
Assalamualaikum semua...seperti yang telah aku janjikan, beberapa gambar semasa aku bercuti di India telah aku updatekan nari tapi tak dapatlah nak letak kesemuanya dan hanya beberapa keping jer yang dapat aku kongsikan bersama korang mandangkan Mr Joshua aku tu tah berapa ratus gambar dah diambilnya semasa disana jadi nak milih yang mana untuk diletakkan dalam blog ni menjadi satu seksaan plak pada aku! huhu..jadi biarlah hanya gambar yang bercerita disamping aku tokok tambah sikit2 yer...tak larat rasanya nak berkongsi pengalaman semasa bercuti disana kerana terlalu banyak kenangan yang indah dan manis cuma dapat aku katakan disini bercuti di India adalah kenangan yang paling best dan tiada yang pahitnya, seronok dan seronok lah senang citer..
Semasa disana, banyak juga tempat yang dah aku pergi dan nak bergerak kesana sini pun senang sebab ada driver yang akan bawa ketempat-tempat yang aku nak pergi. Jadi korang tengoklah beberapa gambar aku sepanjang percutian aku di India.
Setiap kali bangun pagi, aku mesti bersemangat sebab tak sabar nak tengok tempat2 menarik kat Mumbai, India ni..mmm..Namaskar!
Kat sini pagi2 lagi dah kena bersedia sebab orang2 kat sini rajin kerja jadi kalau boleh masa diorang datang kita mesti dah ada! bayangkan kat India pagi2 aku dah bangun! macam tak caya jer padahal aku ni jenis yang susah nak bangun pagi! mmm...semangat punya pasal kan..
Budak Rhea ni memang tak boleh bawa pergi bercuti kalau kakak abang dia takde! hari2 tanya abang kakak dia, kadang menangis nak balik! nak abang kakak katanya...adoi!!! penat nak pujuk! setiap kali pujuk aku kena call abang kakak dia pas dia dapat cakap dengan abang kakak dia baru mood dia ok! macam ni kalau nak holiday mana2 len kali kena juga paksa bawa Rico dan Rica kalau macam nilah gayanya dak Rhea ni! haishhh! potong stim btol ar dak ni!
Kalau nak suruh mood dia ok, call abang kakak bila dia dapat cakap dengan dorang mood dia ceria balik lebih2 lagi kalau cakap belikan abang kakak barang2! lagi tambah2 mood ceria dia! haishhh! sayang betul abang kakak dia tu..
Di salah satu kedai tempat aku beli kain baju untuk buah tangan pada keluarga dan kawan2 terdekat, harga boleh tahan la..tapi kalau tempat macam pasar borong tu lagi murah kata orang2 kat situ cuma Mr Joshua tak nak pergi tempat2 macam tu, takut katanya, kawan2 dia dah pesan kalau ke India ni kena berhati-hati sikit, kalau tak jaga2 boleh kena tipu, kena copet dan memacam lagi ar..jadi biar mahal sikit asal selamat!
Dapat juga aku pergi ke rumah Mahatma Ghandi yang sekarang ni dah dijadikan muzium, dulu selalu baca kisah2 dia dari zaman dia kecik2 sampailah dia mati ditembak! sekarang ni macam tak percaya plak dapat jejakkan kaki kat muzium ni..
Ni lah bilik menenun Mahatma Ghandi yang masih elok dijaga untuk tatapan pengunjung dan pelancong2, masa kat sini terasa sayu jer..napa tah..
Salah satu bilik kat muzium (rumah Mahatma Ghandi) yang sekarang ni dijadikan ofis. Masih ada lagi pintu guper gini yer..hehe..
Pantai ni lah yang selalu kuar kat tv tu, kat sini macam2 gelagat manusia ada, ramai orang meniaga makanan juga kat sini...
Kat India ni memang kat mana2 pun ada makanan, kira nak cari makanan memang senang sangat! kalau rasa was2 dengan makanan dorang ni kat sini juga banyak makanan vegetarian sebab kat India ni ramai juga orang2nya yang vegetarian tapi aku lebih selesa makan kat hotel, bukan nak berlagak ke hapa tapi kita tak tahu tahab kebersihan kat sini, biasalah kan kat tempat orang lagipun macam2 dengar kisah2 tentang kesihatan kat sini jadi lebih baiklah berhati-hati, minuman juga kalau kat luar macam ni aku minum mineral water, tak berani nak beli sebarangan air2 kat luar ni, lain lah orang2 kat sini, diorang dah biasa dan perut diorang pun dah biasa kan..
Tapi kat Mumbai ni memang seronoklah kalau nak berholiday, macam2 yang ada dan semestinya boleh cuci mata, banyak pengalaman yang kita belum pernah rasa kat negara sendiri tapi bila kat sini kita dapat rasakan..
Ada fun fair tau kat tepi pantai, kiranya sepanjang tepi2 pantai tu ada jer aktiviti yang berlangsung, orang berpiknik, orang meniaga dan macam2 lah cuma aku terpegun tengok buai pusing tu, dorang hanya gunakan tangan untuk pusingkan! ya hampun...tanggal tangan kalau aku yang buat! tapi tu lah salah satu kerja diorang! kesian pun ada!
Si penjual kipas, sempat ambik gambar dari dalam kereta jer..kata driver yang bawa aku tu..kat tempat2 macam ni tak boleh keluar beli barang nanti penjaja yang lain2 dok serbu dan paksa beli barang2 yang dorang jual jadi adalah lebih selamat kalau aku nengok dari dalam kereta jer..mmm...rasa macam nak beli jer kipas tu buat perhiasan tapi tak dapat belu pun..takut nak keluar kereta..huhu
Setiap kali kereta berenti kat trafic light, ada jer bebudak menjaja macam2 termasuk budak lelaki ni yang dok jual bunga! cian budak ni, comot sangat! tengok dari raut muka dia nampak seolah2 ada kesempitan hidup yang dilalui tapi apakan daya aku, hanya dapat bersimpati jer..huk..hukk..
Nak tahu tak, kat India ni ramai yang pakai purdah tau! dorang pakai purdah sebab India ni berabuk! bayangkanlah kat mana2 pun ada kenderaan dan kenderaan memang terlalu banyak, tempatnya juga berpasir dan berdebu, kalau angin tu memang nampak debu2 berterbangan...Aku ni pun masa baru beberapa hari kat India nu dah keluar jerawat halus2 kat muka! jadi sah2 lah cuacanya memang kurang bersih!
Kalau ikutkan harga memang aku nak borong banyak2 tapi mandangkan pikir nak ngangkut bawak balik tu jadi terbantut plak nak memborong! tu baru menan, belum kain bajunya lagi, buah2 tangannya plak lagi! adoiii!
Menarik kan dorang tarik perhatian pelanggan! buah dipotong-potong berbentuk-bentuk! sepinggan tu tah berapa harganya tapi buah tu dicampur-campur dalam sepinggan tu..
Buah ni memang populer kat India ni, kat mana2 pun aku nampak ada buah ni tapi tak tahu apa kenamanya dan apa kerasanya, kulitnya macam ular sikit...ggrrrr...
Sampai rambang mata nak milih tapi manisan kat sini memang sedap! nama jer manisan tapi kedai ni satu2nya kedai manisan kat kawasan ni yang buat manisan less sugar..hahaha...kalau dah less sugar tu bukan manisan dah namanya erkkk...hahaha
Dobi yang pada aku sangat pelik! dobi ni terlalu besar dan merata-rata orang kat situ hantar baju2 kat dobi ni dan yang peliknya siapa yang hantar kain baju kat situ tak pernah hilang baju atau tertukar! macam mana diorang hantar kain baju diorang dan dapat balik dalam keadaan yang bersih dan tak hilang! mmm..macam mana eh diorang boleh tahu baju2 orang yang lain sedangkan aku tengok masa basuh tu macam campur jer semua...mmm...
Masjid ni kat tengah2 laut! kalau air surut nampak macam masjid biasa tapi kalau air laut naik masjid ni terapung dan kalau nak ke masjid ni ada jeti terus sambung ke masjid ni..
Haaa! cer teka rumah sapa ni? ni lah rumah Amitha bachan, siapa yang tak kenal dengan Amitha bachan yer tak..kata driver aku tu, jalan kat sini akan jem setiap hari ahad sebab hari ahad Amitha Bachan akan keluar kat tingkat atas rumah dia ni untuk lambai tangan pada peminat dia selama 5 minit! gituuu...dan sayangnya masa aku lalu rumah Amitha Bachan ni hari kamis daaa...hahaha...
Kat India ni banyak juga masjid, kemana jer aku pergi pasti terpandangkan masjid lagipun kat India ni ramai yang beragama Islam
Kebanyakkan orang2 India kat Mumbai ni putih2 tau! dorang cantik2 dan ensem2, ada tu yang mata hijau, biru ngalahkan omputeh, kulit putih2 pink gitewww...Budak yang kerja kat hotel tempat aku menginap ni muka dia macam budak melayu dan budak ni punyalah peramah, suka dengan budak dan hotel ni memang best la! dorang layan pelanggan memang first class, kalau budak2 memang dapat layanan istimewa, setiap hari kat bilik dihantarnya hadiah..sukalah Rhea..
Tengok budak yang kerja hotel ni, muka pun macam melayu kan..mmm...Rhea sempat bergambar sebelum kitorang check out...masa untuk pulang...




















