Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus agar-agar tali (2o gm)
  • 4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 10 biji kecil jelly yang telah siap (segera)
Cara-caranya:
  • Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
  • Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
  • Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.

3 Ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Cantiknya...agar-agar.merah,hijau itu menawan.

Chekgu Azrine berkata...

Yeayy...nk bt nanti!!

Gee® berkata...

Bestnyaaaaa.....

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin