Bahan-bahannya:
  • 5 biji telur ayam
  • 1 tin kecil isi ketam (isi ketam yang dalam tin)
  • 1 biji bawang besar - dipotong kecil *
  • 1 biji cili merah - dicincang *
  • 1 biji cili hijau - dicincang *
  • 5 tangkai daun ketumbar - dihiris *
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak sayuran
Cara-caranya:
  • Pecahkan telur kedalam mangkuk, pukul sedikit telur hingga berbuih, kemudian masukkan bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk berisi telur tadi, kacau rata.
  • Buka tin berisi isi ketam, keluarkan isinya dan letakkan didalam tapis, toskan airnya kemudian masukkan kedalam mangkuk berisi telur tadi, kacau rata.
  • Letakkan sedikit lada sulah dan garam, kacau sehingga sebati.
  • Panaskan sedikit minyak sayuran didalam kuali non-stick dan tuangkan telur tadi, balik-balikkan sehingga masak dan bolehlah diangkat.

Bahan-bahannya:
  • 1 buku kecil roti wholemeal sandwich
  • 1 tin besar sardin
  • 1 batang timun - dihiris nipis
  • 2 biji tomato - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dicincang *
  • 1 biji bawang besar - dicincang *
  • 3-4 helai daun salad - disiat kecil
  • 1 s/b mayonis *
  • Mentega
  • Secubit garam *
Cara-caranya:
  • Sapukan tiap keping roti dengan mentega, ketepikan.
  • Buang sos sardin dan hanya ambil ikannya sahaja, buangkan tulang ikan sardin tadi kemudian masukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan juga bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk ikan sardin tadi, gaul rata sehingga sebati dan ikan sardin tadi hancur.
  • Susunkan daun salad, timun dan tomato pada kepingan roti tadi, buat sehingga habis setengah buku roti sahaja, sebahagian buku roti lagi biarkan kosong.
  • Letakkan sedikit inti sardin diatas roti yang telah diletak sayur-sayuran tadi dan tutupkan semula dengan roti yang dibiarkan kosong tadi, buat sehingga habis dan potongkan mengikut citarasa masing-masing.
  • Bolehlah dihidangkan.


Bahan-bahannya:
  • 250 gm mee hoon - dicelur hingga lembut dan toskan
  • 150 gm udang - dibuang kulitnya
  • 150 gm sotong - dipotong kecil
  • 100 gm bunga kobis - dipotong kecil
  • 8 biji putik jagung - dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah - dihiris nipis
  • 5 tangkai daun bawang - dihiris
  • 2 biji kiub pati ayam - dihancurkan
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1/2  s/t serbuk lada sulah *
  • 1/2  s/t serbuk lada hitam *
  • 3 biji buah pelaga #
  • 4 kuntum bunga cengkih #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) hingga halus, ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan bahan yang bertanda (#) tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau lagi hingga agak garing, tuangkan air dan pati ayam, biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, lobak merah, kobis bunga dan sotong, kacau rata.
  • Apabila lobak merah dan sotong hampir masak, masukkan udang, putik jagung, garam dan perasa, kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan mee hoon dan kacau hingga rata, taburkan daun bawang dan bolehlah dihidangkan.

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong empat
  • 1 bungkus mee hoon - dicelur lembut dan toskan
  • 1 mangkuk tauge - dicelur dan toskan
  • 4 tangkai daun sup - dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 2 kuntum bunga lawang #
  • 6 biji bunga cengkih #
  • 5 biji buah pelaga #
  • 8 biji bawang merah - ditumbuk halus *
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk halus *
  • 4 cm halia - diketuk *
  • 2 cm lengkuas - diketuk *
  • 2 batang serai - diketuk *
  • 1 s/t serbuk kunyit
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam, perasa dan sedikit gula
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Rebuskan ayam hingga dagingnya lembut, angkat ayam tadi, toskan airnya dan biarkan ayam sejuk, kemudian siat2 isinya dan masukkan kedalam bekas, ketepikan.
  • Ambil tulang ayam tadi dan masukkan kedalam lebihan air rebusan ayam dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk besar, tumiskan bahan yang bertanda (#) hingga wangi kemudian masukkan pula bahan yang bertanda (*) kacau sehingga naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi bersama tulang ayam, tambahkan air jika hendak sup yang banyak, kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan garam, perasa, sedikit gula dan serbuk kunyit, kacau sebati, biarkan sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
  • Ambil sedikit mee hoon yang telah dicelur dan letakkan juga sedikit tauge kedalam mangkuk, letakkan sedikit isi ayam dan tuangkan kuah supnya, taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.
  • Bolehlah dihidangkan bersama sambal kicap.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin