Rico, Rica dan Rhea...mereka jantung hatiku

Bersama anakku Rica, cepat sangat masa berlalu...dia yang dulunya anak kecil yang tak tahu apa2 dan kini dia dah bisa aku panggil anak gadis, anak dara pun ok gak!! 

Dialah kawan tempat aku meluahkan perasaan suka ataupun duka, juga dialah yang banyak membantu kerja2 rumah, pendek kata kebanyakkan kerja rumah memang dialah yang banyak buat sekarang ni, bersyukur aku dapat anak macam Rica ni, semoga Tuhan sentiasa melindungi anak2 aku dan semoga anak2 aku menjadi manusia yang berguna, amin..
Tangan-tangan manis Deepavali..

Salam kepada semua yang datang di blog Suejoshua, dah lama rasanya aku tak bersiaran, entahlah ye..nak kata busy sangat tu idak lah  cuma  time2 budak2 cuti sekolah ni, jarang2 ada kat rumah jadi tu yang buatkan jarang2 juga ngadap letop ni, lainlah update fb kat mana2 pun boleh asal ada hp kat tangan memang menjadi..
Ni pun aku luangkan masa kejap walaupun masih terasa penat baru balik berdeepavali dirumah mertuaku kat Klang.

Sebahagian dari lauk pauk Deepavali dirumah mertuaku tahun ini, yang pastinya memang menjanjikan yang terbaik!

Ayam goreng lada hitam cara mak mertuaku, memang sedap! khas untuk cucu2 kesayangannya katanya..

Dessert untuk Deepavali tahun ni, cup cake yang sangat sedap! 

Atha (gelaran untuk nenek) bersama kedua-dua cucu lelakinya..tah apa yang digelakkannya...happy betul nampaknya

Atha (gelaran untuk nenek) bersama sebahagian dari cucu-cucu perempuannya..

Mamma (bapa mertua) bersama 2 cucu lelakinya, sayangnya hanya mereka berdua sahaja cucu lelakinya, diorang panggil Tatta (untuk gelaran datuk) hehe...

Tatta bersama sebahagian dari cucu-cucunya perempuannya..

Bersama adik ipar kesayanganku, Giri..

Bersama Mr Joshua dan kedua-dua mertuaku..

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin