Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk kecil labu manis - yang telah dipotong dadu kecil
  • 1 biji kelapa parut - di ambil santannya
  • 5 s/b sagu biji - dicuci sekejap dan toskan airnya
  • 1 senduk gula pasir
  • 5 helai daun pandan - dikisar halus bersama sedikit air dan ambil patinya
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Secubit garam halus
Cara-caranya:
  • Masukkan labu kedalam periuk kemudian masukkan santan, daun pandan yang telah disimpul tadi, gula pasir dan secubit garam, letakkan periuk diatas api perlahan dan biarkan sehingga labu masak, kemudian masukkan sagu biji yang telah dicuci tadi dan juga pati daun pandan kedalam periuk, kacau pelahan-lahan hingga warnanya sekata dan pengatnya agak pekat, bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji labu manis - dikupas kulitnya dan dipotong mengikut citarasa
  • 1 biji kelapa parut - di ambil santanya
  • 1 s/b ikan bilis - direndam hingga kembang dan toskan airnya *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 1/s camca teh lada hitam - yang telah dikisar
  • 10 helai daun selasih
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) ketepikan.
  • Rebuskan labu didalam periuk hingga hampir empuk, kemudian masukkan bahan tumbuk, lada hitam dan santan kedalam periuk berisi labu yang telah direbus tadi, jangan dibuang air rebusannya, biarkan saja bercampur dengan santan, tapi  pastikan air rebusan tadi tidak terlalu banyak, kacau rata dan biarkan diatas api yang perlahan.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa jika mahu, kacau perlahan hingga rata dan akhir sekali masukkan daun selasih, kacau sekejap dan bila labu masak bolehlah ditutup apinya.

Sumber dari: Adnan Ibrahim (Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA:

4 putih telur 
1 cawan gula halus 
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi dan peach

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar.


Bahan-bahannya:
  • Bahan Kari Daging:
  • 1/2 kg daging lembu - dipotong kecil
  • 4 biji kentang - dikupas kulitnya dan dipotong dadu
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 4 biji buah pelaga #
  • 4 kuntum bunga cengkih #
  • 1 tangkai daun kari - dilurut ambil daunnya
  • 4 s/b serbuk kari daging - dijadikan pes
  • 1/2 s/b serbuk cili - dijadikan pes
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 biji kelapa parut - di ambil santanya
  • Garam, serbuk perasa dan gula
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Rebus daging hingga empuk dan ketepikan, simpan air rebusannya.
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, masukkan bahan yang bertanda (#) hingga naik bau, kemudian masukkan daun kari dan juga bahan kisar, kacau hingga naik bau harum. Masukkan serbuk kari daging dan serbuk cili yang sudah dijadikan pes tadi dan kacau hingga agak garing, tuangkan pula air asam jawa, kacau lagi hingga pekat.
  • Tuangkan air rebusan daging tadi kira-kira 1 mangkuk kecil dan masukkan kentang dan daging, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  • Tuangkan santan kelapa kedalam periuk dan perlahankan apinya, letakkan juga garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau sehingga semua bahan sebati dan biarkan sehingga kentang empuk, bolehlah ditutup apinya.
  • Bahan Roti Jala:
  • 1 kg tepung gandum
  • 125 gm mentega cair *
  • 2 biji telur ayam *
  • Sedikit garam *
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya
Cara-caranya:
  • Masukkan tepung kedalam bekas, kemudian bancuhkan dengan air secukupnya tetapi jangan terlalu cair, kemudian masukkan juga bahan yang bertanda (*) kacau sehingga rata.
  • Ambil sedikit bancuhan tepung tadi dan kisarkan sehingga bancuhan halus kemudian tuangkan didalam bekas yang lain, buat sehingga habis bancuhan tepung tadi.
  • Bahagikan bancuhan tepung tadi kepada 2 bahagian kemudian 1 bancuhan tadi diletakkan dengan sedikit warna kuning dan 1 lagi bancuhan dengan warna hijau, ketepikan.
  • Panaskan kuali leper non stick dengan api yang sederhana dan oleskan permukaan kuali dengan sedikit minyak masak, gunakan acuan roti jala dan cedokkan sedikit bancuhan yang berwarna kuning dan mulakan proses membuat roti jala, buat sehingga kedua-dua bancuhan tadi habis dan bolehlah hidangkan roti jala bersama  kari daging tadi.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin