BAHAN-BAHANNYA:
  • 15-20 ulas cempedak
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 2 s/b tepung beras *
  • 1 s/t tepung jagung *
  • 2 s/b gula pasir *
  • 1/2 s/t serbuk kunyit *
  • Sedikit kapur masakkan
  • Sedikit garam halus
  • Air secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA-CARANYA:
  • Campurkan bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk besar dan gaul rasa.
  • Tuangkan air sedikit2 bersama kapur dan garam halus sambil dikacau sehingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan cempedak kedalam bancuhan tepung tadi kemudian gorengkan kedalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi.
  • Goreng cempedak sehingga masak keperangan dan bolehlah diangkat, toskan minyaknya.
  • Hidangkan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 kg udang harimau
  • 20 biji cili api *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm kunyit *
  • 1 s/t garam kasar *
  • 1 helai daun kunyit - dimayang
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kelapa parut - diambil santannya
  • Garam dan perasa
CARA-CARANYA:
  • Bersihkan udang, toskan airnya dan ketepikan.
  • Perahkan kelapa parut dan tuangkan kedalam periuk.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) dan masukkan kedalam periuk yang berisi santan tadi, kacau rata dan letakkan diatas api yang kecil.
  • Masukkan asam gelugor, kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih perlahan.
  • Masukkan udang, daun kunyit, serbuk perasa dan garam jika perlu, kacau lagi sehingga udang masak, bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin