SUMBER DARI: MAK

BAHAN PULUT KUNING:
  • 1 kg beras pulut
  • 1 biji kelapa parut
  • 2 s/k serbuk kunyit
  • Sedikit garam halus
CARA-CARANYA:
  • Panaskan periuk pengukus. Cuci bersih beras pulut tadi dan masukkan kedalam loyang. Perahkan kelapa parut tadi dan ambil santannya kemudian bancuhkan santan tadi bersama dengan serbuk kunyit dan garam halus, bancuh hingga warnanya sebati.
  • Tuangkan bancuhan santan kedalam loyang yang telah berisi pulut, kacaukan hingga rata dan masukkan kedalam periuk pengukus. Tutup periuk pengukus dan kukus pulut tadi hingga hampir masak. Gaulkan pulut tadi hingga rata dan kukuskan semula hingga pulut betul2 masak.
  • Apabila pulut masak, keluarkan dari periuk pengukus dan gaulkan lagi. Biarkan pulut hampir sejuk dan hidangkan bersama rendang ayam.
BAHAN RENDANG AYAM:
  • 1 kg ayam - dipotong kecil
  • 1 batang kulit kayu manis #
  • 1 kuntum bunga lawang #
  • 4 biji buah pelaga #
  • 15 tangkai cili kering - direndam dengan air panas, toskan *
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 4 cm lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 1 s/t jintan manis *
  • 1 s/t jintan putih *
  • 1 s/b ketumbar *
  • 2 helai daun limau
  • 2 keping asam gelugor (asam keping)
  • 2 s/b kerisik
  • 500 ml santan kelapa
  • 2 s/b gula merah
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bahan yang bertanda (#) hingga naik baunya, kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan kelapa dan kacau sehingga mendidih, masukkan ayam, asam keping dan daun limau, kacau sekali sekala sehingga ayam hampir masak.
  • Masukkan pula kerisik, gula merah, garam dan perasa secukup rasa, kacau lagi sekali sekala sehingga ayam masak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg udang papan
  • 30 biji cili padi *
  • 8 biji bawang merah - dihiris *
  • 4 ulas bawang putih - dihiris *
  • 2 cm halia - dihiris *
  • 2 s/b air asam jawa
  • 2 s/b kicap cair
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak masak
CARA-CARANYA:
  • Cuci bersih udang papan tadi kemudian gunting atau belah bahagian kulit diperutnya, cuci semula dan toskan airnya, ketepikan.
  • panaskan kuali dengan minyak yang banyak, gunakan api sederhana dan masukkan udang tadi, balik2kan hingga udang masak, angkat dan toskan minyaknya, ketepikan.
  • Didalam kuali, panaskan sedikit minyak kira2 4 sudu besar, apabila minyak panas, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga agak garing, kemudian masukan udang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi, masukkan juga air asam jawa dan balik2kan udang tadi. Masukkan pula kicap cair dan letakkan sedikit garam dan serbuk perasa, kacau hingga rata dan bolehlah ditutup apinya.

Selalu jer company Mr J ni kalau buat annual dinner mesti tak boleh bawa family, bawa spouse pun tak boleh, lokek betul! tapi takpelah kan...kenalah faham bukan company mr J jer yang annual dinner tak boleh bawa family or spouse, ada juga company2 lain yang buat macam tu, nak save cost ar kononnyer...hurmmm
K lah, aku pun tak kisah sangat sebenarnya aku siap bagi cadangan kat Mr J tu untuk nak pakai apa masa annual dinner dia, mmm...mandangkan annual dinner Mr J malam tu bertemakan Hollywood Stars so aku cadangkan Mr J dan kawan baik dia si Wing Wing tu pakai macam Men In Black, siap pakai pestol menan! muhahahaha! sesueiiii!


Memang nampak macam starlah kan...ahawww! idea aku selalu memang bagos bab2 mengayakan diri, hamboi! isi bakul angkat sendiri nampak! tapi Mr J ku malam tu memang nampak bergaya! tapi pada mata aku ar kan..



Suratan atau kebetulan? susah nak jawab tapi aku memang pelik! asal Mr J pergi annual dinner kat Msia dulu selalu dapat hadiah cabutah nombor bertuah dan hadiahnya mesti dapat tv, kali ni dah kerja kat Spore pun cabutan nombor bertuah tetap dapat tv cuma zaman dah semakin moden so dapat ar tv yang canggih kan, nipis jer...tak macam dulu dok berangkut 2 orang baru terangkat! skarang ni kepit jer dah boleh bawak balik cuma dan yang paling bertuah lagi masa dari Spore masuk Jb kastam kat spore tak check bonet kete langsung, diorang suh terus jalan jer...nasib2 kalau tak maunya kena cukai jugak! rezeki tu namanya kan so pas ni setiap bilik memang ada tv sorang seketoi ar..hehe...i like!


Hai semua, jumpa semula nkorang kat Suejoshua ni yer...meh dengar cerita aku sikit kat nkorang! aku kan kengkononnyer berangan nak menjinakkan diri berlakon, nak berlakon kat Msia ni susah sikit cz kena ke K.L plak, jauh tuuu...so tempat yg paling dekat dengan JB ni ialah Singapore lah kan, jadi beranganlah nak masuk berlakon kat sana, kebetulan aku kenal baik dengan pelakon fufuler kat sana iaitu Raffi Khan, kalau nkorang biasa tengok Suria Tv Singapore confirm nkorang kenal dengan Raffi Khan tu.Nak tahu tak, Raffi Khan tu lah yang dok tanya2 der ke aku nak berlakon dengan dia, kalau nak kenalah aku turun Singapore dan kenalah mula dari berlakon jadi xtra dulu, asah bakat ar gitewww...malu gak rasanya tapi apa salahnya kalau cuba2 tengok boleh ke aku berlakon? nampak macam kayu jer tapi bolehlah, xtra pun xtralah janji dapat pengalaman dan katanya bayaran lumayan juga berbanding bayaran berlakon xtra kat Msia, kalau kat Singapore bayarannya dah tentulah dapat Singapore dollar kan, tukar duit Msia double gitewww...


Walaupun berlakon xtra jer tapi sebenarnya berlakon ni memang susah sebab aku bukan xtra yang sekali lalu jer...banyak babak kena redah pas tu shoot pada setiap sudut, perhhh! penat nko! aku masuk Spore dari awal pagi pukul 6.30 dah bertolak masuk Spore habis shooting dekat pukul 7 malam tapi puas hatilah walaupun penat tapi bayarannya siap tolak duit minyak Mr J nganto dan berpenat-penat memang puas hati, dapat duit Singapore kan cuma saja jer tak tukar, simpan jer Mr J cakap, ngeee...maseh Mr J kerana sudi menghantar dan yg kelakarnya masa dah nak start sooting tu ada satu watak pelakonnya tak dapat datang so ditukarkan pada Mr J ku itewww...hahaha! sempat juga Mr J berlakon sikit menyebok-nyebokkan diri tayang muka! hahaha!


Terima kasih ler pada yang terlibat dok mengajar cara nak berlakon dengan betul.


Bersama sebahagian dari pelakon2, respect kat diorang terutamanya Rahimah Rahim, Raffi Khan, Haizad Imran dan Ashmie, walaupun fofuler gitewww tapi tak sombong langsung, friendly dan kelakar yang hamat, seronok sangat shooting dengan diorang, terhibur hati..


Habis jer shooting apa lagi, terus jer ar posing!



Bersama hero2 pelakon Singapore, Haizad Imran dan Ashmie, diorang ni yang paling best, happy go lucky jer orangnya dan yang paling penting mesti handsome kannn...i like!



Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin