Assalamualaikum semua...apa khabar? diharap nkorang didalam keadaan yang sihat2 sejahtera, aku pun sihat gak..alhamdulillah dan syukur pada allah..
Dah lama kan aku tak update blog aku ni, kalau boleh bersarang agaknya dah lama keluar sarang spider, tak pun kena makan dek anai2! tapi nasib baik lah cuma blog dan yang paling terharunya walaupun dah lama tak update tapi masih ramai yangsudi masuk kat blog aku ni, apapun maafkan aku banyak2 kerana dah lama tak update blog ni, seperti yang nkorang tahu, aku ni memang sibuk bembizikan diri, abis satu urusan..buat lagi urusan dan hinggalah urusan perniagaan, alhamdulillah..setelah nguruskan urusan pelan2 dan akhirnya dapatlah aku buka kedai yang dah lama aku idam-idamkan...walaupun kedai ni hanyalah perniagaan keluarga tapi aku rasa happy cz dalam kedai ni salah satu pemiliknya adalah aku. Sebenarnya kedai ni aku kongsi dengan anak saudara aku yang menjual kerepek2 dan biskut2 raya dan aku pulak menjual porcelain lama, porcelain vantage (baru) dan bunga2. Kedai ni baru jer beroperasi minggu ni dan pada sesiapa yang sudi datang kedai aku ni, jemputlah yer...

Lepas jer dapat kunci kedai, urusan bersihkan kedai dan lain2 dah pun sattle termasuklah kerja menyusun barang2!. Penat memang ar penat, memang terasa sakit segala sendi2 aku ni, tapi semangat nak berniaga punya pasal, hilang ar penat dan sakit2 tu semua, hehe

Antara bunga2 yang ada kat kedai aku..

Pada sesiapa yang suka bunga perhiasan, sudi-sudilah datang kekedai aku ni yer..

Porcelain antik! ni memang hobi aku ar..aku memang suka simpan porcelain antik tapi daripada hobi aku ni dah jadi business plak dan semua porcelain2 antik aku memang datangnya dari oversea dan paling banyak aku beli masa duduk kat Denmark dulu. Permintaan porcelain antik ni memang banyak ar..sekarang ni memang ramai yang dok ngumpul porcelain2 antik ni dan diorang sanggup berhabis dok membeli porcelain2 macam ni, jadi mandangkan kat JB ni belum ada lagi yang jual porcelain antik dari oversea, kalau jual porcelain online memang ramai tapi yang buka kedai porcelain macam ni belum ada lagi rasanya kat JB ni, jadi biarlah aku yang mulakan dulu.

Memang seronok tengok kedai yang dah dipenuhi dengan porcelain2 dan bungaan..rasa happy tak terkira!

Tureen yang sentiasa jadi rebutan..siapa cepat dia dapat tau! siapa datang kedai dulu..dapat ar pilih2 mana yang berkenan..

Teko pun ramai peminatnya..

Insyaallah...aku akan ke oversea lagi untuk tambahkan porcelain antik kat kedai aku ni dan tempat pertama yang aku akan tuju dah tentu2 ar Denmark sebab segala tempat cerauk meruk yang ada porcelain macam ni aku tahu mana nak mencarinyer...yahuuuu! tak sabar nak menghunting semula...

Dikesempatan ni aku nak war-warkan pada sesiapa yang ingin membeli kerepek2, biskut2 raya, porcelain antik (lama), porcelain baru (vantage) dan bunga2 perhiasan, silalah datang kekedai aku yang beralamat :

NO 14, JALAN DURIAN, FELDA LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR.

Maaflah yer..kedai ni terletak jauh sikit dari bandar johor bahru kerana kedai ni dekat sangat kat rumah kakak aku, dan kedai tu akan dijaga oleh kakak aku. pada sesiapa yang nak dan yang dah datang kekedai ni, nkorang boleh berurusan dengan kakak aku disana dan pada sesiapa juga yang lebih selesa berurusan dengan aku, kalau nak datang kedai tu nanti, sila hubungi aku, nanti aku boleh datang dan tunggu dikedai.
Kalau nak jumpa time aku kat kedai, datang pada hujung2 minggu yer...terima kasih pada semua.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin