BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 ikat pucuk ubi
  • 1 biji kelapa parut
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 biji cekur *
  • 2 cm belacan (dibakar) *
  • 1 s/b udang kering *
  • 20 biji cili padi *
  • 2 helai daun cekur - dimayang halus
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak masak
CARA-CARANYA:
  • Rebus pucuk ubi hingga lembut, toskan airnya kemudian perahkan sehingga kering. Koyak-koyakkan pucuk ubi yang telah direbus tadi atau hiriskan kasar, ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*)
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) yang telah ditumbuk sehingga agak garing, kemudian masukkan kelapa parut, kacau sehingga kelapa tadi agak garing sedikit.
  • Masukkan pucuk ubi dan hirisan daun cekur, kacau sekejap masukkan garam dan perasa, kacau lagi sehingga kesemua bahan sebati dan bolehlah ditutup apinya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin