Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan


Bahan-bahannya:
  • 1 mangkuk kecil isi ayam - yang telah dipotong kecil
  • 15-20 ekor udang 
  • 10 ekor sotong saiz kecil
  • 1 gengam kobis bunga - yang telah dipotong kecil
  • 5 biji cendawan butang - dibelah 2
  • 1 ikat cendawan enoki
  • 4 biji putik jagung - dibelah 2
  • 6 biji tomato ceri
  • 20 biji cili padi - dibelah 2*
  • 2 biji bawang besar - dibelah 4*
  • 3 ulas bawang putih - dititik*
  • 3 inci halia - dihiris*
  • 2 cm lengkuas - dihiris*
  • 2 batang serai*
  • 6 biji limau kasturi - diperah dan ambil jusnya
  • 2 helai daun limau
  • 4 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 1 ketul kiub pati ayam knorr
  • 2 s/b pes tom yam knorr
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis pes tom yam bersama bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga rata.
  • Tuangkan sedikit air, perahan jus limau kasturi dan masukkan kiub pati ayam, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan pula udang, sotong, kobis bunga, cendawan butang, putik jagung dan daun limau, kacau dan biarkan sekejap kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan tomato ceri, cendawan enoki dan taburkan daun ketumbar, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji lontong segera (besar) direbus hingga masak, angkat dan ketepikan.
  • 1 peket kecil perencah soto (serbuk) dibancuh dengan sedikit air
  • 2 cm halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 3 kuntum bunga cengkih #
  • 3 biji buah pelaga #
  • 1 mangkuk kecil tauge - di buang ekornya dan dicelur sekejap
  • 2 tangkai daun sup - dihiris
  • Bawang goreng
  • Sedikit minyak masak
  • Garam, dan serbuk perasa
Cara-caranya:
  • Rebus ayam sehingga ayam masak, toskan ayam dan simpan air rebusan ayam tadi.
  • Siat-siat isi ayam yang telah direbus tadi, ketepikan. Tulang ayam tadi jangan dibuang, simpan untuk bahan supnya.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) 
  • Didalam periuk,  tuangkan sedikit minyak masak dan tumis bahan (#) hingga naik bau kemudian masukkan halia, serai dan bahan tumbuk, kacau hingga naik bau, masukkan pes perencah soto, kacau lagi hingga agak garing.
  • Tuangkan air rebusan ayam tadi bersama tulang ayam, kacau perlahan, tambahkan air mengikut banyak mana yang mahu.
  • Apabila mendidih, letakkan garam, sedikit serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu, kacau sebati dan biarkan sekejap, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama lontong yang telah dipotong dadu, isi ayam, tauge, taburkan daun sup dan bawang goreng.
  • Sedap dimakan bersama sedikit sambal kicap.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 20 biji telur burung
  • 6 batang putik jagung - dipotong
  • 1 mangkuk kecil - kobis yang telah dipotong kecil
  • Bunga kobis, lobak merah dan sayuran yang disukai (optional)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 sup bunjut
  • Rempah tumis
  • Daun sup - dihiris
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Rebus telur burung hingga masak, kemudia kopek kulitnya dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan mintak didalam periuk, tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya, sup bunjut dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila mendidih, masukkan pula sayur-sayuran dan juga telur burung, kacau rata.
  • Masukkan garam dan perasa, kacau sebati dan akhir sekali taburkan dengan daun sup, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya, hidangkan.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 12 biji cherry tomato - dibelah 4 setiap sebiji
  • 1 s/b tomato puree
  • 1 batang saleri - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 ulas bawang putih - diketuk
  • 4 helai daun selasih - dicincang halus
  • 500 ml stok pati ayam
  • 2 s/b minyak zaitun
  • Sedikit gula
CARA-CARANYA:
  • Panaskan minyak zaitun didalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan saleri, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan tomato puree, cherry tomato, daun selasih dan stok pati ayam, kacau sebati dan bila mendidih masukkan sedikit gula, kacau lagi hingga sup agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan semasa panas2.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2 biji kentang - dipotong dadu besar
  • 6 biji cendawan champignon - dibelah 4
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 bungkus sup bunjut (adabi)
  • 1 s/t lada sulah
  • 2 tangkai daun bawang - dihiris
  • Rempah tumis 4 beradik
  • Stok ayam secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk bersama rempah tumis dan sup bunjut hingga naik bau dan garing, kemudian tuangkan stok ayam secukupnya, ayam dan kentang, gaul rata dan biarkan hingga ayam dan kentang masak.
  • Masukkan serbuk lada sulah, garam dan perasa, gaul sebati dan masukkan cendawan, gaul hingga cendawan lembut, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama taburan daun bawang.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 mangkuk cendawan biasa
  • 2 batang carrot (dipotong bulat)
  • 6-8 biji fishball (dibelah 2)
  • 8-10 biji telur burung
  • 1 biji kentang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji kiub pati lembu
  • Rempah tumis 4 beradik
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan rempah tumis dan bahan tumbuk hingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air secukupnya, kiub pati lembu, garam dan perasa.
  • Bila mendidih, masukkan kentang dan gaul rata, biarkan hingga kentang hampir masak kemudian masukkan carrot dan telur burung dan fish ball, gaul lagi dan akhir sekali masukkan cendawan, gaul seketika hingga cendawan lembut dan bolehlah ditutup apinya.



Bahan-bahannya:
20 keping wantan
20 ekor udang basah - dicincang kasar
1 s/t serbuk lada sulah
1 s/t tepung jagung
1 biji telur - untuk lekatkan kulit wantan
Secubit garam
Cara-caranya:
Masukkan udang yang telah dicincang kedalam mangkuk, masukkan juga serbuk lada sulah, tepung jagung dan secubit garam, gaul rata. Ambil sekeping kulit wantan, ambil 1 s/t udang yang telah dicampur dengan bahan tadi sebagai inti, letakkan ditengah2 kulit wantan, kemudian sapukan sedikit telur dikeliling kulit wantan, lipatkan keatas seperti bunga, buat proses yang sama sehingga habis dan ketepikan dulu.
Bahan untuk sup:
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 s/t serbuk lada sulah
2 ketul kiub pati ayam
Sedikit tauhu - dipotong dadu
Sedikit minyak
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
Didihkan air didalam periuk, masukkan bawang putih, serbuk lada sulah, kiub pati ayam, garam dan perasa, gaul rata kemudian masukkan tauhu dan dumpling yang telah siap tadi kedalam sup, biarkan sehingga dumpling dan tauhu masak, bolehlah ditutup apinya dan dihidangkan semasa panas.

Bahan-bahannya:
4 keping tauhu (dipotong dadu)
1 batang lobak merah/carrot (dipotong bulat)
5-6 batang putik jagung (dipotong bulat)
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 s/b serbuk pati ikan bilis (maggi)
1/2 s/t serbuk lada sulah
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit bawang goreng
Garam dan perasa
Sedikit minyak
Cara-caranya:
Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya, biarkan mendidih, masukkan lobak merah, serbuk pati ikan bilis, garam dan perasa, gaul seketika, masukkan pula putik jagung dan tauhu, biarkan sehingga sayur masak, akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng, biarkan 1 minit dan bolehlah ditutup apinya.

BAHAN-BAHANNYA:
10 biji dumplings segera (berinti udang)
6 cawan stok ayam
1/2 s/t lada sulah
2 helai daun bawang - dihiris
Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
Panaskan stok ayam didalam periuk sehingga mendidih, masukkan lada sulah, garam dan perasa secukup rasa kemudian masukkan dumpling, biarkan sehingga dumpling masak dan akhir sekali taburkan daun bawang, biarkan seketika dan tutup apinya.



BAHAN-BAHANNYA:

1/2 mangkuk daging cincang
3 biji kentang (dikopek dan dibelah 4)
5 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 inci halia *
1 s/t lada hitam
1 biji sup bunjut (adabi)
1 s/b tepung jagung
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup (dihiris)
Sedikit air
Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Ambil daging cincang dan letakkan didalam mangkuk, masukkan tepung jagung dan uli rata bersama daging cincang tadi, ambil sedikit daging dan buat bentuk bulat2 kecil, buatlah sehingga daging habis dan ketepikan. Tumbuk halus bahan yang bertanda * Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan tumbuk, lada hitam dan sup bunjut hingga naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan kentang dan daging yang telah dibentuk bulat tadi, masukkan garam dan perasa, gaul seketika dan tutup periuk, biarkan sehingga kentang dan daging masak, bila kentang dan daging masak bolehlah dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup.



Bahan-bahannya:

4 cawan stok ayam

1 cawan santan

2 inci lengkuas muda (dihiris)

2 helai daun limau

1 batang serai (diketuk)

10 biji cili padi (dititik sedikit)

2 s/b tom yam paste

2 s/b sos ikan (fish sauce)

3 s/b jus limau

2 biji tomato (dibelah 4)

10 biji cendawan tiram

1/2 mangkuk udang basah (saiz kecil)

1 s/b daun ketumbar (dicincang)

Garam, perasa dan gula

Cara-caranya:

Masukkan stok ayam didalam periuk dan panaskan, masukkan lengkuas, daun limau dan serai, kemudian masukkan bawang besar, cili padi, tom yam paste, sos ikan, jus limau dan santan, biarkan mendidih masukkan pula udang basah dan cendawan, gaul rata dan masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, akhir sekali masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar, biarkan seketika dan bolehlah ditutup apinya.



BAHAN-BAHANNYA:

Tempe (dipotong besar2)

Tauhu (dipotong dadu)

Sedikit ikan bilis (dicuci)

3 biji bawang merah

1 biji bawang putih (dihiris)

Sedikit air asam jawa

Sedikit air

Garam dan perasa

CARA-CARANYA:

Masukkan air dan air asam jawa didalam periuk, masukkan juga bawang yang telah dihiris dan ikan bilis, tenggekkan diatas api yang sederhana hingga mendidih, kemudian masukkan pula tempe dan tauhu, biarkan seketika dan akhir sekali masukkan garam dan perasa, kacau sebatikan dan bolehlah ditutup apinya.

Masakan ini selalunya dimakan ketika dalam pantang bersalin oleh kaum jawa.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin