
Hari ni aku masih lagi beraya, amboi! raya tak abis nampaknya!
Semalam pas berpenat-penat raya kat rumah sendiri, nari gi plak rumah kengkawan.
Hari ni sebenarnya ada dua jemputan so aku gi r dulu rumah pertama, aku datang pun dah lambat cz bangun dah lambat, kepenatan! jadi ingatnya rumah kedua tu kalau tak sempat nampaknya tidak r dapat menghadirkan diri dengan cuaca yang sejuk dan gelap! tapi bila calling2 tu dorang cakap masih ada lagi yang baru nak datang dan ada pulak lagi kawan yang masa tu nak gi, mmm..leh jugak r saing!
Gambar kat atas tu masa dirumah yang pertama aku gi iaitu rumah En Kama/Zana dan aku membedal nasi dagang, perhh..sedap wei! dah lama tak makan nasi dagang, plak tu memang orang Kelantan yang masak, lagi r sedap!

Akhirnya sampai gak kerumah En Haizan/Aya.
Hidangan kat rumah Aya ni memang r banyak tapi aku makan apa yang terlarat je, memang kenyang gila r nari, sejuk2 plak dihidangkan lagi teh tarik kaw punya! lagi r meletup perut aku, tengok gambar pun dah nampak yang perut aku tu dah macam nak meletup!
Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kawan2ku yang berada di Denmark ni dan juga dimana2 korang berada.
juga Happy Anniversary buat En Haizan dan Aya sempena ulang tahun mereka yang ke-10. Semoga berbahagia sehingga keakhir hayat.
Sampai kat rumah plak aku dok layan cerita Bollywood, kat Denmark ni setiap minggu memang ada kat tv cerita Bollywood dan aku memang r peminat cerita2 Hindi ni dan yang best sekali nari plak boleh ditayangkan cerita yang aku paling suka tengok dari dulu lagi iaitu cerita Devdas lakonan Shahrukh Khan dan Aishwarya Rai, hiiii sukanya!






