Hai! hari ni aku nak bagitahu kat nkorang pasal buah paberet aku ni, nama buah ni buah mentega! dari aku kecik dulu sampailah sekarang ni aku tetap suka makan buah ni, teringat aku masa sekolah dulu, asal balik dari sekolah agama kat kg melayu (Jb) aku selalu dok kutip buah mentega ni kat rumah kawan aku, sampai tak termakan masa tu! hari2 dok ngadap buah ni tapi aku tak pernah jemu! sampai sekarang ni family aku memang tahu ar yang aku memang suka sangat makan buah ni.
Masa pun berlalu aku plak duduk kat Denmark 3 tahun sampai dah tak jumpa lagi buah mentega ni, dulu masa duduk kat Denmark time cuti balik Msia abang ipar aku mesti pi carikan buah ni untuk aku, last2 tuan punya pokok tu dah tebang pokok buah mentega tu disebabkan banyak kerengge! frust betul aku dengar! huhu
Kali ni balik Msia terus! harapan mencari buah mentega ni sentiasa ada cuma ntah jumpa lagi ke tak buah mentega ni, banyak dah dengar orang2 cakap yang spesis buah ni mulai pupus! dah tak banyak! kalau ada pun kat kampung2 tu pun banyak yang tebang pokok buah ni disebabkan pokok buah mentega ni memang besar jadi mungkin makan tempat kalau orang nak buat rumah, tu yang ditebangnyer! huwaaa sayangnyer!
Beberapa hari lepas aku mulai teringin balik nak makan buah mentega ni, tekak kalau tak makan saman memang ghoper ni ar...tak paham gaknyer buah ni dah susah nak cari! tetap teringin! haduhhh! puas cari kat jb ni tapi dah takde! ada tu plak anak sedara aku jumpa belum berbuah tapi dekat rumah orang yang tak kenal pun, segan nak tanya2!
Oleh kerana dek teringin sangat asik dok menyebut jer buah ni semalam abang ipar aku baru balik dari batu pahat bawa sebijik buah mentega ni untuk aku, kata abang ipar aku masa dia kat batu pahat dok nganto kat jemputan anak dia nak kawen nu hah, berenti sat ar makan kat warung, sekali dia terpandangkan pokok buah mentega kat tepi warung tu, apa lagi??? dia terus jer tanya siapa tuan punya pokok buah mentega tu, ghopernyer tuan rumahnya dok belakang hujung kampung, diredahnya juga gi rumah orang tu buat muka selamba ngetuk pintu rumah orang! dah ar tak kenal! kompom terkejut orang tu gaknyer...tapi sib baik orangnya kasi! cuma sayangnya memang belum musim jadi dapat sebijik jer...jadilah buat hilang kempunan! terima kasih ar banyak2 pada abnag ipar aku kerana susah payah dapatkan buah mentega ni untuk aku, dah ar dari batu pahat sampai umah mak aku ni katanya bau buah tu punya ar busuk macam bau kentut satu kereta! hahahaha!!! tapi memang betul! sesiapa yang tahu pasal buah mentega ni memang akan fahamlah tentang bau buah ni! cayerlah...bau buah ni memang macam bau kentut! tapi kulinya jer...dalamnya memang manis! sedap aku sukeeee! isinya warna putih krim dan bijinya kat tengah2 sebijik jer macam buah peach! kalau nak tahu rasanya aku memang tak dapat bayangkan sebab rasa buah ni takde iras2 dengan rasa buah apapun, rasanya istimewa tapi bukan macam rasa mentega tau! walaupun namanya ''Buah Mentega''.

Haluuuuuu!!! kabo semua...aku ok2 jer cuma batuk teruk yang melanda aku beberapa minggu ni akhirnya beransur pulih! maklom ar kat Msia ni kalau musim buah memang musim batuk sekali jadi berjaga-jagalah yer kalau banyak sangat makan buah tu! aku merana jugak dek kerana batuk teruk beberapa minggu ni, sampaikan urat2 kat dada jadi tegang, menyucuk-nyucuk! nak2 kalau time batuk tu, ya hampon...sakitnya! kalau namanya ubat batuk tu dah abis berbotol-botol, ubat kliniknya lain, ubat kampungnya lain last2 nampaknya macam nak baik sendiri jer aku nengok! hahaha! tapi ok lah skang! batuk dah tak seteruk dulu, sakit kat dada pun tinggal sesikit jer yang rasa. Jadinya disebabkan batuk ni aku macam malas jer nak kemana-mana, apa taknya asik batuk jer manjang...nak cakap pun terasa tekak gatal, pas tu kalau batuk tak berenti orang asik dok pandang serong kat kiter ni kengkononnyer macam kita ni pembawa wabak ar plak! terasa kiter wak! tu yang jadi malas nak kemana-mana tuh! jadi cuti2 macam ni kiter lepak jer kat rumah melayan perasaan! ciiwahhh! yer ke layan perasaan? tengok kat gambar tu macam tengah bz cari kutu jer...hahaha! tak ar...chehhh! choiii! mana ada kutu! dah takde kijer ni aku memang suka main kuku, dok belek2 kuku, korek sana..korek sini dan korek apa2 yang patut! ngeee


Betul ni aku cakap, cuti2 ni aku tak kemana-mana, ada tu yang tak caya aku boleh dok melepak jer kat umah mak aku ni tapi memang kena percaya! alasannya batuk dan malas nak keluar! sebenarnya masa hari sabtu tu adalah aku keluar jap bawa anak2 pi jasco dan jenjalan tapi dah nama pun cuti, ya rabbi...mahluk punya ar ramai dok hempit sana sini, nak beli barang pun susah dok berlaga punggung! hah! tu yang rasa hangen macam nak ngempok orang jer...jadi untuk mengelakkan orang2 kena hempok! baik bawak2lah bersabar yer melepak tahan perasaan tu kat rumah, layan ar apa2 yang boleh dilayan, pesbuk ker...psp ker dan apa2 p ar...lantak nko!
Mmm...tak lama lagi tambah2 lagi buring gaknya, selasa bebudak dah start naik sekolah, daddy budak plak dah start naik kijer! huhu...katanya cuti sampai permit siap baru naik kijer ghopernya tak sampai seminggu permit dah pun siap! kejap nyer...belum puas lagi nak berasmaradana dan nak kijer balik! tapi takperlah..sib baik kijer kat seberang tambak jer..walaupun dikira kerja luar negara tapi luar negara yang tak jauh! duduk atas bumbung umah dah nampak seberang tambak nu hah! ececehhhh!
Walaupun boring Mr J ku sudah start kijer tapi aku happy sebab Mr J ku itu bekerja di Spore, banyak yang istimewanya disana termasuk kalau cukup bulan, paham cukup! shopping disana..disana..disana yawww! psttt bulan 6 dah nak start sale kat Spore nko! aku sukeeee! ku tunggu dengan penuh kesabaran! sapa nak itot? jommmmm!!!

SUMBER DARI: Mak

BAHAN-BAHANNYA:
  • 2 batang pisang tanduk masak
  • 250 gm tepung gandum *
  • 100 gm tepung kastard *
  • 50 gm tepung beras *
  • 1/2 s/t serbuk kunyit *
  • 1/2 s/t garam halus *
  • 1 biji telur *
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA-CARANYA:
  • Kupas kulit pisang kemudian pisang tadi dipotong serong atau potong mengikut citarasa masing2.
  • Masukkan bahan yang bertanda (*) kedalam mangkuk yang besar, tuangkan air kedalam mangkuk tadi sambil dikacau sehingga bancuhan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak secukupnya didalam kuali.
  • Celupkan pisang yang telah dipotong tadi kedalam bancuhan tepung dan gorengkan sehingga keperangan atau sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Klik, jangan tak Klik!

Blog Widget by LinkWithin