(Aku bersama Raffi di Hospital Gleneagles Singapore)

11 malam aku dapat panggilan dari Raffi Khan, kenal tak dengan Raffi Khan ni? dia ni pelakon fofuler kat Spore nu..tak tahu lah kalau kat Msia ni kenal dia ke tak, tapi kalau sebut nama dia kat Spore tu rasanya kebanyakkan orang2 melayu kat sana sure kenal dengan pelakon ni, sebenarnya Raffi Khan ni kawan aku semasa aku sama2 berlakon dengan dia dulu, cuma dia ni pelakon fofuler dan aku hanyalah pelakon tambahan jer tapi sebenarnya aku kenal Raffi Khan ni sebelum dari masa berlakon dulu, hubungan kitorang makin rapat sebab Raffi Khan ni selalu juga masuk ke Msia untuk shooting kat sini, macam minggu ni sebenarnya Raffi ni busy shooting kat K.L tapi tup..tup dia call aku nak balik Spore sebab anak perempuan dia baru jer lahirkan anak, maknanya Raffi ni punyalah semangat nak balik Spore sebab nak tengok cucu pertama dia dan aku pun nak juga Raffi ni cepat2 sampai Spore tu, fahamlah sangat kan, orang dapat cucu baru, cucu pertama plak tu! semestinya berkobar-kobar perasaan tu..
Bertolak dari KL dan sampai ke Jb ni dah lewat malam jadi aku dah diberitahu awal2 oleh Raffi ni untuk tunggu dia kat Jb dan sesampai jer dia di Jb ni Mr Joshua terus bawa Raffi ke Hospital Gleneagles Singapore, ikutkan hati nak jer rempit sebab tahu sangat yang Raffi memang dah tak sabar sebenarnya nak terkam hospital tu tapi tahulah kan undang2 kat Spore, jangan main2 kat sana, kang makan saman plak! jadi memandu kat Spore tu biarlah ala2 pemandu yang berhemah, biar lambat asal selamat! ha! gitewww..



Ni lah dia cucu Raffi yang selama ni dinanti-nantikan, cucu pertamanya iaitu baby perempuan yang dah dinamakan Ila Al-Jannah, semoga kehadiran baby baru dalam keluarga Raffi akan membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup diorang sekeluarga.
Congratulations Datuk Raffi Khan : ))

28 Dec adalah ulang tahun perkahwinan aku dengan Mr Joshua yang tersayang, tapi oleh kerana baru ni berkesempatan mengupdate blog jadi baru ni lah dapat masukkan gambar hari tu.
Tiada sambutan besar besaranlah, hanya pergi dinner bersama Mr Joshua jer, present dah dapat awal2, ngeee... anak2 tinggal! mummy daddy gi dating, amboi!
Sesekali kan...


Doakan kebahagiaan kami yer...Amin..


Assalamualaikum semua, lama kan kita tak jumpa disini, al-maklomlah tuan empunya blog ni seakan dah malas nak bercerita dan berkongsi resepi seperti dulu, bukan putus asa atau merajuk tapi entahlah yer...kadang kita susah nak jangka hati dan perasaan manusia ni, kalau aku rajin berblog ada yang dok komen yang bebukan, serba serbi macam tak kena, kecik hati pun yer juga, mana taknya kan aku ni kadang masukkan cerita kisah aku ada yang meluat nak baca (kalau meluat tu tak payah lah sekodeng blog aku ni yerkkk!) kadang masukkan resepi ada plak yang duk membeza-bezakan antara resepi aku dan dia padahal aku tak ganggu pun hidup dia atau dapo dia tapi tak pasal2 nak beza-bezakan, dah tekak masing2 so lantak pi lah nak masak lagu mana pun, yang suka tu sukalah nak ngikut, yang tak suka tu kalau taknak ngikut, tak payahlah dok sekodeng resepi aku yerkkk! lagipun aku tahu menolah resepi aku kadang bukan best sangat, gambar resepi pun masih ala2 old fashioned lagi tapi kan, pelik ar...masih ada yang nak sakit hati dengan aku yerkkk! mmm...manusia2! kenapalah tak abis2 dengan perasaan hasat dengki dan cemburu...
Tapi bukan tulah alasan aku lama tak mengupdate blog ni, kalau ada kemahuan, buat apa2 pun jadi tapi macam kes aku ni nak kata busy tu kang orang tak caya plak! yer la...busy apanya aku ni kan, bukannya kerja pun, cuma suri rumahtangga jer..jadi apa yang nak dibusykan sangat sampai tak sempat nak update blog? haaaaa! tak payah cerita panjanglah yerkkk...ada masa aku update bloglah, kalau takde masa macam ni lah...menyepi kejap! tapi tak bermakna aku dah lupa yang aku masih ada blog lagi, sebabnya tak mungkin aku nak lupakan blog aku ni, banyak kenangan pahit dan manis dah aku curahlan dalam blog aku ni jadi memang aku masih nak berblog cuma tak seaktif dulu..

Ok lah kita dah selesaikan isu lama tak berblog ni, aku update hari ni setelah terasa rindu dengan blog aku ni dan rasa2 ada tak yang masih rindukan aku? ya aku! Suejoshua...kenal lagi kan? yaaa...aku muncul kembali dengan kehidupan yang baru! bukan dengan orang baru yer...jangan salah sangka plak! hidup ni mesti nak ada pembaharuan baru tak jemu mata yang mandang...amboi!



Nampak baru ke? ala...sama jer sebenarnya, aku tetap Suejoshua yang dulu cuma aku dah tinggalkan kenangan2 dulu yang tak sepatutnya ada dalam ingatan aku, kini setelah hampir setahun berada semula ditanah tumpah darahku, aku kembali ceria, bahagia dan gila2! hahaha! gila2 tu tetap tak boleh hilang! Suejoshua memang ada sedikit gila! kehkehkehhh...


Masih ingat pada anak koret aku? ala si Rhea Alicia yang kuntet (kecik) tu, dia dah sekolah sekarang ni, baru pra sekolah lah, umur pun baru nak masuk 5 tahun jadi biarlah dia gi sekolah, kalau nak ikutkan hati aku memang sunyi waktu Rhea gi sekolah sebab selama ni dialah kawan aku waktu abang kakak dia gi sekolah tapi sekarang ni semua pun dah kesekolah, tinggalkan aku sesorang kat rumah, petang baru riuh semula rumah ni..


Sebenarnya rutin aku sebagai suri rumahtangga agak busy, hari2 aku walaupun tanpa anak2 (Diorang semua pergi sekolah) aku akan sambung tidur semula setelah Rhea dan Rica pergi sekolah, diorang sekolah pagi. Pukul 10 pagi aku bangun, dan bersiap, buat hidangan untuk Rico sebab dia sekolah petang, lepas Rico pergi sekolah aku akan pergi kerumah mak aku untuk tengok dia, kadang bawa lauk2 yang aku masak untuk mak, hari2 kalau ada peluang memang aku akan datang kerumah mak, lagipun rumah aku sekarang dekat2 dengan rumah mak jer...
Petang aku sambung gi gym dan swimming, malam berkumpul semula, macam tu lah setiap hari dan hujung minggu semestinya akan bawa anak2 berjalan-jalan, tengok wayang dan ada jer lah yang dibuat untuk isi hujung minggu anak2 supaya diorang happy.


Ni anak dara aku, Rica bersama Mr Joshua yang sangat disayangi, bukan dia jer yang sayangkan Mr Joshua ni, aku dah tentu2 lah sayang kat Mr Joshua ni, kalau takde Mr Joshua ni hidup aku seakan tak bermakna...ceewahhh!


Aku bersama anak2 yang tersayang...



Rico, ni lah anak bujang aku sorang, dah sekolah menengah mamat ni, perangai pun dah berubah, dah macam abang2 sikit cuma Rico ni perangainya bengis, cerewet dan yang paling tak boleh tahan perbelanjaan dia tu, semua benda nak yang berjenama, salah satu dia jadi macam ni pun sebab kawan2 juga, mana taknya..kawan2 anak2 orang berada jadi kalau dah hari2 mengadap kawan2 dia tu sikit sebanyak terikut-ikut juga, tapi bukan semua kehendak dia aku dan Mr Joshua turutkan, tengoklah kalau benda yang dia minta tu layak untuk dia dapat barulah kitorang belikan..


Anak daraku, Rica..hitam manis orangnya, kulit dia sedikit gelap berbanding abang dan adik dia, nak2 dah sekolah kat Msia ni dok berjemur bawah matahari, semakin nampak rentung anak aku, tapi takpe lah, anak orang lain yang dok berjemur sesama pun ada yang yang rentung cam dia tu...hahaha...tapi aku sebagai mummy dia memang aku puji anak sendiri lah sebab sebagai anak dia adalah anak yang rajin, kerja2 rumah aku banyak dia yang rajin tolong dan dia jugalah kawan aku saat aku suka dan duka, dia juga tempat aku curahkan perasaan, segala rahsia aku semua ada dalam tangan dia...jeng..jeng..jengggg...
(Pstttt! cantik tak rambut panjang dia? cantik kan? pada aku rambut dia memang cantik! dan aku memang selalu beri perhatian lebih pada rambut dia tu..)


Rhea Alicia, anak koret yang paling aku, Mr Joshua, abang, kakak dia dan seluruh ahli keluarga aku memang sayang teramat sangat pada budak Rhea ni, dia dibelai dan dijaga seperti anak raja, amboi! tapi time nakal kena sesah jugak dengan aku! hahaha...padan muka! tapi kalau mak aku tahu aku sesah budak Rhea ni silap2 aku yang kena bebel...tapi bukan nak puji terangkat, Rhea ni budak yang tak banyak ragam, jarang menangis, senang jaga dan aku memang bersyukur sangat ada anak macam Rhea ni, kurniaan Allah yang sangat berharga buat aku sekeluarga.


Ok lah, aku akhiri catatan aku kali ni dengan gambar aku sekeluarga khas buat teman2 dan sesiapa yang mengenali diri aku ni, kalau rindu kat aku, ni lah gambar aku sekeluarga yang terbaru..dan pada kengkawan yang selalu bertanyakan khabar melalui email, fb dan sms tu kalau ada yang aku belum sempat balas, janganlah berkecil hati yerkkk! aku kat sini sihat2 selalu.

Bye uollssss...

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin