Rajinlah pulak nak mengupdate aku ni nari, selalunya hari sabtu memang tak lekat kat rumah, nak2 lagi tengah musim raya cam ni, takkan takde open house kot? mmm...sebenarnya nari kalau nak ikutkan hati memang aku pepagi lagi dah merayap, open house plak nari ada satu jer...malam2 sikit ar baru gi, la ni nak rehat2 jer kat rumah, bukannya apa...batuk tak baik2 lagi ni rasanya macam mengganggu plak kalau nak berjalan kemana-mana, lagi pun cuaca dari pagi tadi hujan jer...mak aku plak dah sound "bawak2lah rehat2 dok kat umah ni cikkk'' aku pun jawab balik ''baik mak!'' (dengan nada anak soleh) hahaha! padahal tapak kaki gatal merenyam-renyam nak merayap! mmm...sabo jer arhhh...lagipun B aku semalam baru jer sampai dari Beijing, tak sihat plak tu! huk..huk! nak kekedai akak aku cakap keadaan kedai dan barang2 semua ok jer tu yg malas plak nak kesana! (aikkk! tetiba teringat gaji akak aku bulan ni lom kasi lagi!) hah...tu yang tetiba rajin plak nak mengupdate blog ni.
Dulu rasanya ada yang tanya aku tentang penjagaan kulit, diorang tanya pasal product muka apa yang aku pakai dan rasanya aku dah pun updatekan dulu barangan apa yg aku pakai (Shadira) product muka ni memang dah lama aku pakai, adalah dekat 8 tahun dan memang serasi ar kat kulit muka aku.
Tapi sejak aku balik dari Denmark aku dapat rasa kulit muka aku dah macam tak serasi plak! ntah kenapa? dulu masa kat Denmark 3 tahun bawa product ni aku pakai ok jer...tapi pelik bila balik sini pakai product yang sama jadi kurang berkesan plak! kulit jadi kusam tak berkilat berkilat macam dulu, mungkin perubahan cuaca kot? ntah? dekat 2 bulan juga aku teruskan pakai kat sini tapi takde perubahan...kusam jer..sedih giler babe! aku ni lagi ar jenis yg semua pun nak kena jaga, jenis cerewet! bukan tak bersyukur dengan apa yang dah ada tapi tipu ar sebagai perempuan mana pernah puas dengan benda2 cam ni lebih2 lagi pasal kecantikkan! buat apa nak tipu cakap semuanya berserah padahal dalam hati menderita sebab ada yang tak puas hati kan...so selagi boleh berusaha untuk buat yang lagi baik untuk diri sendiri tu apa salahnya kan..
Jadi aku ni dok sekodeng muka artis2 kat fb ar..alahai! muka dorang bersih jer walaupun tak bersolek! kebetulan aku plak ada ar baik ngan sorang artis ni, memang orang jb ar artis ni, aku selalu gak dok komen2 kat fb dia dan dia pun ada gak dok tanya2 kabo pada aku, jadi satu hari tu aku jumpa dia kat tesco jb, kebetulan masa tu dia tgh beli barang dapo (aku rasa untuk kedai makan dia) memula tu dia tengok aku jer...pas tu aku tengok dia balik betul2 rupanya memang sah dia..nampak muka dia lain sikit sebab tak bersolek! tapi tetap cun, bersih licin jer...pas jumpa dok borak2 jap aku pun apa lagi! cuba ar korek2 rahsia dia! bukan korek rahsia apa pun, korek rahsia kulit muka dia yang bersih tu...tadaaaaaaa! tu lah hasil korekkan aku, dia pakai product New York Skin Solution cam gambar kat atas tu hah! katanya mahal sikit tapi serasi dengan kulit dia, nak lagi cun pakai product ni dengan minum collagennya sekali! mmm...terima kasih pada artis tu, jasamu kukenang...kihkihkih
Aku pun apa lagi, tak nyabo2 terus ketempat yg dicakapkannya tu, senang plak nak mencari, dekat jer plak tu...lagi ar aku happy!
Sampai jer sana aku kena ar dengo tah macam2 ar yang amoi2 tu terangkan padahal malas benonyer nak dengo, aku nak terus pakai jer...tapi B aku cakap beh baik dengar betul2 sok dah tahu senang nak gunakan product ni, hisss! gelojoh meno plak aku nih! maklom ar...tak sabo nak cantik! ajer giler...
Dah di belek2nya muka aku, test tu...test ni...siap2 amik2 gambo sebelum selepas pakai product ni, dorang pun dah tahu ar apa msaalah kulit muka aku! jadi aku balik rumah dengan bawa product muka baru termasuk berkotak-kotak collagen yang kena diminum hari2, duit tak payah citer ar...banyak dah terbang! tapi B ok jer...walaupun dalam hati ntah2 meraung-raung! ekekekkk
Sekarang ni dah masuk 2 bulan aku pakai product baru ni, baru pada kulit aku ar...rasanya dah nampak perubahan, kulit badan pun nampak bersih sebab minum collagen tu, kulit muka pun dah nampak perubahan walaupun tak sebersih kulit artis tu, mungkin baru 2 bulan kot nak dibandingkan dengan artis tu dah pakai 4 taun wooo, kulit dia! perhhh! macam kulit baby! aku jeles! serious aku jeles tahap nak terjun bangunan! hisss...sabo2! sekarang ni pun dah nampak ok, kalau dah pakai 4 taun sok lagi ok kot? harapannya begitulah dan yang penting kena rajin buat facial, kalau ada masa buat facial setiap minggu tapi mandangkan sekali facial aku rabak rm380 jadi aku buat facial setiap 2 minggu sekali jer...tak berkemamfuan nak buat seminggu sekali...huk..huk!!
Ok lah...kita jumpa lagi dicatatan aku akan datang, kalau rajin juga nak mengupdate ar...pada korang yang nak aku kongsikan apa2 lagi rahsia aku pada korang...rajin2lah menunggu yer...hisss! perasan plak ada yang nak tunggu!
Sayang korang...muah..muah!!!


