Assalamualaikum sumer..harap nkorang sihat2 selalulah yer..cam aku gak, alhamdulillah masih sihat dan dipanjangkan umur dan dapatlah raikan birthday untuk anak2 aku iaitu birthday dak Rico dan Rica, mandangkan birthday Rico 28 June ni genaplah umur dia 12 tahun makanya aku nyambutlah sekali birthday dak Rica, beza tarikh lahir dorang seminggu jer iaitu tarikh lahir Rica 3 July genaplah umur dak Rica tu 11 tahun, save budget ar kiranya...hehe

Opsss...lupa! buat birthday mak aku sekali, 27 June benenonyer birthday mak jadi malam kelmarin aku raikan 3 birthday sekali harung! meriah tu dah tentu2 ar meriah, maklom ar dapat makan2 borak2 dengan family walaupun tak semua dapat datang, memasing bz kijer sebabnya masa buat majlis ni hari biasa, tu yang ada tak dapat datang tapi walau apapun suasana tetap meriah.



Haaa! siapa yang sempat datang tu tima kasihlah yer...tanpa nkorang majlis kermarin idaklah semeriah mana tapi kehadiran nkorang sikit sebanyak dah memporak perandakan restoran tu kejap! hahahahaaa!



Aku dan mok memang tak dapat dipisahkan terutamanya bab2 makan jadi muka2 ni akan sentiasa ada!
Pada mok, selamat pengantin baru dan selamat kembali dari honeymoon, seri pengantin masih ada...


Happy Birthday pada Rico dan Rica, semoga menjadi anak yang baik, dipanjangkan usia, berjaya dalam hidup dan sentiasa diberkati Tuhan, sayang mummy pada nkorang tiada berpenghujung.
Tak lupa juga buat mak yang paling aku sayang, Selamat Hari Lahir Mak yang ke 78 tahun, semoga sentiasa sihat, dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati Tuhan dan andai mak tahu, kasih sayang aku pada mak memang tak pernah bernoktah, hanya Tuhan yang tahu aku teramat sayang pada mak, dunia dan akhirat.


Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin