Sumber dari: Iza Akma

Bahan-bahannya:
  • 155 gm mentega
  • 225 gm tepung jagung *
  • 150 gm tepung gandum *
  • 1/2 s/t baking powder * (ayak kesemua bahan yang bertanda *)
  • 125 gm gula aising
  • 75 gm kelapa kering - (sangai dikuali sekejap kemudian dikisar)
  • 25 gm serbuk badam
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 s/t esen vanilla
  • 1 s/b badam yang telah dipotong kecil - sebagai hiasan
  • 2 s/b kelapa kering - diletak sedikit pewarna sebagai hiasan
  • 1 biji kuning telur - untuk sapuan
Cara-caranya:
  • Satukan kelapa kering yang telah dikisar tadi bersama serbuk badam dan kesemua jenis tepung tadi, ketepikan.
  • Pukul mentega, gula aising dan esen vanilla sehingga berkrim, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dan diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Tutupkan doh dengan tuala lembab, biarkan sekejap.
  • Canai doh setebal 0.5 cm dan terapkan menggunakan acuan kegemaran dan susun diatas dulang pembakar.
  • Sapukan kuning telur dan letakkan potongan badan ditengah-tengah doh, kemudian taburkan pula sedikit kelapa kering.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160 c selama 15-20 minit.
  • Apabila biskut masak, sejukkan barulah disimpan didalam bekas kedap udara.
    

Assalamualaikum...dah lama rasanya yer tak berceloteh kat blog sendiri, asik2 boh gambar masakkan jer...kalau masakkan gerek2 tu takpe juga, ni orang masak sebelah mata pun boleh buat lagi nak tayang2 kan!
Mmm...tapi niat aku ikhlas hanya untuk berkongsi resepi yang aku tahu dan yang aku dah mencuba jadi takpe kan? kan? kan? hehe...
Kali ni aku cerita sikit pasal sejenis kuih tradisi yang wajib ada setiap kali lebaran dirumah mak aku, baru2 ni mak ada buat kuih ni, nama kuih ni 'Kuih Bunga Ros @ Kuih Goyang' rasanya nkorang mesti tahu kuih ni atau pernah tengok!
Kuih ni memang sedap, kalau makan mesti tak boleh berenti, aku kalau makan kuih ni pasti aku kopek sebulat-bulat kelopak kuih tu dan makan sampai mulut rasa penat nak ngunyah! hahaha...tapi kali ni aku nak tunjuk sikit kuih yang mak aku kasi kat aku ni untuk raya sok ( kasi 1 tin nko) siap boh kaler2.
Kaler hijau tu mak buat sendiri dari pes pandan dan yang warna merah mak gunakan sirap ros, masa mak goreng kuih ni baunya semerbak harum mewangi...kiranya kuih lama ni mak dah upgrade sikit kasi menarik walaupun rasanya masih sama.
Buat masa ni aku masih belum cuba nak buat sendiri kerana rasanya aku kurang kesabaran nak duduk ngadap buat kuih ni berejam-jam depan kuali panas macam mak buat tu...huhu
Apapun terima kasih banyak2 pada mak kerana tiap2 tahun tak jemu2 buat kuih ni dan tiap2 tahun juga kasi pada aku.
Sayang mak banyak2! hehe....

Bahan-bahannya:
  • 250 gm mentega
  • 300 gm tepung gandum *
  • 30 gm serbuk koko *
  • 30 gm susu tepung *
  • 120 gm gula aising
  • 1 s/t esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
Bahan  coklat hiasan:
  • 6 s/b coklat masakkan yang telah dihiris halus
  • 2 s/b mentega
  • Coklat urai warna warni, secukupnya
Cara-caranya:
  • Satukan bahan yang bertanda (*) sehingga rata, ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul sekejap dan masukkan bahan yang bertanda (*) tadi sambil dikacau dan di uli sehingga menjadi doh.
  • Canai doh setebal 0.5 cm dan terap menggunakan acuan berbentuk hati, buat sehingga siap.
  • Bakar didalam oven pada suhu 180c selama 20-25 minit, apabila  biskut masak, biarkan sejuk diatas jaringan atau boleh disimpan didalam bekas sementara menunggu masa untuk hiasan.
Cara membuat coklat hiasan:
  • Masakkan coklat masakkan bersama mentega didalam periuk kecil dengan teknik double boiler, kacau sehingga coklat cair dan licin,
  • Tuangkan coklat didalam mangkuk kecil.
  • Untuk menghias biskut hati:
  •  Celupkan sebelah bahagian saja biskut hati didalam coklat yang telah dimasak tadi dan kemudian celupkan pula bahagian yang kena coklat tadi pada coklat urai warna warni sehingga menutupi keseluruhan sebelah coklat tadi, buat teknik yang sama sehingga siap.
  • Biarkan sehingga coklat betul-betul sejuk, barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-bahannya:
  • 200 gm quaker oat segera - diramas-ramas sedikit *
  • 200 gm tepung gandum *
  • 50 gm susu tepung *
  • 100 gm gula kastor *
  • 50 gm coklat chip
  • 1 pot nasi minyak sapi
  • Secubit garam *
  • 1 s/b gula pasir kasar
  • Setitis pewarna merah jambu
  • 1 biji kuning telur + setitis pewarna kuning (kacau sehingga warna rata)
Cara-caranya:
  • Masukkan gula pasir kasar kedalam magkuk kecil, kemudian titiskan pewarna merah jambu diatas gula tadi dan gaul dengan sudu sehingga warna sekata dengan gula tadi, simpan gula ini untuk dijadikan sebagai hiasan biskut quaker oat nanti.
  • Didalam bekas, satukan kesemua bahan yang bertanda (*) kemudian gaulkan sehingga bahan sebati, letakkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil di uli perlahan, tuangkan pula coklat chip, gaulkan rata pada adunan dan uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Canaikan doh setebal 0.5 cm dan terapkan dengan acuan yang disukai.
  • Susun diatas dulang pembakar, buat sehingga siap dan sapukan kuning telur tadi.
  • Taburkan sedikit gula yang telah diwarnakan terlebih dahulu tadi sebagai hiasan.
  • Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175c selama 15-20 minit.
  • Apabila masak, keluarkan dari oven dan biarkan biskut betul2 sejuk, barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin