Bahan-bahannya:
  • 100 gm tepung kastard - dibancuh dengan sedikit air
  • 6 cawan air
  • 1 tin buah campuran koktel
  • 1 tin kecil nata de coco
  • 1/2 tin susu cair
  • 6 s/b gula pasir
Bahan kuahnya:
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 5 s/b gula pasir
  • 1 s/b tepung kastard - dibancuh dengan sedikit air
  • Secubit garam
Cara-caranya:
  • Untuk membuat pudingnya: masak air 6 cawan didalam periuk hingga mendidih kemudian masukan gula pasir, kacau hingga gula larut.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati, akhir sekali masukkan bancuhan air tepung kastard tadi, kacau diatas api perlahan sehingga likat dan halus, tutup apinya, tuangkan sedikit2 kedalam acuan kecil2 sehingga habis.
  • Biarkan sejuk sedikit dan letakkan kedalam peti sejuk.
  • Untuk membuat kuahnya:
  • Masak 2 cawan air bersama gula dan secubit garam hingga larut, kemudian tuangkan 1 tin susu cair, kacau hingga sebati dan akhir sekali tuangkan bancuhan air tepung kastard tadi, kacau hingga kuah pekat sedikit dan bolehlah ditutup apinya.
  • Tuangkan kuah tadi didalam jug, biarkan sejuk dan simpankan didalam peti sejuk.
  • Cara hidangan:
  • Keluarkan beberapa biji puding didalam acuan dan masukkan kedalam mangkuk kecil, kemudian letakkan sedikit buah campuran koktel dan nata de coco. Tuangkan pula kuahnya dan hidangkan.


Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus agar-agar tali (2o gm)
  • 4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 10 biji kecil jelly yang telah siap (segera)
Cara-caranya:
  • Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
  • Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
  • Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin