- 3 cawan tepung atta
- 1 s/t garam halus
- 1 1/2 cawan air suam
- Sedikit tepung atta untuk menabur
Cara-caranya:
- Sukatan 1 cawan di atas bersamaan dengan 225 ml.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung atta dan garam, kemudian buatkan lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuangkan air suam sedikit-sedikit ditengah-tengah lubang tepung tadi, gaulkan sehingga menjadi doh.
- Kalau adunan lembik tambahkan sedikit lagi tepung atau adunan keras, tambahkan sedikit air, adunkan sehingga betul-betul menjadi doh yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
- Ambil doh tadi dan letakkan di atas permukaan rata yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung atta.
- Ulikan lagi doh kira-kira 5-6 minit dan tutupkan doh dengan plastik dan simpan doh kira-kira 30 minit atau 1 jam, lagi lama disimpan lagi bagus.
- Taburkan sedikit tepung atta dipermukaan yang rata, ambil sedikit doh dan bentukkan bulat, kemudian canai nipis doh tadi.
- Letakkan capati di atas kuali leper dan tekan-tekan permukaan capati dengan kain yang bersih, balik-balikkan capati sehingga capati masak atau bertukar warna keperangan.
- Angkat dan ketepikan.
- Buat lagi proses yang sama sehingga doh habis.
- Simpan capati didalam tuala supaya capati kekal hangat dan lembut.
- Keluarkan capati apabila hendak dihidangkan.
Bahan Sambal Sardin :
- 1 tin besar sardin cap ayam brand - buangkan tulang ikan sardin ditengah-tengahnya, ambil ikan sardinnya sahaja dan hancur-hancurkan sedikit.
- 6 biji bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 gengam lada kering - yang telah dimasak terlebih dahulu, toskan airnya *
- 1 biji bawang besar - diracik halus
- 1/2 cawan air asam jawa
- garam, perasa dan gula
- Sedikit minyak
Cara-caranya:
- Kisar bahan yang bertanda (*)
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian tuangkan air asam jawa, kacau sehingga rata.
- Masukkan bawang besar yang telah diracik halus tadi bersama ikan sardin, kacau lagi sehingga bawang layu.
- Masukkan sedikit air jika perlu dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut selera masing-masing.
- Apabila sambal sardin agak pekat, bolehlah ditutup apinya.
- Hidangkan bersama capati.

