Bahan-bahannya:
  • 200 gm daging cincang
  • 10 batang sosej - direbus dan toskan airnya
  • 10 biji bun sosej
  • 2 biji bawang besar - dicincang *
  • 3 ulas bawang putih - dicincang *
  • 2 biji cili merah - dicincang *
  • 1 biji cili hijau - dicincang *
  • 3 biji tomato - dicincang
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 botol  kecil tomato sos
  • 2 s/b cili sos
  • Mayonis
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (*) hingga layu, kemudian masukkan daging cincang, kacau hingga daging berubah warna.
  • Masukkan tomato dan sedikit air, kacau rata dan biarkan sehingga daging masak.
  • Masukkan lada sulah, tomato sos, cili sos, garam, perasa dan gula secukupnya, kacau sehingga sos daging agak pekat, bolehlah ditutup apinya. 
  • Belahkan ditengah-tengah bun sosej, kemudian letakkan sosej ditengah-tengah bun tadi, tuangkan sos daging diatas sosej dan hiaskan dengan sedikit mayonis, hidangkan.

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo ayam - dipotong kecil
  • 3 biji kentang - dipotong baji
  • 3 biji tomato - dipotong baji
  • 10 helai daun kari
  • 4 sudu besar tairu
  • 2 sudu besar majerin
  • Garam, perasa dan gula
Bahan A:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
Bahan B:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar
  • 1/2 sudu kecil jintan halus
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
Bahan C:
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar rempah masala
Cara-caranya:
  • Kisar bahan A.
  • Campurkan sedikit air pada bahan C sehingga menjadi pes.
  • Panaskan majerin didalam periuk, tumis bahan B hingga naik bau dan kemudian masukkan bahan A, kacau sekejap dan dimasukkan pula bahan C, kacau sehingga agak garing.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan masukkan sedikit air, apabila menggelegak, masukkan kentang, tairu dan daun kari, kacau rata dan biarkan sehingga ayam dan kentang hampir masak.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau sebati dan akhir sekali masukkan tomato, biarkan sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
Sumber: Kak Ummi Zaihadi


BAHAN-BAHANNYA:
  • 8 - 10 keping roti
  • 80 gm mentega
  • 50 gm kismis
  • 100 gm buah pic
  • 100 gm buah koktel
  • 50 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 3 cawan susu segar

CARA-CARANYA:
  • Roti dipotong kepada 3 segi kecil.
  • Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula.
  • Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti.
  • Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula.
  • Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan.
  • Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c.
  • Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong.


Bahan-bahannya:
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji cili merah *
  • 1 biji cili hijau *
  • 2 cm belacan (dibakar sedikit) *
  • 4 biji telur (dipukul sedikit) *
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, hancurkan belacan yang telah dibakar tadi dan masukkan kedalam kuali tadi, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, garam dan perasa, kacau hingga hampir garing.
  • Masukkan nasi sejuk, kacau sehingga rata kemudian buatkan lubang ditengah-tengah nasi tadi dan tuangkan telur, tutup semula telur tadi dengan nasi dan kacau semula nasi tadi sehingga rata bersama telur, hidangkan.


Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo tetel
  • 3 biji kentang - dipotong dadu
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 cm halia *
  • 1/2 sudu kecil lada putih *
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 4 biji bunga cengkih #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 4 biji buah pelaga #
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong kecil
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • Air rebusan daging - secukupnya
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
Cara-caranya:
  • Rebus tetel sehingga empuk kemudian asingkan tetel dan ambil air rebusannya, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan yang bertanda (#) hingga naik bau, kemudian masukkan pula bahan yang bertanda (*) kacau lagi sehingga agak garing, tuangkan air rebusan daging.
  • Masukkan tetel bersama kentang, kacau perlahan dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan garam dan perasa, kacau sebati dan biarkan sehingga tetel dan kentang masak.
  • Taburkan daun bawang, kacau sekejap dan tutup apinya.
  • Taburkan pula bawang goreng sebelum dihidangkan.


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan pari (saiz kecil)
  • 5 biji cekur *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 15 biji cili padi kampung *
  • 3 cm belacan *
  • 1 biji kelapa parut - di ambil santannya
  • 1 asam keping
  • Garam, perasa dan secubit gula
Cara-caranya:
  • Belah dua ikan pari tadi dan bersihkan.
  • Bakar ikan pari sehingga masak dan kulitnya agak garing, angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) kemudian masukkan kedalam periuk bersama santan.
  • Letakkan diatas api yang kecil sambil dikacau perlahan.
  • Apabila santan mendidih perlahan, masukkan ikan pari yang sudah dibakar tadi bersama asam keping, kacau perlahan.
  • Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau hingga sebati dan kuah agak pekat sedikit, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin