Bahan-bahannya:
  • 500 gm tetel lembu - dipotong kecil
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 cm halia *
  • 1 sudu teh lada hitam - yang telah ditumbuk 
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 5 kuntum bunga cengkih #
  • 4 biji buah pelaga #
  • 3 biji kentang - di belah 4
  • 1 biji lobak merah - dipotong mengikut citarasa
  • Sedikit minyak masak
  • Garam, perasa dan gula
  • 1-2 batang roti perancis - dipotong mengikut citarasa
  • 2 tangkai daun sup - dihiris 
  • Sedikit bawang goreng - untuk taburan
Cara-caranya:
  • Rebus tetel sehingga lembut kemudian ketepikan.
  • Di dalam periuk yang lain, tumiskan bahan (#) hingga naik bau kemudian masukkan pula bahan yang bertanda (*) dan lada hitam, kacau sehingga agak garing, tuangkan tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusannya, kacau sekejap
  • Masukkan Kentang dan lobak merah, biarkan sehingga masak.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu, kacau rata.
  • Apabila kesemua bahan masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan sup tetel dengan sedikit taburan daun sup dan bawang goreng, bolehlah dimakan bersama roti perancis.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin