Tadi aku keluar jap, mula2 tu aku memang nak gi Panduro iaitu kedai yang menjual bahan2 untuk buat kraftangan, aku ni memang suka buat kraftangan so aku kesana dulu beli apa yang patut, lepas tu baru aku gi cari benda penting dalam kehidupan harian ku iaitu...


Ni hah! aku tak tahu kenapa tekak aku tak boleh nak minum air kat Dk ni, air putihnya macam rasa air aji no moto, bluekkk!!!
Selalu kalau aku nak minum air putih pun aku suruh Aby belikan air mineral, tapi selalunya aku akan mentah kedarah air bergas dan manis2! nak ikutkan memang tak baik untuk kesihatan tapi dah tekak tak boleh terima so aku minum je lah apa yang tekak aku boleh terima! mmm...sedappp!!!




Nasi panas, budu dan ulam petai.
Kalau nak tahu pinggan yang kat atas tu pemiliknya adalah yang kat bawah tu!


Ni lah rope pemilik nasik yang kat atas tu! burok no ropenya budak kampung duduk kat negara omputeh! hehehe...

Ni plak pizza kegemaran anak bujangku.

Oleh kerana suka sangat dengan pizza yang penuh dengan cheese so mummy dia ni letakkan cheese sebanyak yang boleh!
Ni memang makanan kegemaran dia ni, pelik eh! yang seorang suka makanan kampung! yang seorang lagi ni suka makanan bandar sebegini! so mummy n daddy nak makan yang mana satu?




Tak payah senyumlah dek oi! hilang mata yang bolat macam mata daddy tu!
Pelik aku! padahal anak aku ni matanya bolat! tapi bila senyum! hilang bolatnya tu! walau apa pun adik tatap tomei!
Takpelah... apa orang nak kata mummy puji2 anak sendiri, lantak pi lahhh! janji aku happy!


Ececehhh! posing gedik plak eh! manje nyer...geget kang!



Dah 2 minggu ni kerja aku membasuh telah diambil alih oleh anak wedokku! dan nampaknya kerja membasuh kain ni aku dah tak payah buat lagi cz Rica ni dah expert membasuh kain siap dengan keringkan kain sekali, yang aku tahu semua kain yang dah basuh akan diletakkan tepi bilik aku untuk dilipat je! boleh harap anak wedokku itu! hah! senang sikit aku cz tugas aku dah kurang sikit!
Aku akan train anak wedokku sampai aku tak payah buat kerja rumah lagi! hehehe... tapi makan masa! walaupun begitu aku happy sangat anak2 ku dah besar dan boleh diharap! agaknya takut tak cz mummy dia ni garang macam singa! muahaha...


Bagus! tak sesia aku ajo anak aku buat kerja rumah!
Ringan sikit tulang aku yang dah sedia kala ringan ni!
Nasib baik anak aku ni buat kerja dengan penuh minat! siap tanya ada kain baju nak basuh ke tak?
Jangan mula2 je rajin! sok dah selalu buat! naik jelak plak! pas tu malas dah nak buat! siap r satu taman dengar kekak aku menjerittt!!!
Woihhh!!!keji betul! idak ler sampai ketahap tu! ingat aku tarzan ke!!!
Tarzan pun tarzan r...asal tarzan jambu! muahaha...ada yang terbelahak ke?
Lari topik dah nihhh!!!


Kuih koci lagik! hari ni aku buat kuih koci peganti hari tu sebenarnya nak menggantikan gambo kat dalam resepi blog aku tu yang hari tu gambo tak lawo cz daun pisangnya dah kuning! so hari ni dapatlah aku menggantikan gambonya walaupun daunnya taklah hijau bebeno tapi kira oklah daripada daun yang hari tu! kuning sesangat! nampak tak selera walaupun rasanya sodap! kadang gambo pun penting jugak untuk tarik selera tekak ni!
Dan bila ku pandang kuih koci pulut hitam ni aku teringat kat bondaku yang tercinta cz dulu dia yang rajin buat kuih ni! makkkk!!!



Bahan-bahannya:
Udang besar
5 sudu besar butter
2 biji putih telur + 1 biji kuning telur (dipukul sikit)
1/4 cawan susu cair
2 biji bawang putih (dicincang)
Sedikit lada hitam (serbuk)
Garam dan gula
Cara-caranya:
Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang hingga 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tambah butter selebihnya didalam kuali tadi, diatas api sederhana, masukkan bawang putih dan kacau, masukkan telur kacau selalu gunakan hujung garfu, masukkan pula susu cair, garam dan gula sambil dikacau selalu, akhir masukkan udang dan kacau hingga garing, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selain dari Mak, aku tersangat windu pada kakak aku yang sorang ni! dia lah orang yang rajin sms tanya kabo adiknya ni dan dia lah selalu tempat aku mengadu dalam segala hal!
Aku tahu dia sayang kat aku! selalu ingat kat aku!
Lebih2 lagi abang ipar kesayanganku itu yang selalu mude remaje! (yo bro! mata rabak tu)
Ahhh!!! windu nyerrr....

Ni plak anak saudara aku, Ustaz Fairuz!

Hari tu aku tido mimpi dia, pastu aku terus teringat-ingat dia sampai la ni! aku harap dia sentiasa sehat2 selalu disamping anak dan isterinya yang asyik tersengehhh manjanggg je kerjanyer...

Hari ni Aby dapat kapal terbang besau ni dari supplier! memang besau dan berat! nak letak kat almari pun tak muat dek sayap kapal yang menjalar tu!
Tak tahu aku nak letak kat mana! so sementara waktu ni aku letak je kat tingkap kaca rumah aku tu untuk mencuci mata sesiapa yang lalu lalang depan rumah aku tu!
Mmm..bulan 9 baru dapat naik kapal terbang yang betul2! adoh! lagi 4 bulan!
ye! ye! dah tak lama tu!
Hari ni cek abang aku terlebih rajin daa... semalam baru je gi beli barang2 untuk mengerjakan garden belakang rumah aku tu! ingatnya dia akan buat tunggu hujung minggu atau tunggu dia free jek! ropenya hari ni balik kerja je terus salin baju n capai menda alah tu, terus kebelakang rumah! startlah kerja cek abang tu untuk membotakkan rumput lalang yang dah macam hutan belantara tu!
Hhmm...rajin! rajin! maklomlah barang baru beli! nak buat pun semangat jugak agaknya!
Hari tu dah panggil gardener dahhh...tapi kena tunggu turn cz sekarang ni memang gardener tengah bz, banyak pemintaan! tapi dah takde kesabaran agaknya melihat hutan yang semakin menebal! cek abang tu bertekat untuk membuat sendiri! kesian! selama ni Aby tu tak pernah buat kerja2 macam ni mahupun masa kat Mesia! tapi dah jejakkan kaki kat Negara omputeh ni! kena plak buat kerja2 macam ni! tu lah msaalahnya kalau duduk rumah sebuah! kalau duduk condo memang takde masaalah pun nak buat benda2 macam ni semua!
Tapi yang bestnya kalau musim panas macam ni, kalau duduk rumah sebuah memang seronok buat bbq kat belakang rumah! Mmmm... lepas garden siap semua akan aku buat bbq untuk merasmikan garden yang dah cantik nanti! Mmmm....





Bahan-bahannya:

1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka atau gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cawan air

Cara-caranya:

Masukkan air, gula melaka dan gula didalam kuali, letakkan diatas api yang sederhana, gaul rata dan biarkan hingga gula larut, angkat dan tapiskan.
Masukkan semula gula yang telah ditapis tadi kedalam kuali, masukkan juga daun pandan dan kelapa parut, gunakan api yang kecil sambil terus digaul hingga inti menjadi kering sedikit, angkat dan sejukkan.
Bila sejuk bolehlah digunakan untuk dijadikan inti.
Lontong lagik! kalau dah nama pun orang JB, mana nak lepas dengan lontong! kalau dalam sebulan tu mesti 2-3 kali aku akan buat lontong! kalau tak! meroyan aku tak makan lontong! tapi yang paling best dapat makan lontong mak yang buat! kat sini aku buat lontong guna bahan apa yang ada je! tapi kalau kat JB tu! memang sarat bahan2 yang kat dalam periuk! bak kata! macam2 adaaa....
So santapan aku anak beranak hari ni ialah lontong yang kekurangan bahan! walau mana mana pun, lontongku tatap sadappp!!! muahahaha....


Hari ni Aby keje half day cz ada barang yang nak gi carinya, kalau kat Mesia time balik keje pun boleh gi cari tapi kat sini kalau lepas pukul 5 petang memang kedai banyak yang dah tutup so susah juga macam tu!
Aby sampai je kat umah, tunggu plak anak2 balik skul n barulah kita semua bertolak... dan tujuannya nak ke Norrebro nak cari Silvan iaitu kedai yang menjual barang2 hardware cz Aby nak beli grass trimmer n hedge trimmer, sepanjang perjalanan kesana, dak Rhea ternampak plak Br iaitu kedai yang menjual permainan! so kenalah mampir sekejap! dan dalam pada mampir2 tu daddy kena pau lah jugak dek anak2 nya! kahkahkah!!!

Masuk je kat Br tu dak Rhea ni terus je naik menda alah ni tak turun2 cz hari tu dia main Danish punya (anak Lynne) tapi Danish kasi pinjam kejap je! Danish lokek! dia nampak Rhea naik pastu dia mintak balik! hihihi!!! pandai lokek
budak kuntet Danish tu!
Pas tu barulah dapat masuk Silvan.
Mula2 Aby gi cari senapang! hajat dihati nak beli senapang untuk buat koleksi tapi tengok2 takde yang berkenan! so Aby kata lain kali baru datang tengok yang lain, mana tahu ada lagi yang cun! Percayalah! memang dia nak cari senapang! dan walau senapang angin tapi memang berat dan kalau tembak orang pun boleh mampos jugak! tapi tujuan nak beli pun bukan nak buat tembak orang! cuma nak buat hobi jek! tapi tak tahulah kalau ada orang yang teringin nak kena tembakkk!!!
So satu Silvan di rondanya dan akhirnya jumpalah barang yang dicari dan barang yang tak dicari dalam senarai pun ada jugak disapunya...
Tujuan Aby mencari barang2 tu pun sebab nak mengerjakan garden belakang rumah aku yang dah macam hutan belantara tu! so semua barang pun dah dapat dicari! yang tinggal hanyalah nak membuatnya tu tak tahu ntah bila? kadang Aby tu angan2 taik kucing jek! hehehe...

Masa nak balik tu aku nampak plak bunga2 plastik kat dalam kedai yang sedang banyak melambak-lambak! tapi bukan dalam Silvan! ni kat kedai lain! kedai barang2 murah2 dan plastik2 so aku sapu je lah memandangkan teringat kat rumah ada 2 pasu kosong! so saja je lah nak mengabiskan duit Aby! hehehe...jangan tekanan ye By!



Sebelum berayap gi cari barang tadi aku singgah dulu ke Central, cari lauk! alah! balik2 lauk yang sama je ada! muak r tekak aku! ingat ada yang lain2 ke yang lebih menarik yang belum pernah jumpa ke! contohnya macam daging gajah ke! hati baboon ke! kaki biawak ke! boleh jugak rasa makanan yang lain dari yang lain kan??? tak r jemu! kahkahkah! gila ke apa!!! kalau ada pun tak kan aku nak membeli! hilang akal ke apa?
Tapi bukan tak de terus barang yang menarik kat Central tu! ada lah jugak yang aku beli untuk dibuat santapan aku sekeluarga dan yang mesti beli ialah PETAI! iaitu ulaman anak dara aku dak Rica! hah! yang tu memang selalu kena beli! aku pun tak tahu lah spesis apa anak dara aku tu! suka sangat makan petai! Daddy dia pun selalu bising cz asik kerja basuh bilik air jek! aku ni plak jenis tak kesah! lantak r nak! apa kau nak makan! asal berkhasiat!


Dan jajan2 anak2 adalah penting jugak untuk aku sediakan dan sentiasa ada stok untuk diorang nak mengunyah-ngunyah!!!



Oleh kerana Aby kata hari ni Aby balik awal n tak kasi aku masak! bagi aku rest sehari! so hidangan hari ni ialah makan beli kat luor!
Burger n fries untuk anak2...

Kebab, durum n fries untuk Aby dan aku! pinggan yang kat atas tu Aby punya cz aku punya takde kebab! banyak sangat! lagipun aku jemu makan kebab!
Seplastik jugak beli tapi yang bestnya harganya idak ler mahal pun cz makanan yang macam ni semua kat Dk ni tak mahal sangat!
Burbbb!!! kenyang untuk hari ni! esok aku memasak seperti biasa! kalau rajinlah!!!


Oleh kerana tekak aku ini teringin nak makan roti jala atau roti kirai pun boleh juga kalau dipanggilnya, jadinya hari ni aku menjala lahhh...
Walau pun ni adalah makanan yang paling senang sekali kalau nak dibuatnya tapi aku jarang2 sekali nak membuatnya melainkan kalau teringinlah macam hari ni! maklomlah! dah lama tak membuatnya kerana takde permintaan dari Aby mahupun dari anak2 tapi oleh kerana hari ni tekak sendiri yang nak makan so aku menjalalah sendiri, ingat bila menjala sendiri, takde orang yang teringin! sekali ku hidang! alamaksss!!! macam pirana daa...hilang!!!

Kari ayam yang biasa2 jek! kalau takde kari taklah sedap nak makan dengan roti jala! ye tak???
So! layankan je lah ye jamuan aku anak beranak hari ni, tak yah tulis resepi lah eh! resepi dah ada kat blog aku ni, kalau nak! gi cari kat bahagian ROTI kalau tak silaplah...
Yuk makan yuk!!!



Tadi pagi parcel dari Mesia dah sampai tapi yang sampai hanyalah barang2 makan dan rempah ratus aku je! barang2 lain2 kepunyaan Aby, Rico, Rica dan Rhea masih belum sampai cz dihantar lambat sikit so kenalah aku menunggu lagi! walau macam mana pun aku happy juga cz barang untuk aku memasak dah sampai dulu dan penuhlah balik stor runcit aku tu! sonok! sonok!




Dah siap pun Herman (Friendship cake) yang jiran aku suruh dok buat tu! sebenarnya kek ni di peram selama 10 hari sambil ada hari2 yang diberi makan sehinggalah menjadi adunan kek, so kek ni semalam dah siap aku bakar cuma hari ni baru berkesempatan nak mengagih-agihkan pada kawan2 yang terdekat dengan kita iaitu dalam sebiji kek akan dipotong 5 dan 4 daripadanya akan diberikan kepada kawan kita, tulah istilah sebenar kek Herman ni, untuk merapatkan sillatulrahhim sebenarnya...

Inilah potongan 4 bahagian kek Herman yang akan diagih-agihkan.



Gambar ni sebenarnya gambar dah basi! dah selalu keluar dalam blog ni, tapi tujuan aku letakkan gambar ni adalah untuk menjawap soalan dari Abang Pc so sesiapa yang loya tengok gambar ni sila jangan tengok eh! buat2 tak nampak je lah...
So Abang Pc! ni lah jawapan kereta yang den maksutkan...cumanya den hanya mampu duduk je! tak mampu lg nak beli!
Tapi memang best masa membawanya! tak caya tanyalah hubby den, dia dah test drive kete tu tau! dialah yang cakap best masa bawa kete tu!
Den tak naik pun! dapat nengok je! tak muat pun! kete orang kedokut! boleh dok 2 orang jek! tapi bukan senang dapat test drive kete macam tu tau! tu pun dapat test cz hubby kawan den keje kat situ, so orang2 tertontu je yang dapat merasa! masa start enjin tu! mak oi!!! dia punya bunyi! melelehhh air telinga den ni, sampai telinga pun nangis dengar bunyi enjin kete nuuu....



Bahan-bahannya:
20 keping wantan
20 ekor udang basah - dicincang kasar
1 s/t serbuk lada sulah
1 s/t tepung jagung
1 biji telur - untuk lekatkan kulit wantan
Secubit garam
Cara-caranya:
Masukkan udang yang telah dicincang kedalam mangkuk, masukkan juga serbuk lada sulah, tepung jagung dan secubit garam, gaul rata. Ambil sekeping kulit wantan, ambil 1 s/t udang yang telah dicampur dengan bahan tadi sebagai inti, letakkan ditengah2 kulit wantan, kemudian sapukan sedikit telur dikeliling kulit wantan, lipatkan keatas seperti bunga, buat proses yang sama sehingga habis dan ketepikan dulu.
Bahan untuk sup:
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 s/t serbuk lada sulah
2 ketul kiub pati ayam
Sedikit tauhu - dipotong dadu
Sedikit minyak
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
Didihkan air didalam periuk, masukkan bawang putih, serbuk lada sulah, kiub pati ayam, garam dan perasa, gaul rata kemudian masukkan tauhu dan dumpling yang telah siap tadi kedalam sup, biarkan sehingga dumpling dan tauhu masak, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan semasa panas.


Bahan-bahannya:

2 ikat bok choy
2 biji bawang putih - dicincang
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit minyak

Cara-caranya:

Celur bok choy dengan sedikit garam hingga bok choy layu dan toskan.
Panaskan sedikit minyak didalam periuk kecil, tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sos tiram, kicap cair dan sedikit air, biarkan hingga mendidih dan pekat kemudian tuangkan diatas bok choy yang telah dicelur tadi, sedia untuk dihidang.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin