BAHAN-BAHANNYA:
  • 6 ekor ketam - dibersihkan
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 helai daun kari - dimayang halus
  • 2 s/b rempah kari ketam atau udang
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 s/b minyak masak
  • 1/2 s/k biji sawi #
  • 1 batang kayu manis #
  • 5 biji buah pelaga #
  • 5 kuntum bunga cengkih #
  • 2 kuntum bunga lawang #
  • Garam, perasa dan gula

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 batang serai
  • 4 cm halia
  • 4 cm lengkuas
  • 20 tangkai cili kering (yang telah direbus terlebih dahulu)

CARA-CARANYA:

  • Campurkan bahan kisar bersama rempah kari ketam dan kacau rata, kemudian gaulkan bersama ketam yang telah dibersihkan terlebih dahulu tadi, perapkan ketam bersama bahan tadi selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak masak didalam kuali, masukkan bahan yang bertanda (#) bersama setangkai daun kari tadi kedalam kuali, kacau hingga naik bau dan masukkan ketam yang telah diperap tadi, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  • Apabila mendidih, masukkan asam gelugor, garam, serbuk perasa dan sedikit gula, kacau sehingga pekat dan ketam masak.
  • Taburkan daun kari yang telah dimayang halus tadi, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin