Bahan-bahannya:
  • 3 sudu besar tairu atau plain yoghurt *
  • 1/2 sudu kecil bawang merah - dicincang *
  • 1 cm cili merah - dicincang *
  • 4 helai daun kari - dicincang *
  • 1/2 cawan ais (air batu) *
  • 1/2 cawan air sejuk *
  • 2 cubit garam *
  • secubit biji sawi
Cara-caranya:
  • Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) kedalam blender dan blendkan sekejap, masukkan sedikit lagi air sejuk jika terlalu pekat.
  • Masukkan biji sawi dan kacau rata.
  • Tuangkan kedalam gelas dan bolehlah terus diminum.
  • Moore sangat sesuai diminum untuk sejukkan panas dalam badan dan penghadaman.
  •  



Bahan-bahannya:
  • 4 biji kentang - dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil
  • 400 gm bunga kobis - dipotong kecil
  • 1 tin kacang pis - dibuang airnya dan toskan
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 4 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  • 2 tangkai daun kari - di ambil daunnya
  • 1/2 sudu kecil jintan halus *
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar *
  • 1/2 sudu kecil biji sawi *
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan kentang hingga masak, angkat dan toskan minyaknya, ketepikan.
  • Didalam kuali yang sama, kurangkan jumlah minyaknya dan tinggalkan kira-kira 3 sudu besar minyak didalam kuali tadi, tumiskan bahan yang bertanda (*) dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili hijau dan daun kari, kacau hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk cili bersama serbuk kunyit dan sedikit air, kacau sebati.
  • Masukkan tomato, lobak merah, bunga kobis dan sedikit air lagi.
  • Biarkan sehingga lobak merah dan bunga kobis masak, masukkan kacang pis dan kentang, kacau rata.
  • Letakkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau sehingga agak kering.
  • Taburkan pula daun ketumbar, kacau seketika dan bolehlah ditutup apinya.
 Assalamualaikum korang...nak citer kat korang sikit ni, tadi aku masukkanlah gambo cili ni kat fb aku, sekali tu ramai plak yang menanyakan pada aku pasal cili ni, ada yang inbox mintak tolong belikan, ada yang tanya kat mana nak dapatkan cili ni dan macam2 lagilah..k lah, meh aku kongsikan kat korang apa kemendernya nak dibuat dengan cili ni eksss...

Sebenarnya dulu aku pun tak tahu pasal ke ujudan cili ni, hehe...benonyer cili ni populer dikalangan masyarakat India, kiranya cili ni ramailah orang India yang dok membeli dan tak kurang juga yang dok buat sendiri kot? aku tahu pasal cili ni sebenarnya Mr Joshua aku yang dok ngajo makan, patutlah dulu kat rumah mak mertua aku ada banyak cili ni dalam botol tapi segan plak nak tanya, segan dikata jakun! last2 Mr Joshua aku yang bagitahu pasal cili ni dan aku dapatkan cili ni kat kedai2 orang2 India yang berdekatan, rasanya kebanyakkan kedai2 orang2 India ada jual kot cili ni dan kegunaan cili ni sebenarnya ialah untuk dimakan, kiranya untuk pembuka selera cam ulam2 tu..cuma cili ni dijadikan cam jeruk, digaul bersama garam yang banyak macam ikan masin tu lah, pastu dijemur hingga kering, cam ikan masin tu jugak lah..pas tu masa nak makan kena digoreng garing2 dulu sebelum dimakan.
Cam gambo kat atas tu lah ghoper cili yang belum digoreng dan biasanya kat kedai pun akan dibungkus sebegitu ghoper..senang kalau nak cari atau kalau korang terror, korang nak beli cili ni gi kat kedai orang India korang sebut jer ''Moore Mulaga'' confirm orang2 India akan tahu nyerr..regenyer pun morah jer..

 Memula korang kena goreng dulu cili ni dulu sehingga betul2 garing cam keropok, goreng hitam sikit pun takpe tapi jangan ar sampai rentong plak! hahaha...

 Pas tu korang toskan minyaknya...

Pas tu korang simpan dalam botol kedap udara, kalau tak kedap udara nanti cili ni jadi lemau! kalau dah lemau nanti tak sedap sebab makan cili ni memang rangup2 dan garing2.
Aku sebenarnya dulu tak suka sangat dengan cili ni sebab rasanya masin dan pedasnya na'uzubillah, cuma berani rasa sikit2 jer dengan nasik tapi lama kelamaan jadi peberet plak! selalunya aku akan goreng cili ni banyak2 dan simpan dalam botol, jadi setiap kali nak makan aku ambil ar 2-3 ketui tapi aku ulamkan dengan nasi dan berani gigit sikit2 jer...pedas giler nko! nampak jer cam tak pedas tapi....berasap telinga!
Selalunya kalau aku masak lauk yang kurang pedas aku akan berulamkan cili ni lah.
K lah, rasanya cukuplah kesah pasal cili ni eksss...
Cau dulu k...bubyeeee!!!


Bahan-bahannya:
  • 500 gm ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji kelapa parut - di ambil santannya
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai *
  • 15 biji cili padi *
  • 4 cm halia *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 2 asam keping
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukkan ayam, kacau rata.
  • Tuangkan santan dan air jika perlu, kacau lagi dan perlahankan apinya.
  • Masukkan asam keping dan serai yang telah dititik, kacau rata.
  • Letakkan garam dan serbuk perasa, kacau sebati.
  • Biarkan sehingga ayam masak.

 Assalamualaikum...huwahhh...huwahhh...huwahhh....dah berkeladak gopernyer blog aku ni, al maklom lah tuan empunyer blog ni terlebih rajin orangnya sekarang ni, tah apa yang dibuat gaknyer sampaikan blognya ni dah keluar keladak siap2 ada telur berudu lagi, adehhh...tak dapek nak nolong!!!

Cerita kali  ni adalah sikit lebih kurang dengan cerita kelmarin, apa lagi kalau tak cerita kat rumah Adnan Ibrahim atau nama glamernyer Mat Gebu...asik2 muka aku jer gi rumah Mat Gebu tu yer..naik jelak gaknyer orang2 yang baca blog aku ni, asik2 cerita sama jer..asik2 cerita gi rumah Mat Gebu!

Alah...aku ni bukan muka tak tahu malu...jemputan aku selalu kesana pun diundang okeh...ingat aku tak malu ker main redah jer umah Mat tu, tapi sebagai kawan Mat aku bangga kerana selalunya kalau ada apa2 majlis atau makan2 Mat tak lupa untuk mengundang aku, masehhhh Mat! sayang kat nko! ngee
Kali ni Mat dok menjemput aku kerumah dia kerana ada yang nak datang bertandang ke rumah dia, orangnya baru jer minggu lepas keluar kat tv dalam rancangan Nona di tv3, alah...sapa lagi kan, mestilah Ben Ashaari...glamer nko mamat tu sekarang, kuar masuk tv manjang, gaknyer rezeki anak dia yang baru lahir tu lah...tujuan Ben Ashaari datang kerumah Mat pun untuk tunjukkan anak dia tu kat kitorang lah..maklomlah masa anak dia lahir ritu kitorang tak dapat nengok! al maklom lah memasing duduk jauh, Ben plak duduk kat Putra Jaya jadi orang2 yang dok sana jer berkesempatan nengok anak dia, yang kita2 kat Jb ni baru la ni lah berpeluang nengok! terima kasih pada Ben Ashaari kerana sudi bawa anak dia jauh2 datang ke Jb ni...
Terima kasih juga kepada blogger2 yang datang dan yang baru jer berkenal-kenalan, tak sempat plak nak tanya nama2 dorang, maklomlah busy mengepokan diri kat dapo (huhu...padahal segan, baru pes taim nko jumpa dorang) lagipun aku bukan glem sangat pun nak campo2 blogger2 glamer2 macam dorang tu!
Ok lah, muka Ben Ashaari pun takde kat dalam gambo tu, lekkk luhhhh! kita kenal2 dulu dengan kengkawan blogger dan fb aku yang dalam gambo tu dulu ehhh...
Yang pakai tudung purple dok menyenget tu namanya Sis Lin, alah...siapa yang tak kenal Sis Lin tu yer...tak payah kenalkan lahhh...yang tengah tu pun rasanya ramai yang kenal, Ayu Citarasa Rinduan dan yang tepi sekali kat celah tembok yang muka pun macam tembok tu (bak kata Sis Lin) namanya Suejoshua, buekkkk!


 Bab2 makan memang tak payah toleh kiri kanan, rugi...masa makan kena focus kata Mr Joshua...hahaha...

 Amboi! Abang Rico pun sama cuma bezanyer Abang Rico sempat jeling mummy pastu katanyer mummy janganlah masukkan gambo Rico dalam blog mummy eh..nanti kawan anak2 mummy berkenan dengan Rico susah plak kang! amboi! ngengade...lempang kang!!!

 Lagi sekali bergambo bersama Ayu, Sis Lin, Kak Yatie dan baby boy tu lah anak Ben Ashaari, namanya Qhaliff, beso manjang budak Qhaliff ni, baka daddy dia gaknyer padahal baru habis hari jer tu...

 Mak Yah (Bonda Mat Gebu) bersama Bondaku, kali ni aku datang rumah mat bawa sekali mak aku, dulu mak pernah jumpa Mak Yah ni masa anak sedara aku kawin tapi dapat berbual kejap jer...kali ni aku bawa untuk dorang berjumpa lagi, sekali dorang berjumpa nko habis cerita2 purbakala dorang dok diceritakannyer...dah jumpa geng getulah jadinyer...

 Azman Ahmad atau nama glamernyer Kasawari, kadang aku panggil dia abang burung jer....yang sebelahnya tu besalah anak bujanganku..achummm!

 Rasanya ni jer kot gambo Ben yang clear sempat aku ambik! sejak ada anak ni susah nak amik gambo Ben seorang! nak suh dia posing cam segan plak, maklom ar orang tengah ramai! kalau ada pun gambo dia tengah kelek anak dia, tu pun dengan memek muka buruk selalunyer...hahaha!
Yang senyum kambing pakai tudung tu Cikgu Linda, alah...isteri kesayangan Kasawari abang burung tu lah, comel jer cikgu linda ni, tapiiii! sekali dia ketawa! langsung tak comel bunyinyer...muahahahahaaaa!!!!

Kasawari ni memang jenis suka sangat dengan budak2, rajin melayan kata orang, dia suka sangat dengan Rhea, ada jer benda yang nak ditanyakan kalau berjumpa...

 Gambo yang kat bawah ni plak Rhea dengan Cikgu Linda, isteri Kasawari ni lagilah suka dengan budak2, pantang nampak Rhea rasa macam dia nak romos2 jer...sabor eh Cikgu Linda, ada rezeki sok mintak anak cam Rhea ehh...tak pun amik Rhea jadi anak angkat pun okeh gakkk! Rhea ok2 jer tu...

h
Bye2 aku cabut balik dulu, kali ni datang umah Mat tak boleh lama2 sangat! nak gi ngambek budak Rica balik dari kusus laaa...kalau tak memang aku dok berumahtangga kat rumah mat ni dengan Sis Lin borak2 ketawa mengilai bagai...
Sampai ketemu lagi kita yer..byeeeee!

Aikkk lupa! dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada Mat Gebu kerana tak jemu menjembut aku kerumahnya, menjamu aku dengan hidangan yang sedap2, melayan cerita2 dan hilai tawa aku dengan sabarnya walaupun kadang2 aku kena maki juga dengan mat! hahaha...
Masehhh daun keladi yer mattt!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin