Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah...ketemu lagi kami dihari yang penuh bermakna, sahabat lama yang dirindui dan yang dinantikan sudah pun tiba di tanah air dengan selamat. Kami ditemukan semula diteratak Adnan Ibrahim atau dengan nama glamour Cik Mat Gebu. Terubat rindu dihati bila dapat berjumpa dengan sahabatku yang seorang ni, tak lain dan tak bukan iaitu Muna, rasanya hampir 2 tahun dah kita tak berjumpa! dialah sahabat yang serasi dalam hati aku, orangnya memang baik dan dah tentu2nya cantik!

Diteratak Mat Gebu ni lah tempat aku berjumpa semula dengan Muna ni, memang dah plan dari awal hari tu nak gi sesama rumah Mat Gebu dan alhamdulillah Tuhan izinkan kita bertemu semula...



Hah! tiffin biru tu jadi saksi yang pertemuan ni kat rumah Mat Gebu..pakkal jer tiffin tu beso, kalau beg aku muat dah lama aku kebas! bukan mat perasan pun sebab rumah dia dah banyak tiffin! lariiiiii!!!!



Lepas mat hidangkan kita semua dengan hidangan yang sedap dan perut pun dah naik sendat! apa lagi..aku menggeletis ar posing sana sini, mat biasa lah...bukan nak bergambau pun, katanya nak low profile jer jadi dia wakilkan mak dia jer lah yang bergambau dengan kitorang. Gambo yang kat atas sekali tu ada anak dara yang duduk pakai tudung purple tu lah Mak Yah, alah...siapa yang tak kenal Mak Yah kan...Mat Gebu punya bonda yang tersayang la..aku pun sayang gak kat Mak Yah tu...


Aku memang rindu sangat dengan Muna ni, nak jer aku romos2 peluk2 dia puas2! kang takut plak kena penendang! dah ar dia tengah tak tahan panas tu..hehe


Friends Forever...


Miss uuuuuuuuuuuuuuuu........


I know u miss me too..hik..hikkk!!!


Terlalu pantas masa berlalu...entah bila kita akan bertemu lagi tapi yang pastinya dengan izin Tuhan kita akan diketemukan. Persahabatan yang berlandaskan keiklasan akan kekal hingga selama-lamanya...

Till we meet again..


Buat Mat Gebu, aku ucapkan terima kasih kerana melayan aku dan Muna sekeluarga dengan keikhlasan, juga menjamu kami semua dengan hidangan yang sedap2, maaf banyak2 andai gurau senda kita ada menyinggung hati masing2 dan semoga kita jumpa lagi yerkkk...
Mattttttttttttt!!! masehhhh kasi tapau! len kali kasi lagi! ngeee ;))




Assalamualaikum....
Di kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah kepada Ben Ashaari dan isterinya Azila Mohd Zain dengan kelahiran baby lelakinya yang pertama, semoga kehadiran orang baru dalam hidup mereka berdua akan bertambah bahagia dan gembira selalu. Aku juga doakan semoga isteri Ben iaitu Zila cepat2 sihat.
Tak sabar nak tengok berdepan dengan anak ben ni, kalau dok dekat2 dah lama aku terjah spital tu..pakkal jer jauh nun di Putra Jaya sana hah! insyaallah ada peluang ada kelapangan dapatlah nanti berjumpa dengan baby boy yang cute comei lote nih! beso, tembam, sepet cam pak dia jugak! hehe..

TAHNIAH BEN ASHAARI.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin