Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung suji
  • 1 cawan gula halus
  • 3/4 cawan minyak sapi
  • 1/2 s/t esen vanilla
  • Secubit garam halus
  • Ceri dipotong kecil - sebagai hiasan
Cara-caranya:
  • Satukan tepung gandum, tepung suji, gula halus dan garam halus didalam mangkuk adunan, gaul sehingga sebati.
  • Masuk minyak sapi sedikit demi sedikit bersama esen vanilla sambil di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan senang untuk dibentuk.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat, susunkan diatas dulang pembakar, buat sehingga siap dan hiaskan dengan ceri merah ditengah-tengah doh yang telah dibentuk menjadi bulat tadi sambil ditekan sedikit.
  • Bakar didalam oven pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Apabila biskut masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit, alihkan diatas bekas lain dan biarkan sehingga biskut betul-betul sejuk baru disimpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-bahannya:
  • 220 gm mentega
  • 325 gm cornflakes
  • 150 gm madu
  • 1 s/b gula kastor
  • Mangkuk kertas secukupnya 
  • Coklat urai - sebagai hiasan
Cara-caranya:
  • Didalam kuali besar, masak mentega, madu dan gula kastor sehingga cair dan gula larut, gunakan api yang kecil.
  • Tuangkan cornflakes kedalam kuali tadi dan gaulkan sehingga kesemua bahan sebati dengan cornflakes.
  • Tutup apinya.
  • Ambil sedikit cornflakes dan masukkan kedalam mangkuk kertas kemudian susunkan diatas dulang pembakar, buat hingga siap.
  • Taburkan coklat urai keatas cornflakes tadi sebagai hiasan.
  • Bakar cornflakes didalam oven pada suhu 160 c selama 12-15 minit, kemudian keluarkan dari oven sejukkan cornflakes sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Bahan-bahannya:
  • 1 peket biskut oreo - dihancurkan
  • 5 s/b strawberry jem - yang agak cair
  • 250 gm cream cheese
  • 250 gm whipping cream
  • 1/2 cawan gula aising
Cara-caranya:
  • Putar cream cheese, whipping cream dan gula aising hingga kembang kemudian masukkan kedalam piping bag bernozle bulat.
  • Letakkan sedikit biskut oreo yang telah dihancurkan terlebih dahulu tadi kedalam gelas, kemudian lapiskan dengan picitkan sedikit adunan cream cheese tadi, lapiskan lagi dengan sedikit strawberry, buat berlapis-lapis sehingga penuh gelas.
  • Masukkan tiramisu yang telah siap kedalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam atau biarkan semalaman untuk mendapatkan rasa tiramisu yang lebih sedap.

Sumber dari: Mat Gebu

Bahan-bahannya:
  • 300 gm mentega SCS
  • 160 gm gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 s/t esen rose
  • 240 gm tepung gandum *
  • 100 gm tepung jagung *
  • 160 gm tepung kastard * (gaul rata bahan (*) dan diayak)
  • Ceri merah - dipotong kecil sebagai hiasan
Cara-caranya:
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen rose, putar lagi hingga kembang, perlahankan speed.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  • Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah untuk ditekan.
  • Masukkan sedikit doh didalam acuan biskut dahlia dan tekankan diatas dulang pembakar.
  • Buat sehingga siap dan hiaskan dengan potongan ceri.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 c selama 15-20 minit.
  • Biarkan biskut sejuk diatas dulang pembakar sebelum di alih keatas jaringan.
  • Biarkan biskut betul-betul sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara.




Bahan-bahannya:
  • 250 gm mentega - yang telah dilembutkan pada suhu bilik (tak beku)
  • 80 gm gula aising *
  • 1 s/b esen vanilla
  • 1 s/b tepung kastard *
  • 1 s/b susu tepung *
  • 250 gm tepung gandum *
  • 50 gm serbuk badam *
  • Coklat urai secukupnya - sebagai hiasan
Cara-caranya:
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) kedalam bekas dan gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan mentega dan esen vanilla kedalam campuran bahan tepung tadi dan gaulkan sehingga rata kemudian diuli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu lembut, kalau doh masih lembut, campurkan tepung gandum sedikit2 sambil diuli sehingga menjadi doh.
  • Rehatkan doh selama 10 minit sambil ditutup doh tadi dengan plastik.
  • Canaikan doh nipis dan taburkan dengan coklat urai, tekan sedikit supaya coklat urai tadi tidak tertanggal.
  • Terapkan doh tadi menggunakan terap berbentuk kerang dan susunkan diatas dulang pembakar, buat sehingga habis.
  • Bakar didalam oven pada suhu 160 c selama 18-20 minit mengikut jenis oven.
  • Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan biskut diatas jaringan besi, kemudian barulah disimpan didalam bekas.


Bahan-bahannya:
  • Bahan A:
  • 150 gm tepung gandum - diayak
  • 50 gm tepung jagung - diayak
  • 30 gm tepung kastard - diayak
  • 110 gm gula aising - diayak
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik - diayak
  • Bahan B:
  • 90 gm biskut oreo - dibuang krimnya - dikisar halus
  • 80 gm nestum - dikisar halus
  • Bahan C:
  • 100 gm marjerin - dicairkan
  • 100 gm minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan D:
  • 1 biji kuning telur - untuk disapukan diatas biskut
  • Manik berwarna - untuk hiasan
Cara-caranya:
  • Masukkan kesemua bahan (A) kedalam bekas, kemudian masukkan juga bahan (B), kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan bahan (C) kedalam campuran bahan (A dan B) tadi, gaulkan sehingga menjadi doh, kalau doh keras, tambahkan lagi dengan minyak jagung sambil diuli sehingga menjadi doh yang senang diterap.
  • Masukkan doh kedalam plastik dan rehatkan doh selama 15 minit.
  • Ambil sedikit doh dan canai nipis 0.5 cm dan terapkan mengunakan acuan yang digemari dan susunkan diatas dulang pembakar, buat sehingga penuh dulang.
  • Sapukan pula permukaan biskut dengan kuning telur dan taburkan sedikit manik hiasan.
  • Bakar didalam oven pada suhu 160 C selama 20-25 minit.
  • Apabila masak, keluarkan dari oven dan alihkan diatas dulang yang lain, biarkan sehingga sejuk dan simpan didalam balang kedap udara.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin