
Assalamualaikum...
Kita berjumpa lagi yer...tuhan masih panjangkan umur aku, alhamdulillah setelah lama juga aku terlantar sakit dan sekarang ni dah semakin baik syukur pada tuhan.
Nak cerita sikit jer kat nkorang, mesti nkorang perasan kan dah lama aku tak meng update blog aku ni, busy tu memang ar busy tapi kadang tu masih sempat lagi meng update blog cuma kali ni semacam lama giteww tak update blog kan? sekarang mesti dah tahu kenapa? cer tengok gambo tu! haaa! gambo ni aku cilok kat hp Mr J aku, sempat plak mamat tu dok gambik gambo aku masa masuk spital kemarin. Sebenarnya lama juga aku sakit kali ni, bukan aku jer yang sakit, kiranya satu family semua sakit, batuk, demam dan macam2 penyakit ar yang kena, mana taknya..cuaca kat sini bukannya elok sangat, dengan jerebunya, kejap hujan kejap panas, cuaca tak menentu jadi ni lah akibatnya kalau tak jaga diri betul2! huk..huk!
3 hari aku masuk hospital sebab aku disahkan mengidap bronchitis akibat dari batuk yang teruk dan kahak yang banyak hingga tersumbat kat paru2, kalau batuk memang aku terus kena sesak nafas sebab paru2 aku dah tersumbat, tu yang masa kat hospital aku sentiasa dipasang gas untuk senang nak bernafas, mmm...seksanya rasa masa tu! rasa macam nak mati pun ada! macam2 perasaan juga yang datang dan macam2 yang otak aku fikirkan! tapi aku sentiasa berdoa pada tuhan agar panjangkanlah umur aku kerana tanggung jawab aku sebagai anak, isteri dan mummy pada diorang tu semua belum habis dan juga tanggung jawab aku sebagai hambanya juga masih belum sempurna..
Alhamdulillah...berkat doa dari family dan kawan2 akhirnya aku kembali sihat walaupun belum 100% tapi ni dah kira alhamduillah...masih tinggal batuk sikit2 jer...kena juga demam campak tapi tak lama, kena 3 hari jer pastu dah ok sebab mak aku kasi minum air kelapa so semua bintik2 merah habis keluar. Walaupun dah sihat tapi doktor masih pesan pada aku supaya jangan lasak2 sangat sebab badan aku baru nak pulih, lebih banyakkan berehat.
Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada family, sanak saudara, kawan2 yang tak henti-henti bagi sokongan dan doa melalui fb, email, sms dan yang menelefon juga, terutama pada Mr J yang sabar jaga aku kat hospital berulang-alik sekali gus menjaga anak2.
Jutaan terima kasih juga pada mak aku yang sangat aku sayangi kerana lepas balik dari hospital dialah yang masakkan lauk2 orang sakit untuk aku, suapkan makan, lap2kan muka, huk..huk..terharu...
Dan lagi untuk kakak aku sekeluarga yang sanggup tak balik rumah kerana tiap2 malam tidur rumah mak aku, sentiasa nak disisi aku saat aku sakit, terima kasih yang tak terhingga dan aku terharu..aku sayang nkorang semua.
Ok lah, kita berhenti dulu kat sini, insyaallah kita jumpa lagi dicatatan akan datang, jaga diri semua ok!
Bye!!!!
Wasallam..


