Assalamualaikum semua, kabare? harap semuanya sihat seperti aku yer..alhamdulillah...
lama rasanya tak ketemu disini, tup..tup..bila bertemu umur aku dah bertambah lagi dan kini genaplah 35 tahun katanyer...tapi buat apalah nak dirisaukan yer..umur jer bertambah tapi aku tetap orang yang sama, sentiasa merasakan diri ni muda belia, hamboi! perasaan kemelandaan dah datang...tak kisah korang nak kata apa tapi aku tetap rasa yang aku masih muda, kehkehkehhh...

semalam 22-2-2012 bertambah lagi umur aku 35 tahun, cantik kan date ni, tapi tahun depan kalau panjang umur date birthday aku lagi cantik! tapi apalah yang ada pada date tu..yang penting doa2 kalian semoga sentiasa berdoa yang baik-baik untuk aku yer, semoga aku diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi oleh yang maha esa, amin..

Tahun ni sebenarnya aku dah cakap pada seluruh ahli keluarga aku yang aku tak nak buat birthday, memadailah dengan ingatan tulus ikhlas dari sanak saudara dan rakan2 yang terdekat jer yang tak henti2 nganto ucapan kat fb, sms dan email, terima kasih aku ucapkan tapi ntah camner abang ipar aku sebok meno nak buat gak majlis kecik2 untuk birthday aku, katanya biar dia yang nak menyapot perbelanjaannya asalkan majlis aku tu tetap akan ada walaupun kecik2! alahai! terharu meno aku rasa, sampai cam tu sekali ingatan abang ipar aku pada aku, tapi dah aku selalu katakan yang abang ipar aku tu dah aku anggap seperti bapa aku sendiri mandangkan dari kecik pun aku takde bapak dan dialah yang jaga aku dari kecik sampailah aku dah kawin ni, sekarang ni pun kalau aku sakit kadang dia yang sebok dok nganto aku gi spital or klinik, selalu tanya kesihatan aku, makan pakai aku pendek kata aku bersyukur ada abang ipar macam dia, alhamdulillah...


Tahun ni kita cuba cup cake plak yer...senang nak makan, sekali ngap jer tak payah potong2 kek, hehe..comen kan cup cake ni..


Sebenarnya lilin tu ada banyak tapi nanti nampak plak sangat dah banyak umurnya jadi kita letak 3 batang jer yer..tujuannya untuk sedapkan hati sendiri..muahahahaaa...


Doa seorang ibu untuk anaknya insyaallah akan diperkenankan Tuhan, terima kasih pada mak yang sangat aku sayangi kerana walau apapun keadaannya dia tak henti2 mendoakan yang terbaik untuk anaknya ni dan aku tahu mak sayangkan aku sehingga tak berbelah bagi, ceewaahhh...
Dan kasih sayang aku pada mak juga tiada bernoktah, sayang sehingga akhir hayatku ini, amin..


Anak2 saudara yang sebok membakar, terima kasih pada dorang ni semua kerana meraikan birthday aku walaupun siangnya dorang dah penat2 kerja, malam plak sambung melayan birthday aku ni..
Ngah, de, noni, pemau..masehhhhh! lap u all..


I

I

I

I

I

Macam2 ada kat atas bara tu, ayam, sotong, ikan, udang, sosej, otak2 kempas power, jagung dan keledek manis pun ada, hahaha...


Mr Joshua bersama abang ipar aku yang tersayang, terima kasih pada abang ipar aku tu kerana telah menyapot birthday aku semalam, i lap u lahhh...muahhh...muahhh..


Amboi! sempat menggediks yer anak dara ni, ikut sapa ni suka gediks2 hah? ni lah anak saudara aku yang masih lagi belum berkahwin, rasanya anak2 saudara aku yang masih belum kahwin ada lagi tinggal 4 orang jer dan rasanya juga pas ni turn dak ni kot? hahaha...tungguuu...


Yer...gediks jugak! dah tentu2lah yang gediks2 tu dok ngikut makcik dia ni kan..sapa lagi nak temurun kalau tak anak2 saudara..ngee... (abaikanlah yang sedang menonggeng tu yer..)


Aku bersama mak dan anak2 saudara aku yang tersayang, tanpa mereka siapalah aku..dan mereka2 nilah penguat semangat aku disaat aku memerlukan..


Yer...siapa tak kenal! ni lah geng gossip aku..setiap kali berjumpa ni lah kerojernyer...pot..pet..pot..pet..sok..sek..sok..sek..hurmmm...mokkk! i lap u poreber...


Mandangkan birthday aku ni kena pada hari rabu, hari kerja jadi ramailah jugak anak2 saudara dan kakak aku yang tak dapat datang, kakak aku sorang tu dok jauh sikit lagipun anak dia masih sekolah jadi tak datang pun aku faham, takpe lah..mana yang sempat datang tu terima kasih lah yer...korang memang best!

Gambar kat atas tu 3 dari 12 cucu saudara aku yang dapat datang semalam dan yang ke 13 akan lahir tak lama lagi ni jadi insyaallah akan bertambah-tambahlah cucu saudara aku nanti yang akan menceriakan kehidupan aku..tak sabaq rasanya nak nunggu bulan 4 ni..anak mok ar, siapa lagi..


Nur Amira Sabrina, amboi! comennyerhhh...ni lah cucu saudara yang terlatest dari keturunan keluargaku, gituuu...


Dan yang pastinya siapa tak kenal Mr Joshua, suami yang tersangat istimewa dalam hidup aku, yang sentiasa menyinari, menerangi kehidupan aku yang gelap, menceriakan kehidupanku, menyempurnakan hari2 ku, terima kasih Mr Joshua kerana hadir dalam hidup aku. I luv u so much..hah! gituuu!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin