BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm udang - dibersihkan
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 s/b serbuk kunyit *
  • 2 s/b perahan jus limau purut *
  • Sedikit garam *
  • Minyak secukupnya - untuk mengoreng
CARA-CARANYA:
  • Bersihkan udang, gaulkan udang dengan bahan yang bertanda * dan perapkan selama 20 minit.
  • Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan udang sehingga masak dan agak garing, angkat dan toskan.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 300 gm gula merah
  • 200 gm gula pasir
  • 300 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung ubi
  • 1 s/t air kapur masakkan
  • Air secukupnya
  • Kelapa kering + sedikit garam + sedikit air panas - dikukus sekejap
CARA-CARANYA:
  • Masukkan gula merah dan gula pasir kedalam periuk, tuangkan air kira-kira 3-4 cawan, masak hingga gula larut, kemudian biarkan sejuk dan tapiskan, tambahkan air 1800 ml kedalam air gula tadi.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung ubi kedalam air gula tadi, kacau sehingga sebati, masukkan air kapur, kacau lagi kemudian kisarkan kedalam blender.
  • Tuangkan bancuhan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  • Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk barulah dipotong dan dihidangkan dengan kelapa yang telah dikukus terlebih dahulu tadi.





BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 cawan beras wangi
  • 250 ml santan kotak
  • 200 gm daging - dipotong kecil2
  • 1 biji kentang - dipotong dadu kecil
  • 1 batang lobak merah - dihiris nipis
  • 5 tangkai kacang panjang - dipotong kecil
  • 1 s/b udang kering - dikisar kering
  • 1 s/b ikan bilis - dikisar kering
  • 1 s/t serbuk lada sulah
  • 1 kiub pati daging - dihancurkan
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus *
  • 2 cm halia - dimayang halus *
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus *
  • 1/2 s/t halba
  • Rempah tumis
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
  • Bawang goreng - untuk menabur
  • Hirisan daun sup - sebagai hiasan
CARA-CARANYA:
  • Rebuskan daging hingga masak kemudian ambil air rebusannya, ketepikan.
  • Cuci beras kemudian masukkan kedalam periuk, masukkan juga daging yang telah direbus bersama air rebusannya sehingga setengah periuk dan masak sehingga menjadi bubur.
  • Didalam periuk yang besar sedikit, masukkan minyak dan tumiskan rempah tumis bersama halba hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang bertanda * kacau lagi sehingga layu, kemudian tuangkan bubur bersama daging yang telah dimasak tadi, udang kering dan ikan bilis, kacau rata dan masukkan santan, kentang, lobak merah dan kacang panjang, kacau hingga kentang dan lobak merah masak.
  • Masukkan pati daging, lada sulah, garam, perasa dan sedikit gula, kacau hingga bubur sebati dan agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup.


Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (sebulan):


“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala.”

Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Puasa Ramadhan (harian):


“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Doa Berbuka Puasa:


“Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Wewittt! seronok nari aku cuti masak, sebabnya esok nak pose! hahaha...nko sasau ke hapa? orang nak pose r yang kena masak, nak dibuat sahur! yang nko leh plak cuti masak? nko tak pose eh kak?
Meh r aku citer sikit! sebenarnya aku dah berjanjian dengan kawan aku si Poji tu dengan keluarganya untuk makan kat luar, masa makan yang dijanjikan tu pun dah petang sangat, kengkonon makan untuk sahur sekali r..tapi rasanya tak boleh kot? sebabnya aku ni jenis yang kuat makan, sahur tetap kena bangun sahur! dan masakkan sahur nari biar malam nanti baru difikirkan..
Jadi perjumpaan nari memang untuk makan2 dan berborak-borak setelah hampir 7 minggu tak jumpa keluarga Poji ni, maklom r orang baru balik dari Mesia, banyak r yang nak diceritakan, tu yang sambil makan2 sambil borak2.
Perjumpaan nari disertakan dengan seorang kawan yang memang baru sampai pagi tadi ke Denmark ni, dia ni dari Mesia dan akan belajar disini selama 3 tahun, namanya Shevren Lai dan kalau nkorang nak tahu masa kat Mesia dia bekerja bersama Kementerian Pelancongan dan kalau nkorang nak tahu yang lagi gempak! dia ni ialah boss Ben Ashaari, nkorang takkan tak kenal Ben Ashaari kot? satu malaya nko kenal Ben Ashaari, alah..mat besi yang kuat membebel tu..hehe
Sebenarnya dah banyak kali juga Shevren ni berbalas email dengan aku sebelum dia ke Denmark ni, semuanya ni Ben r yang kenalkan, jadi bila dah dekat2 dia nak datang Denmark, dia email lagi sampailah tadi dia sampai Denmark dia terus telefon aku, ni yang kita jumpa sekali sambil bawa Shevren ni tengok2 tempat mana yang patut dan kedai2 barang2 dan lain2 r supaya senang nanti dia nak beli barang apa2 termasuk makanan, kita juga beritahu dia r apa yang patut dia kena buat kat sini, kiranya kita tunjuk ajar sikit r apa yang perlu supaya dia tak rasa keseorangan kat tempat orang ni, harap Shevren akan dapat sesuaikan diri kat sini, memula tu memang rasa susah kot? tapi tengok daripada orangnya dia ni yang tak banyak songel r, kiranya dia ni jenis yang boleh berdikari tapi untuk dia lebih confident, tu yang kita datang menyambut kedatangan dia di Denmark ni, harap dia tak serik r jumpa aku, hehe
Kepada Ben Ashaari, nko jangan risau tau, boss nko dah selamat kat Denmark ni, jangan risau, selagi aku dan kawan2 kat sini ada, kita tengok2 kan r dia nanti, cuma kesian gak kat Shevren ni, salah satu beg dia hilang, kat dalam beg tu ada r barang2 berharga termasuk power cord, jadi dia tak bolehlah nak bukak computer dia buat sementara ni, tapi benda ni dah sattle dan bag dia maybe akan dapat balik dalam 2-3 hari ni, harap semuanya berjalan lancar.

To Shevren, wishing you a fruitful stay in Denmark.



BAHAN-BAHANNYA:
  • 4 ekor ikan kembong - dibersihkan
  • 2 s/b tempoyak
  • 20 biji cili padi merah *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1 biji buah keras *
  • 2 keping asam gelugor
  • 200 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • Garam, perasa dan gula
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian masukkan kedalam periuk, tuangkan juga santan pekat dan air kedalam periuk, kacau rata dan letakkan diatas api yang sederhana.
  • Masukkan asam gelugor dan tempoyak kedalam periuk tadi sambil terus dikacau perlahan hingga mendidih.
  • Masukkan ikan, garam, perasa dan sedikit gula, kacau hingga sebati.
  • Bila ikan masak, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin