Bahan-bahannya:
  • 2 biji lontong segera (saiz besar) - direbus hingga masak
  • 2 s/b udang kering - direndam sekejap *
  • 10 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 biji cili merah *
  • 1 s/b serbuk ikan bilis knorr
  • 3 s/b bawang goreng
  • Garam
  • Sediki minyak masak
Cara-caranya:
  • Potong dadu lontong yang telah direbus terlebih dahulu tadi dan ketepikan.
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan tumbuk bersama serbuk ikan bilis hingga agak garing, kemudian masukkan garam secukup rasa, letakkan juga secubit gula jika mahu, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan lontong, kacau sehingga kesemua bahan rata dan akhir sekali taburkan bawang goreng, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin