Bahan-bahannya:
  • 500 gm daging - dihiris nipis
  • 4 cm halia muda - dihiris *
  • 4 ulas bawang putih - dicincang *
  • 4 tangkai cili kering - diginting *
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong
  • 1 s/b sos tiram
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 cawan air rebusan daging (sue guna 1 ketul cube pati daging dibancuh dengan air.
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram, kacau sekejap dan masukkan daging, kacau rata sehingga daging berubah warna, masukkan air rebusan daging, kacau dan perlahankan apinya, tutup sekejap sehingga daging masak.
  • Masukkan lada sulah, kacau sebati dan tuangkan bancuhan air tepung jagung, kacau hingga pekat.
  • Letakkan garam dan perasa, kacau lagi dan akhir sekali taburkan daun bawang, kacau sekejap dan tutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin