Assalamualaikum semua, kabare? harap semuanya sihat seperti aku yer..alhamdulillah...lama rasanya tak ketemu disini, tup..tup..bila bertemu umur aku dah bertambah lagi dan kini genaplah 35 tahun katanyer...tapi buat apalah nak dirisaukan yer..umur jer bertambah tapi aku tetap orang yang sama, sentiasa merasakan diri ni muda belia, hamboi! perasaan kemelandaan dah datang...tak kisah korang nak kata apa tapi aku tetap rasa yang aku masih muda, kehkehkehhh...
semalam 22-2-2012 bertambah lagi umur aku 35 tahun, cantik kan date ni, tapi tahun depan kalau panjang umur date birthday aku lagi cantik! tapi apalah yang ada pada date tu..yang penting doa2 kalian semoga sentiasa berdoa yang baik-baik untuk aku yer, semoga aku diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi oleh yang maha esa, amin..
Tahun ni sebenarnya aku dah cakap pada seluruh ahli keluarga aku yang aku tak nak buat birthday, memadailah dengan ingatan tulus ikhlas dari sanak saudara dan rakan2 yang terdekat jer yang tak henti2 nganto ucapan kat fb, sms dan email, terima kasih aku ucapkan tapi ntah camner abang ipar aku sebok meno nak buat gak majlis kecik2 untuk birthday aku, katanya biar dia yang nak menyapot perbelanjaannya asalkan majlis aku tu tetap akan ada walaupun kecik2! alahai! terharu meno aku rasa, sampai cam tu sekali ingatan abang ipar aku pada aku, tapi dah aku selalu katakan yang abang ipar aku tu dah aku anggap seperti bapa aku sendiri mandangkan dari kecik pun aku takde bapak dan dialah yang jaga aku dari kecik sampailah aku dah kawin ni, sekarang ni pun kalau aku sakit kadang dia yang sebok dok nganto aku gi spital or klinik, selalu tanya kesihatan aku, makan pakai aku pendek kata aku bersyukur ada abang ipar macam dia, alhamdulillah...
Tahun ni kita cuba cup cake plak yer...senang nak makan, sekali ngap jer tak payah potong2 kek, hehe..comen kan cup cake ni..
Sebenarnya lilin tu ada banyak tapi nanti nampak plak sangat dah banyak umurnya jadi kita letak 3 batang jer yer..tujuannya untuk sedapkan hati sendiri..muahahahaaa...
Doa seorang ibu untuk anaknya insyaallah akan diperkenankan Tuhan, terima kasih pada mak yang sangat aku sayangi kerana walau apapun keadaannya dia tak henti2 mendoakan yang terbaik untuk anaknya ni dan aku tahu mak sayangkan aku sehingga tak berbelah bagi, ceewaahhh...Dan kasih sayang aku pada mak juga tiada bernoktah, sayang sehingga akhir hayatku ini, amin..
Anak2 saudara yang sebok membakar, terima kasih pada dorang ni semua kerana meraikan birthday aku walaupun siangnya dorang dah penat2 kerja, malam plak sambung melayan birthday aku ni..Ngah, de, noni, pemau..masehhhhh! lap u all..
Macam2 ada kat atas bara tu, ayam, sotong, ikan, udang, sosej, otak2 kempas power, jagung dan keledek manis pun ada, hahaha...
Mr Joshua bersama abang ipar aku yang tersayang, terima kasih pada abang ipar aku tu kerana telah menyapot birthday aku semalam, i lap u lahhh...muahhh...muahhh..
Amboi! sempat menggediks yer anak dara ni, ikut sapa ni suka gediks2 hah? ni lah anak saudara aku yang masih lagi belum berkahwin, rasanya anak2 saudara aku yang masih belum kahwin ada lagi tinggal 4 orang jer dan rasanya juga pas ni turn dak ni kot? hahaha...tungguuu...
Yer...gediks jugak! dah tentu2lah yang gediks2 tu dok ngikut makcik dia ni kan..sapa lagi nak temurun kalau tak anak2 saudara..ngee... (abaikanlah yang sedang menonggeng tu yer..)
Aku bersama mak dan anak2 saudara aku yang tersayang, tanpa mereka siapalah aku..dan mereka2 nilah penguat semangat aku disaat aku memerlukan..
Yer...siapa tak kenal! ni lah geng gossip aku..setiap kali berjumpa ni lah kerojernyer...pot..pet..pot..pet..sok..sek..sok..sek..hurmmm...mokkk! i lap u poreber...
Mandangkan birthday aku ni kena pada hari rabu, hari kerja jadi ramailah jugak anak2 saudara dan kakak aku yang tak dapat datang, kakak aku sorang tu dok jauh sikit lagipun anak dia masih sekolah jadi tak datang pun aku faham, takpe lah..mana yang sempat datang tu terima kasih lah yer...korang memang best!Gambar kat atas tu 3 dari 12 cucu saudara aku yang dapat datang semalam dan yang ke 13 akan lahir tak lama lagi ni jadi insyaallah akan bertambah-tambahlah cucu saudara aku nanti yang akan menceriakan kehidupan aku..tak sabaq rasanya nak nunggu bulan 4 ni..anak mok ar, siapa lagi..
Nur Amira Sabrina, amboi! comennyerhhh...ni lah cucu saudara yang terlatest dari keturunan keluargaku, gituuu...








Johor Bahru Time
Copenhagen Time
10 Ulasan:
Happy birthday, Sue.
You're looking great!! xoxo
Happy birthday, sue semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
As'salam Sue
Tu hari dah wish, tapi nak wish lagi...Happy beleted birthday ya, semoga Allah melindungi dirimu dan memberkati hidupmu didunia dan akhirat...insyaAllah.
sangat mulia hati2 insan disekeliling Sue kan. semoga kekal bahagia selamanya ..aminnn
sue muda lagi! life starts at 40 & u r hampir ranum manis :D hahahahhahaha..
love the food & the cute cupcakes. u patut mintak hubby hadiah harijadi gi honeymoon kat melbourne sini la, sue. bleh kita ketemu :D
Happy Birthday Sue, semoga sentiasa dilimpah rahmat Allah swt dan berbahgia sepanjang kehidupan...amiin. Amboii meriahnya ko makan2, mesti x hengat kat akak...tu cucu bidan peah x datang ke...xpun leh suh dia masak2kan...hehehhee
tengok pic kak semalam.. mmg rasai keakrapan kak sekeluarga, tahniah kak
dan nak kata lagi, happy belated birthday
Assallamualaikum Sue..
Happy belated birthday dari Naz.. Salam perkenalan juga.
Dulu suka bukak blog Sue baca aktiviti Sue masa duduk di oversea.. So cute anak2 you exp yg tecik sekali tu..Tomeiiii sgt..
Naz add Sue as friend di fb yer..
Last entry yg Naz baca dulu Sue bg tau buka kedai di Johor. So how's yr business?
Once again Happy belated birthday. May Allah bless you..
Hi Sue,
Belated Happy Birthday wishes to you.
I love your purple dress. May I ask where you bought it?
Sally
Kekeke...mana ko ek? *saja bt x nampak sbb ko pakai pepel..hahahahahaha
Sue..nnti kita plan bt bbq sesama yok reramai dgn semua..tp tggu besday aku yg ke 55thn ye, kuar duit EPF aku belanja..muahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Terima kasih semua :)
Catat Ulasan