Bahan-bahannya:
  • 200 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - dihiris tebal
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 4 cm halia - dihiris nipis
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 1 s/b cili boh
  • Putik jagung - dihiris *
  • Lobak merah - dihiris kecil
  • Bunga kobis - dihiris *
  • Kacang papan *
  • Kacang panjang - dipotong *
  • 8 biji cili padi - dibelah dua
  • 2 biji cili merah - dihiris *
  • 2 biji cili hijau - dihiris *
  • 2 biji tomato - dipotong kecil
  • 2 helai daun limau *
  • 4 s/b tomato sos
  • 6 s/b sos tiram
  • 2 s/b perahan air limau purut
  • Sedikit minyak masak
  • Garam, perasa dan gula
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak kedalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili boh hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga ayam setengah masak dan masukkan sos tomato, sos tiram, perahan air limau dan sedikit air, biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila mendidih masukkan pula bahan yang bertanda (*) kacau perlahan hingga sayur hampir masak, kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau lagi hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan tomato, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
  • Hidangkan ketika masih panas bersama nasi.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin