Bahan-bahannya:

  • 500 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil
  • 1 tin kecil kacang pis - dibuang airnya, toskan
  • 5 biji cili hijau *
  • 5 biji cili padi kampung *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 biji buah keras *
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 mangkuk santan kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*) 
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan kisar dan serai hingga agak pekat dan naik bau, masukkan isi ayam tadi, kacau rata sehingga sebati.
  • Tuangkan santan. masukkan asam keping dan lobak merah, kacau rata dan biarkan diatas api perlahan sehingga mendidih sambil sekali sekala dikacau perlahan.
  • Perasakan dengan garam, sedikit serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu, kacau lagi sehingga rata.
  • Apabila lobak merah masak, masukkan pula kacang pis, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin