Bahan-bahannya:
  • Bahan kuahnya:
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 s/b udang kering (direndam sekejap) *
  • 2 cm lengkuas - dititik
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 1/2 biji kobis - dipotong kecil #
  • 1 biji sengkuang - dipotong kecil2 memanjang #
  • 1 batang lobak merah - dipotong kecil2 memanjang #
  • 8 tangkai kacang panjang - dihiris nipis #
  • 2 biji kelapa parut - diperah ambil santannya
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) hingga halus, ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumis bahan tumbuk bersama lengkuas dan serai hingga naik bau, kemudian tuangkan santan secukupnya, kacau rata dan biarkan diatas api sederhana.
  • Masukkan serbuk kunyit sambil dikacau sehingga sebati, perlahankan apinya dan biarkan sehingga mendidih perlahan.
  • Masukkan pula bahan yang bertanda (#) kacau sehingga rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu.
  • Apabila sayur masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Bahan sambal tumis:
  • 15 tangkai cili kering - direbus hingga lembut, toskan airnya *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 s/b air asam jawa
  • 1 s/b ikan bilis
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • Garam, perasa dan gula
  • Minyak masak
Cara-caranya:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga agak kering, kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata dan masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi bersama ikan bilis, kacau sehingga rata.
  • Masukkan garam, perasa dan sedikit gula, kacau lagi sehingga sambal masak, bolehlah ditutup apinya.
  • Bahan lain:
  • 4 biji lontong saiz besar - yang telah direbus terlebih dahulu kemudian dipotong-potong.
  • 6-8 biji telur - yang telah direbus terlebih dahulu kemudian dibelah 2
Cara penyediaannya:
  • Ambil sedikit lontong yang telah dipotong tadi dan masukkan kedalam mangkuk, tuangkan kuahnya dan letakkan sedikit sambal tumis dan telur, hidangkan.

0 Ulasan:

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin