Bahan-bahannya:
  • 1 kg ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • Rempah tumis ( 4 sekawan)
  • 1/2 s/t jintan kasar #
  • 1/2 s/t jintan halus#
  • 1/2 s/t biji sawi #
  • 8-10 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 4 cm lengkuas *
  • 4 cm halia *
  • 1 batang serai *
  • 6 s/b serbuk cili - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • 1 s/b serbuk kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 3 biji kentang - dipotong2
  • 2 biji lobak merah - dipotong2
  • 2 keping asam keping
  • Garam, serbuk perasa dan sedikit gula
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*) kemudian campurkan bahan kisar tadi bersama cili pes dan serbuk kari, gaulkan kesemua bahan tadi bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
  • Panaskan minyak didalam kuali besar, masukkan rempah tumis, bahan yang bertanda (#) dan daun kari, kacau hingga naik bau harum.
  • Tuangkan ayam yang telah diperap tadi didalam kuali, kacau sehingga rata.
  • Tuangkan air tapi jangan terlalu banyak, kacau lagi sehingga sebati, masukkan asam keping dan kentang, biarkan sehingga mendidih.
  • Letakkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau rata dan biarkan sehingga ayam dan kentang masak juga kuah agak pekat atau kering barulah ditabur dengan daun ketumbar, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
 
 
Assalamualaikum...senyap jer blog aku ni sejak2 raya ritu kan...alahai! ai busy la menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga, maklom lah sejak Mr Joshua aku tu berjauhan (atas urusan kerja) jadi semua kerja dan tanggungjawab rumahtangga aku yang kena uruskan tapi aku tak kisahlah...buat sementara waktu ni jer...
Sesekali berjumpa bila Mr Joshua balik ke jb selalunya dia akan menghabiskan masa bersama kami sekeluarga dan akan mengisi masa2 yang ada dengan aktiviti yang mengembirakan anak2, opkoss mummy anak2 ni jugak! hehe...
Kali ni kita cerita pasal Legoland lah eh..sejak legoland kat Nusajaya Johor Bahru, Malaysia di buka tempohari dan 2 kali kami sekeluarga pergi, maklomlah Mr Joshua buat annual pass jadinya selagi boleh pergi memang kitorang akan pergilah sampai jemu kot...hehe
Harap lepas ni macam2lah lagi yang akan diorang buat lagi kat Johor Bahru ni dan rasanya tahun depan plak nak dibuka Hello Kitty Land, waaaa...mesti anak2 aku yang gegirl sure happy tak hengat terutama Rhea konje2 aku tu, apapun kita tunggu jer lah pembukaannya esok naaa...
 
Masa ke Legoland kemarin memang aku dan anak2 rasa seronok dan pada tika itu jugalah aku teringat saat aku pergi Legoland di Billund, Denmark.
 
 
 
Sewaktu di Legoland Billund, Denmark...konsep ada sikit persamaan dengan Legoland Malaysia cuma pada akulah kan, aku lagi suka yang kat Denmark kot...mungkin suasana disana lagi cantik, cuaca sejuk dan tempatnya lebih besar, lebih banyak aktiviti disana berbanding disini cuma tak kisahlah kat mana2 pun asal ada tempat untuk kami anak beranak bersuka-ria..
 
Pada sesiapa yang berada di Malaysia, Singapore atau yang berdekatan dengan Malaysia ni jomlah ramai2 bawa family ke Legoland Nusajaya, Johor Bahru, Malaysia jommmm...sure anak2 akan suka cuma pada ibu2 dan bapa2nya sila sediakan wang besar sikit yer kalau nak kesana...kehkehkehhh!
 
 
Sampai kita berjumpa lagi dicatatan akan datang bersama Suejoshua, doakan semoga aku sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusanku yer...sayang u all semua..muahhh...muahhhh! 

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin