Bahan-bahannya:
  • 20 ekor udang saiz besar - dibersihkan
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang *
  • 15 biji cili padi *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 biji kelapa parut - di ambil santannya
  • 1 asam keping
  • Garam, serbuk perasa dan 1/2  s/t gula perang
Cara-caranya:
  • Masukkan santan kelapa kedalam periuk kemudian tumbuk bahan yang bertanda (*) dan masukkan juga kedalam periuk, masukkan juga asam keping, kacau rata dan letakkan periuk tadi diatas api yang perlahan.
  • Apabila santan mulai mendidih, masukkan tempoyak dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan udang, kacau sekejap dan masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau sehingga sebati.
  • Apabila udang masak, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin