Bahan-bahannya:
  • 2-3 ekor ikan sepat masin
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 3 biji cili merah *
  • 3-4 biji cili padi *
  • 2 cm belacan *
  • 2 asam keping
  • 8-10 biji kacang bender
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 1 helai daun kunyit - digunting 3
  • Sedikit serbuk perasa dan secubit gula
Cara-caranya:
  • Cuci bersih ikan masin dan toskan airnya, ketepikan.
  • Kisar bahan yang bertanda (*) dan tuangkan kedalam periuk, tambahkan air dan asam keping, letakkan diatas api dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan masin kedalam periuk, kacau rata dan apabila ikan hampir masak, masukkan kacang bender dan daun kunyit, kacau perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tomato, serbuk perasa dan secubit gula, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
 
Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ikan selar hijau
  • 1 biji kelapa parut - diperah dan ambil santannya
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 8 biji cili padi kampung *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 2 asam keping
  • 2 s/b tempoyak
  • Daun kunyit - dihiris
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:
  • Siang ikan, potong dua dan dicuci bersih, ketepikan.
  • Masukkan santan didalam periuk.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) kemudian masukkan kedalam periuk yang telah berisi santan tadi, kacau rata dan letakkan periuk diatas api yang perlahan.
  • Masukkan asam keping.
  • Apabila mendidih perlahan masukkan ikan, kacau perlahan kemudian masukkan tempoyak, garam dan sedikit serbuk perasa, letakkan juga sedikit gula jika mahu, kacau sehingga rata dan biarkan sehingga ikan masak dan kuah agak pekat, taburkan daun kunyit yang telah dihiris, biarkan sekejap dan bolehlah ditutup apinya.


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan merah (saiz sedang)
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 cm halia *
  • 1 s/t lada hitam *
  • 1/2 s/t lada putih *
  • 1 ketul kiub pati ikan
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun sup
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit serbuk sesedap rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Siang ikan merah tadi, potong ikan menjadi 4-5 bahagian dan cuci bersih, toskan airnya, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis kulit kayu manis, sup bunjut dan bahan tumbuk hingga naik bau harum, tuangkan air secukupnya dan masukkan kiub pati ikan, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan kemudian perasakan dengan sedikit serbuk sesedap rasa dan sedikit garam, kacau perlahan.
  • Apabila ikan masak, masukkan daun sup dan bawang goreng, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin