Bahan-bahannya:

  • 1 kg siput 
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 biji cili padi kampung *
  • 1 biji cili hijau *
  • 1 biji cili merah *
  • 1 batang serai *
  • 2 biji buah keras *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1 biji kelapa parut - perah dan ambil santannya
  • 1 keping asam keping
  • 2 tangkai daun selasih - ambil daunnya
  • Garam, perasa dan gula
  • Sedikit minyak masak
Caranya-caranya:
  • Potong sedikit hujung siput dan buat sehingga habis kesemua siput, cuci siput sehingga bersih dan letakkan di atas tapis, toskan airnya.
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga naik bau atau hingga agak kering, kemudian tuangkan santan sambil dikacau hingga rata.
  • Masukkan asam keping, biarkan sekejap.
  • Masukkan pula siput, kacau rata dan kemudian masukkan garan, perasa dan sedikit gula, kacau sehingga rata dan biarkan sehingga siput masak dan kuat pekat sedikit, masukkan pula daun selasih, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

3 Ulasan:

Mat Gebu berkata...

Ewahhh.....menyiput jugakkk!!!....hahaa

Chik Att berkata...

Sedaaaaapppnyaaaaa .....
Kat umah ni , kita sorang je makan ..... yg lain boleh buat pelbagai interpretasi passi siput ....ni..

Suejoshua berkata...

Mat, mana boeh tahan nengok nko menyiput, aku pun nak gakkkk!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin