Assalamualaikum dansalam sejahtera kepada semua kawan2 yang mengenali Suejoshua, semoga kalian sihat2 selalu..
Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur untuk kita ketemu lagi di alam maya ini semoga hidup kalian semua dirahmati....dah lama rasanya aku tak update blog sendiri, nak kata malas tu idak ler juga, mungkin kesibukkan disepanjang anak2 cuti sekolah ni yang memisahkan aku dari blog ni, lagi satu pun sebab bawa anak2 turun naik K.L to JB berulang alik sebab Mr Joshua sekarang ni kerja disana dan sambil2 tu adalah juga bawa anak2 bercuti sekejap2 ke Genting Highland dan juga ke Bukit Tinggi, apa tak nya kan dah kat situ jer tempat sejuk! konon2 berangan ada kat oversealah kan..hehe

Sementara sempat nak update ni aku masukkanlah beberapa gambar semasa aku bercuti sekeluarga dan juga gambar2 aku buat tatapan kawan2 disana yang masih merindui aku, semoga gambar2 ni boleh mengubati kerinduan korang (amboi...ye ye jer ada orang rindu! ntah2 takde yang ingat lagi pun!) hehe..

Bersama anak2 yang sedang membesar...lama dah tak jumpa kan dan dah nampak besar yea anak2 aku..




Mr Joshua, Rico dan Rhea..

Mr Joshua bersama anak2nya yang tersayang...

Beberapa keping gambar terbaru dari aku, hasil makan sekali jer sehari...dah slim okeh walaupun sebelum ni ada nampak tembam sikit! hehe..berjaya kurangkan tembam nak2 bahagian lengan dan perut! ngeee...




Terbaru dari aku dan Mr Joshua, sampai kita ketemu lagi yea...bye..byeeee!



Bahan-bahannya:
  • Bahan kuahnya:
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 s/b udang kering (direndam sekejap) *
  • 2 cm lengkuas - dititik
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 1/2 biji kobis - dipotong kecil #
  • 1 biji sengkuang - dipotong kecil2 memanjang #
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil2 memanjang #
  • 8 tangkai kacang panjang - dihiris nipis #
  • 2 biji kelapa parut - diperah ambil santannya
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) hingga halus, ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan tumbuk bersama lengkuas dan serai hingga naik bau, kemudian tuangkan santan secukupnya, kacau rata dan biarkan diatas api sederhana.
  • Masukkan serbuk kunyit sambil dikacau sehingga sebati, perlahankan apinya dan biarkan sehingga mendidih perlahan.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda (#) kacau sehingga rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu.
  • Apabila sayur masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Bahan sambal tumis:
  • 15 tangkai cili kering - direbus hingga lembut, toskan airnya *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 s/b air asam jawa
  • 1 s/b ikan bilis
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga agak kering, kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata dan masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi bersama ikan bilis, kacau sehingga rata.
  • Masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi sehingga sambal masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Bahan lain:
  • 4 biji lontong saiz besar - yang telah direbus terlebih dahulu kemudian dipotong-potong.
  • 6-8 biji telur - yang telah direbus terlebih dahulu kemudian dibelah 2
Cara penyediaannya:
  • Ambil sedikit lontong yang telah dipotong tadi dan masukkan kedalam mangkuk, tuangkan kuahnya dan letakkan sedikit sambal tumis dan telur, hidangkan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin