Bahan-bahannya:
  • 400 gm bendi - dicuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 batang cili merah *
  • 2 cm belacan *
  • 1 biji tomato - dipotong kecil2
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*) ketepikan.
  • Celur bendi sehingga hampir masak tapi jangan terlalu masak atau lembik, angkat dan toskan airnya kemudian susunkan di atas pinggan, ketepikan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan kisar hingga agak kering kemudian masukkan tomato, kacau sekejap dan masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau lagi hingga sambal pekat dan bolehlah ditutup apinya.
  • Biarkan sambal sejuk sedikit kemudian tuangkan sambal di atas bendi yang telah dicelur dan disusun di atas pinggan tadi, bolehlah segera dihidangkan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin