Selamat Menyambut Hari Deepavali pada yang menyambutnya terutama buat keluarga mertuaku, semoga Deepavali kali ini akan lebih membawa cahaya dan seribu keceriaan, kebahagiaan dan kesejahteraan pada semua.

Seperti Deepavali yang lepas2 aku memang akan pergi bertandang kerumah mertuaku andai ada kelapangan masa, seperti juga tahun ni sebenarnya Mr J memang terlalu busy, cuti pun hanya dapat sehari jer...walaupun begitu semangat untuk bersama-sama meriahkan Deepavali tetap ada jadi aku sekeluarga pergi juga kerumah mertua aku, walaupun penat tapi didalam hati masing2 tersimpan perasaan yang sangat gembira dan bahagia terutama bila masing2 dapat berjumpa...

Deepavali kali ini keluarga mertua aku sambut biasa2 jer mandangkan dalam keluarga ni masih terasa sedih atas pemergian salah seorang dari keluarga yang telah meninggal dunia jadi sambutannya ala kadar saja.

Ni lah hidangan yang biasa aku ambil bila berada dirumah mertua aku, ithli, tosei, sedikit sodi dan mutton varuval, yang lelain tu aku suka juga tapi mandangkan kali ni keadaan aku tak berapa sihat, batuk masih lagi ada jadi makanan berempah tu aku kena control sikit! apapun aku memang suka masakkan mak mertua aku yang pada aku memang paling sedap dalam dunia ni.

Sedikit manisan yang sempat aku tapau bawa balik, manisan ni mak mertua aku yang buat sendiri...mmmm...memang manis! hehe

Muruku ni pun aku jamah sikit jer mandangkan batuk ni memang mengganggu Deepavali aku kali ni, menci!!! dapat makan sikit2 jer...huk..huk!
Bersama Shamitha salah seorang anak saudara aku bagi belah pihak Mr J..

Sue athe dengan lakshy. Kesian kat lakshy ni sambut Deepavali tanpa bapa yang tersayang, semoga bapanya tenang disana...

Anak saudara aku Shassha bagi belah pihak Mr J yang paling aku sayang, dari dia kecik sampai dia besar sekarang ni umur dia dah 5 tahun tapi perasaan sayang aku pada Shassha ni tetap sama, aku memang sayang sangat kat dia ni dan pada aku dia budak paling baik yang pernah aku jumpa! dia juga sambut Deepavali tanpa bapa tersayang! kesian Shassha!!!

Mr J bersama anak2 dan sebahagian dari anak2 saudaranya...

Rico, Rica dan Rhea bersama Atha, thatha dan sepupunya...

Walaupun macam tak puas balik Deepavali rumah mertua aku kali ni kejap jer tapi aku tetap sayang kat diorang tu, ada kelapangan masa pastinya aku akan datang jumpa diorang lagi...
Hurmmm...baru perasan mak mertua aku pakai bedak punya ar banyak! selalunya aku akan bersihkan balance2 bedak yang dia pakai tapi kali ni lupa plak! bila tengok dalam gambar jadi ghoper tu! alahai...kesian mak mertua aku.

Bapa mertua yang paling aku sayang, walaupun kita berlainan bangsa dan agama tapi inilah bapa mertua aku yang paling memahami hati dan perasaan aku, dia tahu apa yang aku suka...apa yang aku tak suka dan apa juga kehendak aku, semoga dia dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagia. Happy Deepavali Mamma...

Dikesempatan ni aku nak ucapkan lagi sekali Selamat Hari Deepavali kepada keluarga mertua aku terutama Mak dan bapa mertua yang paling aku sayangi, semoga kita akan berjumpa lagi...luv you..

Assalamualaikum...lama sudah aku rasakan aku telah meninggalkan blog aku ni, kesian...walaupun aku masih sayangkan blog aku ni...sudah aku katakan dulu, selagi aku belum pindah rumah dan dapat dapur aku sendiri memang lambatlah aku nak catatkan resepi terbaru...kalau setakat nak berceloteh tu memang banyak yang nak dicelotehkan tapi sure nkorang jemu plak nanti kan...balik2 citer si suejoshua jer...bukannya aku ni artis yer tak asik nak citer pasal aku jer...masing2 tu aku tahu dok nunggu2 resepi aku! hurmmm...harap nkorang bersabarlah yer...aku ni kalau ikutkan lagi ar tak sabar tapi nak buat macam mana kan, dah duduk kat Msia ni pada aku serba serbi lemau! bukan nak ngutuk ke apa ar...rumah aku tu kalau nak ikutkan dah lama siap! tu kalau kat negara lain ar...ni dah berbulan-bulan ghoper tu jer...selagi tak mengamuk selagi tu ar diorang buat hegeh-hegeh! buhsan tau tak menunggu cam ni! ggrrrrr...doa2kan lah semuanya sattle tahun baru ni yer...serba serbi baru! kan best kalau giteww! erkkkk!!!
K lah...mandangkan takde resepi apa yang nak diletakkan kat sini, aku tepeklah jer gambo2 terbaru aku yer...tu pun pada yang merindui aku ar...kalau hade! hade? insyaallah hade! ngeee :D



Aku masih seperti dulu, kuat berangan dan suka sangat berangan...

Nak jadi model rasa dah tua plak! jadi model untuk Mr J aku dah ar...bole giteewww!

Cukuplah tu yer...semoga lepas kerinduan nkorang pada aku! huwahuwahuwaaa....ingat tau! aku masih disini, bila semuanya dah ready insyaallah aku akan kembali lagi seperti dulu, sememangnya Suejoshua tak pernah berubah, aku tetap aku yang biasa2 sajer dan aku sayang nkorang semua!!! bubyeee!!!!!!!!!!!!!!

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin