Bahan-bahannya:

  • 1 kg siput 
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 biji cili padi kampung *
  • 1 biji cili hijau *
  • 1 biji cili merah *
  • 1 batang serai *
  • 2 biji buah keras *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1 biji kelapa parut - perah dan ambil santannya
  • 1 keping asam keping
  • 2 tangkai daun selasih - ambil daunnya
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak masak
Caranya-caranya:
  • Potong sedikit hujung siput dan buat sehingga habis kesemua siput, cuci siput sehingga bersih dan letakkan di atas tapis, toskan airnya.
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga naik bau atau hingga agak kering, kemudian tuangkan santan sambil dikacau hingga rata.
  • Masukkan asam keping, biarkan sekejap.
  • Masukkan pula siput, kacau rata dan kemudian masukkan garan, perasa dan sedikit gula, kacau sehingga rata dan biarkan sehingga siput masak dan kuat pekat sedikit, masukkan pula daun selasih, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
  • Bahan lempeng pekak:
  • 3 cawan tepung gandum *
  • 1 s/t garam *
  • 1 cawan air panas
  • Sedikit air sejuk
Cara-caranya:
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk bekas, gaul rata kemudian tuangkan air panas sambil di kacau rata.
  • Tuangkan pula air sejuk sedikit-sedikit sambil di kacau sehingga menjadi adunan yang agak pekat. Jangan biarkan adunan terlalu cair.
  • Biarkan adunan sekejap.
  • Panaskan kuali leper dengan sapukan sedikit minyak, tuangkan sedikit adunan ke tengah-tengah kuali dan ratakan menjadi adunan dengan senduk sehingga leper, balik-balikkan sehingga masak, angkat dan ketepikan. Buat proses yang sama sehingga adunan habis. 
  • Hidangkan lempeng dengan sambal tumis.
  • Bahan sambal tumis tumbuk:
  • 1 gengam cili kering - direbus sehingga lembut, toskan airnya *
  • 6-8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm belacan *
  • 1 biji bawang besar - dihiris 
  • 1 s/b ikan bilis
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan tumbuk hingga sambal betul-betul garing, kemudian tuangkan air asam jaya, kacau hingga sambal agak pekat, kemudian masukkan bawang besar dan ikan bilis, kacau lagi hingga sebati dan akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau hingga sambal agak kering, bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan bersama lempeng..

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin