati hidupnya dan berbahagia sentiasa.
Pada suamiku yang tercinta, tiada hadiah istimewa yang dapat aku persembahkan dihari lahirmu ini, hanya sekeping hati yang tulus ikhlas menyintaimu sepenuh jiwa, semoga hari ini, esok, lusa dan hari2 yang mendatang akan membawa seribu keindahan dan kebahagiaan buat mu.




Bertambah lagi usiamu bermakna bertambah lagi kehidupan untuk kita terus hidup bersama, terima kasih diatas segala kebahagiaan yang telah kau berikan padaku, Rico, Rica dan Rhea.
We will always love you..


"Happy Birthday B"


BAHAN-BAHANNYA:
  • 350 gm pasta fettucini - direbus hingga lembut dan toskan airnya
  • 300 gm udang - dibuang kulitnya
  • 250 gm krim masakkan
  • 50 ml keju pecorino/parmesan - diparut
  • 5 s/b minyak zaitun
  • 2 s/b herba dill - dicincang halus
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 5 biji bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • Garam dan gula
  • Hirisan daun bawang - sebagai hiasan (optional)
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang, cili merah dan hijau, kacau hingga udang masak.
  • Masukkan pasta sambil dikacau rata.
  • Masukkan krim, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula, kacau perlahan dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan herba dill sebelum di angkat.
  • Hidangkan bersama keju.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 s/t soda bikarbonat *
  • 1 s/b gula pasir halus *
  • Secubit garam *
  • Air sejuk secukupnya
  • Madu secukupnya
  • Ice-cream - dipotong
  • Sedikit minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Masukkan tepung kedalam mangkuk, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda * kacau rata, tuangkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil dikacau sehingga bancuhan pekat sedikit, jangan terlalu banyak letak air.
  • Biarkan bancuhan selama 10 minit.
  • Sapukan sedikit minyak sayuran diatas kuali kecil non-stick dan panaskan diatas api yang kecil, tuangkan sedikit bancuhan tepung tadi dan ratakan nipis, kemudian balikkan sehingga masak rata dan warna keperangan, angkat dan ketepikan.
  • Buat sehingga habis bancuhan.
  • Susunkan beberapa keping lempeng diatas pinggan hidangan, kemudian tuangkan sedikit madu dan letakkan potongan ice-cream diatasnya, sedia untuk dihidang.


BAHAN-BAHANNYA:
  • BAHAN NASI:
  • 6 cawan beras wangi (sukatan gunakan cawan beras)
  • 2 kiub pati ayam - dihancurkan
  • 3 cm halia - diketuk *
  • 2 helai daun pandan - disimpul *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 2 kuntum bunga lawang *
  • 4 biji buah pelaha *
  • 3 biji bunga cengkih *
  • 2 s/b majerin
  • Sedikit garam
  • BAHAN AYAM:
  • 1 ekor ayam - dipotong 2 dan dicuci bersih
  • 6 s/b kicap pekat manis
  • 6 s/b kicap hoisin
  • 4 s/b kicap cair
  • 2 s/t garam
CARA-CARANYA:
  • Perap ayam bersama bahan ayam selama 1 jam atau lebih.
  • Ambil ayam yang telah diperap tadi dan letakkan diatas dulang pembakar, masukkan ayam kedalam oven dan bakar pada suhu 200 deg C sambil dibalik-balikkan sehingga ayam masak.
  • Tuangkan baki kicap perap ayam tadi kedalam periuk kecil, letakkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih, kemudian tambahkan sedikit garam, gula dan bancuhan air tepung jagung, kacau sehingga pekat dan tutup apinya, ketepikan.
  • Untuk nasinya, cuci beras dan toskan airnya, ketepikan.
  • Didalam periuk nasi, panaskan mentega sehingga mentega cair, kemudian masukkan kesemua bahan nasi yang bertanda * kacau sehingga naik baunya, tuangkan beras bersama air secukupnya, kacau rata kemudian masukkan pati ayam, kacau lagi hingga sebati dan tutup periuk, biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya.
  • Hidangkan nasi ayam bersama ayam bakar, tuangkan sos hoisin diatas ayam ketika menghidangkan.
  • Tambahkan hidangan dengan sambal cili, sup, hirisan tomato, timun dan daun salad.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 550 gm doh pizza
  • 340 gm luncheon meat dalam tin - dipotong dadu kecil
  • 1 s/b serbuk oregano kasar
  • 1 s/t serbuk lada hitam
  • 200 gm mozarella cheese - yang telah diparut
  • Tomato sos secukupnya
  • Tomato - dihiris nipis
  • Daun bawang - dihiris (optional)
CARA-CARANYA:
  • Canai doh kira-kira 1 cm, kemudian potongkan kecil menjadi bentuk empat segi, susunkan diatas dulang pembakar dan cucuk2 bahagian permukaan doh tadi dengan garfu.
  • Bakar pada suhu 170 deg C selama 15 minit, keluarkan dari oven dan sapukan permukaan doh dengan tomato sos.
  • Susun hirisan tomato diikuti dengan taburan luncheon meat, kemudian taburkan mozarella cheese, daun bawang, serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
  • Hiaskan dengan hirisan tomato jika mahu.
  • Bakar semula pizza selama 20 minit atau sehingga masak.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 biji telur
  • 2 s/b rata cencalok
  • 1 biji bawang besar - dihiris kecil *
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis *
  • 1 biji cili hijau - dihiris nipis *
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris *
  • 6 s/b minyak sayuran
CARA-CARANYA:
  • Pecahkan telur dan masukkan kedalam mangkuk, pukul telur hingga rata, kemudian masukkan cencalok, kacau hingga sebati.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda * kedalam mangkuk berisi telur dan cencalok tadi, kacau lagi hingga kesemua bahan rata.
  • Panaskan minyak didalam kuali non-stick, kemudian tuangkan telur, tutup sekejap permukaan kuali dengan penutup sehingga bahagian bawah telur masak, kemudian balikkan telur tadi, tutup semula permukaan kuali sehingga telur masak rata, hidangkan.



Nkorang tengok ar video ni, kompom hilang stress! cute gilerrrr...kalau ar anak aku camni, hari2 aku dok suruh dia buat! hehe
Dah dua hari balik rumah baru perasan kat garden belakang rumah aku buah apple dok merah melambak! ni bukan apple biasa yang beso2 tu, kalau apple tu dah memang jelak tekak! tak makan pun takper... apple yang kat belakang rumah aku ni namanya cherry apple, kecik kiut jer dan rasanya lain sikit dari apple besa tu, rasanya seakan-akan jambu batu dan ada masam2 sikit! apple ni sedap dibuat jeruk tau! tengok ar esok lusa kalau ghajin nak memetik apple ni memang nak dibuat jugak ar jeruk barang sebalang dua...ceewahhh!
Tapi mandangkan kat luar nu punya ar sejuk, macam malas jer aku nak membekukan diri dok petik apple tu! agak2 malas memang Rico & Rica ar jadi mangsa pi petik sok!




Jaga ar nko wahai si buah apple! akan aku jadikan nko jeruk esok lusa dari pada nko membusuk, lebih baik aku petik! kalau tak jadik jeruk buat acar apple pun orait jugak ni! apapun nengok ar kalau ai rajin! kalau maleh nampaknyer busuk dan beku jer ar apple tu kat pokok! hehe

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin