Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus kecil spaghetti
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 200 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang *
  • 3 ulas bawang putih - dicincang *
  • 2 biji tomato - dicincang
  • 6 s/b cili sos
  • 4 s/b tomato sos
  • 1 s/t oregano (kasar)
  • 1/2 s/t serbuk lada sulah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit stok daging
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula
Cara-caranya:
  • Letakkan air secukupnya didalam periuk dan letakkan sesudu kecil minyak, masukkan spaghetti dan rebuskan sehingga spaghetti lembut, angkat dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga layu, kemudian masukkan daging cincang, kacau sehingga daging berubah warna.
  • Masukkan tomato puri, cili sos, tomato sos, oregano, lada sulah dan lada hitam, kacau sehingga rata kemudian masukkan tomato yang telah dicincang tadi, kacau lagi sehingga rata.
  • Tuangkan sedikit stok daging, kira-kira setengah mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati, biarkan sehingga mendidih.
  • Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa sendiri, kacau sehingga sosnya agak pekat, bolehlah ditutup apinya.

Bahan-bahannya:
  • 200 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung superfine
  • 1/2 sudu kecil ketumbar *
  • 1/2 sudu teh jintan kasar *
  • 1/2 sudu teh jintan halus *
  • 5 helai daun kari *
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 4 sudu besar susu cair
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Masukkan kedua-dua jenis tepung kedalam bekas, kemudian campurkan kesemua bahan yang bertanda (*) bersama tepung tadi, bancuhkan dengan air secukupnya, pastikan bancuhan tidak terlalu cair, kemudian campurkan pula mentega dan susu cair, kacau sebati.
  • Kisarkan guna blander hingga bancuhan halus, tuangkan kedalam bekas, letakkan sedikit garam dan sedikit pewarna kuning, kacau sehingga sebati, tambahkan air jika perlu, pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, ketepikan.
  • Sapukan sedikit minyak diatas kuali leper non-stick dengan api yang sederhana, kemudian tuangkan sedikit bancuhan tepung tadi diatas kuali, ratakan sehingga menjadi lempeng, biarkan sehingga masak dan angkat, kemudian gulungkan.
  • Buat sehingga habis bancuhan tepung tadi.
  • Hidangkan lempeng bersama kari ayam atau daging.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin