Assalamualaikum...

Salam Aidiladha Suejoshua sekeluarga ucapkan kepada semua keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan semua yang mengenali Suejoshua, juga seluruh umat islam walau dimana juga mereka berada, semoga Aidiladha ini mengajar kita erti pengorbanan dalam kehidupan.
Sumber dari: Chef Zubaidah
Bahan-bahannya:
  • 100 gm serbuk koko
  • 400 gm susu cair
  • 200 gm minyak masak
  • 250 gm susu pekat manis
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 150 gm tepung gandum - di ayak
  • 1 s/t serbuk penaik
  • 1 s/t soda bikarbonat
  • 1 s/b emulco coklat
Cara-caranya:
  • Campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula kastor.
  • Masakkan adunan sekejap di atas api kecil sehingga gula larut, ketepikan.
  • Masukkan telur satu persatu kedalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati, masukkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat, gaulkan sehingga rata.
  • Masukka pula emulco coklat dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
  • Tuangkan adunan  kedalam loyang berukuran 9" dan bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 45 minit.
  • Apabila kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek sehingga sejuk.
  • Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah diletakkan icing.
Bahan-bahan icing:
  • 1/2 cawan shortening
  • 1/2 cawan mentega
  • 4 cawan gula icing - di ayak
  • 2 s/b susu segar
  • 1 s/t esen vanilla
Cara-caranya:
  • Pukul shortening hingga kembang
  • Masukkan mentega dan pukul lagi hingga kembang kemudian masukkan esen vanilla dan perlahankan speed.
  • Masukka pula gula icing sedikit demi sedikit sehingga habis dan teruskan dipukul hingga gebu.
  • Akhir sekali masukkan susu segar dan pukul sehingga putih dan gebu.
  • Apabila selesai membuat icing, bolehlah dihiaskan pada kek dan diletakkan hiasan mengikut citarasa masing2.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin